Farm Fresh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Holstein Milk Company Sdn. Bhd.
Swasta
IndustriTenusu
Ditubuhkan2009; 11 tahun yang lalu (2009)
Ibu pejabatSedili, Johor, Malaysia
Tempat dibekalkan
Malaysia
Perancang utama
  • Loi Tuan Ee (Pengarah Urusan)[1]
  • Azmi Zainal (Ketua Pengarah Operasi)[2]
KeluaranProduk tenusu termasuk susu, yogurt dan krim putar
PemilikKhazanah Nasional
Laman sesawangwww.farmfresh.com.my

The Holstein Milk Company Sdn. Bhd., menjalankan perniagaan sebagai Farm Fresh,[3] merupakan syarikat tenusu Malaysia. Farm Fresh mempunyai dua kilang yang beroperasi di Bandar Muadzam Shah, Pahang dan di Larkin, Johor di mana kapasiti pengeluaran kilang mencecah kepada 12 juta liter setahun dengan anggaran satu juta liter sebulan.[4] Ia ditubuhkan pada 2009, diasaskan oleh Loi Tuan Eee dan dimiliki 30% oleh Khazanah Nasional Berhad, cabang pelaburan kerajaan Malaysia.[5]

Pengembangan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, Farm Fresh meletakkan sasaran jualan RM50 juta bagi tahun kewangannya berakhir pada Mac 2015 berbanding RM38 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya. Syarikat ini juga dilantik oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai pengurus ladang ternakan lembu seluas 240 hektar di Muadzam Shah, Pahang.[6]

Pada Disember 2019, Farm Fresh mengumumkan dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) pada 2020.[7]

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Farm Fresh menjadi penaja rasmi rancangan TV realiti terbitan Astro, Gegar Vaganza musim keenam[8][9] dan Big Stage musim kedua.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The milkman & his cash cows The Star Online (9 Mei 2016). Dicapai pada 19 Januari 2017.
  2. ^ Bos Susu disenangi ramai, tak buat perangai macam penaja GV terdahulu mStar Online (24 Disember 2019). Dicapai pada 19 Januari 2020.
  3. ^ Zubir Sulaiman (16 Disember 2019). Farm Fresh jadi fenomena dalam industri tenusu negara Bisnes Sinar. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  4. ^ Norshahzura Mat Zuki (15 Jun 2019). Farm Fesh aktif teroka pasaran Singapura Bisnes Sinar. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  5. ^ Abdul Razak Raaff (6 September 2018). Holstein Milk Company purchases dairy plant in Australia New Straits Times. Dicapai pada 19 Januari 2019.
  6. ^ Sri Ayu Kartika Amri (15 Oktober 2014). Susun strategi tambah untung Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2015.
  7. ^ Sri Ayu Kartika Amri (2 Disember 2019). Farm Fresh bakal terbit IPO Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  8. ^ Hasimi Muhammad (28 Disember 2019). Farm Fresh anjur konsert dalam ladang lembu Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  9. ^ Hasimi Muhammad (29 Disember 2019). Bos Susu sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2020.

Bacaan berkaitan[sunting | sunting sumber]

  • Zulaikha Yusof (2 Oktober 2019). "Farm Fresh segelas susu penuh kebaikan". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]