Fat choy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fat choy
Cina Tradisional:
Cina Ringkas:
Maksud harfiah: "sayur rambut"

Fat choy
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
see [1]
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
N. flagelliforme
Nama binomial
Nostoc flagelliforme

Fat choy (Nostoc flagelliforme Harv. ex Molinari, Calvo-Pérez & Guiry), juga dikenali sebagai faat choy, lumut hitam, lumut rambut atau rumpai rambut ialah sejenis cyanobacterium daratan (sejenis bakteria berfotosintesis) yang digunakan sebagai sayuran dalam masakan Cina. Apabila dikeringkan, hasilnya berupa macam rambut hitam. Oleh sebab inilah namanya dalam bahasa Cina bererti "sayur rambut." Apabila direndam, sayur ini bertekstur sangat lembut seakan-akan bihun halus, dan rupanya yang serupa dengan rambut manusia panjang hitam.

Budaya Cina[sunting | sunting sumber]

Nama fat choy dalam bahasa Cina serupa bunyinya dengan sebutan bahasa Kantonis yang bererti "menjadi kaya" (namun suku kata kedua, choi, berbeza nadanya) -- misalnya, ini dijumpai dalam pepatah Kantonis, "Gung1 hei2 faat3 choi4" ([[wikt:恭喜发财|恭喜发财]], yang bererti "tahniah dan semoga kaya"), yang selalu dilaungkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Oleh sebab ini, bahan ini menjadi ramuan yang biasa dijumpai dalam hidangan Tahun Baru Cina.

Kesan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sepasukan penyelidikan dari jabatan biokimia Universiti Cina Hong Kong mendakwa bahawa kajian antarabangsa menunjukkan bahawa fat choy, selain ketandusan nilai khasiat, juga didapati mengandungi Beta-methylamino L-alanine (BMAA), sejenis asid amino toksik yang boleh menjejaskan fungsi-fungsi normal sel saraf. Profesor Chan King-ming dari pasukan ini memberitahu media bahawa memakan fat choy boleh mengakibatkan penyakit degeneratif seperti Alzheimer, Parkinson, dan penyakit otak.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]