Pergi ke kandungan

Labu dan Labi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Labu Dan Labi)
Labu dan Labi
Iklan Labu dan Labi.
PengarahP. Ramlee
PenulisS. Kadarisman
P. Ramlee (dialog)
Lakon layarS. Kadarisman
Cerita olehS. Kadarisman
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
DibintangiM. Zain
P. Ramlee
Udo Omar
Mariani
Rahimah Alias
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehKassim Masdor
P. Ramlee
S. Sudarmaji (senikata)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 29 Ogos 1962 (1962-08-29)
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Labu dan Labi merupakan filem komedi Melayu yang diarah dan dilakonkan oleh P. Ramlee. Filem ini mengisahkan tentang Labu dan Labi, dua orang gaji kepada usahawan kain yang kedekut iaitu Haji Bakhil, dengan angan-angan mereka yang besar. Filem ini digayakan seperti pementasan pantomim dengan saduran lawak jenaka dan watak yang kadang-kala bercakap terus dengan penonton. Filem ini mempunyai turutan sequel iaitu filem Nasib Si Labu Labi.

Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) adalah orang gaji Haji Bakhil (Udo Omar), seorang tua yang sangat kedekut dengan isterinya yang penyabar dan setida serta anak perempuan mereka yang cantik, Manisah (Mariani). Kedua-dua Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman kanak-kanak iaitu ketuk-ketampi oleh Haji Bakhil, tetapi tetap bertahan untuk bekerja dengannya kerana masing-masing dalam diam telah jatuh hati kepada Manisah.

Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil seperti biasa, mereka berdua memulakan cerita tentang angan-angan masing-masing.

Kelab malam

[sunting | sunting sumber]
Labu dan Labi bercerita di tempat tidur mereka.

Labi bercerita sekiranya mereka mewah dan mempunyai pekerja sendiri. Labi berangan yang dia adalah majistret yang ingin ke kelab malam untuk berjumpa dengan Labu, yang berangan juga menjadi seorang doktor. Dalam angan-angan ini, Haji Bakhil (yang dalam babak ini belum pergi haji) muncul sebagai pelayan untuk mengambil pesanan mereka (dan Labi membalas dendam dengan turut menengking kepadanya). Labu dan Labi kemudiannya menyaksikan persembahan Saloma dan kumpulan Panca Sitara yang turut disertai suaminya, P. Ramlee dengan nyanyian lagi "Bila Larut Malam". Kemudian, Aziz Sattar yang turut mengacarakan malam itu mempersembahkan peragaan fesyen dan salah satu modelnya ialah peragawati Sarimah. Bukan Sarimah sahaja, ada tiga lagi peragawati, yang bernama Jolly Kwan, Linda Lumb dan Nirmala. Jadi empat orang memakai pakaian oleh peragawati-peragawati, peragawati yang pertama bersama Jolly Kwan memakai yang diberi nama "Rainbow (pelangi)", yang kedua, memakai pakaian yang bernama "Evening In Paris (Senja Di Paris)" dipakai oleh Linda Lumb, yang ketiga, memakainya "Party (Pesta)", yang keempat yang bernama Sarimah, dengan memakai pakaian yang bernama "Sukma Rindu", yang kelima, peragawati Jolly Kwan sekali lagi dengan pakaiannya "Cheongsam", keenam, peragawati Linda Lumb lagi dengan pakaiannya bernama "Summer (Musim Panas)", keenam, peragawati Nirmala satu kali lagi keluar dengan memakainya "Sari (...tiada tahu bermaksud dalam bahasa Melayu)", dan yang ketujuh, peragawati Sarimah lagi sekali dengan pakaiannya "Bintang Hati".

Selepas persembahan, Doktor Labu menuju ke belakang pentas untuk menemui Sarimah di bilik persalinannya, tetapi ketika dia berbual dengan Sarimah, Majistret Labi muncul dengan tujuan yang sama. Dan Majistret Labi bertanya kepada Sarimah sebelum kahwin. Dan sekarang Doktor Labu muncul dan bergaduh dengan peragawati Sarimah siapa yang punya, Doktor Labu dan Majistret Labi? Bila angan-angan habis, Labu dan Labi mula bertelagah, dan pertelagahan mereka terlalu kuat hingga mengejutkan Haji Bakhil yang menjerit menyuruh mereka kembali tidur, sampai Haji Bakhil bercakap dengan marah dan keras "Hei, Setan! Siapa bising di luar tu?!!!". Labu dan Labi terkejut dan ketawa, lepas tu, barulah mereka berdua tidur.

Tarzan Malaya

[sunting | sunting sumber]

Sementara itu, Labu berkata yang dia tidak mahu tinggal di bandar malah ingin tinggal di hutan (tetapi disindir Labi, "Nak jadi apa kau? Nak jadi Sang Rajuna Tapa?"). Labu berkata bukan, dia ingin menjadi Tarzan yang boleh memerintah segenap haiwan di hutan (kecuali babi hutan). Dia berangan yang dia seorang Tarzan Melayu dengan memakai keris. Dalam babak ini, Haji Bakhil menjadi Chita, sepupu Haji Bakhil iaitu seekor monyet tak berekor. Ketika Labu menyediakan sambal belacan kerana bosan dengan buah, Labi muncul sebagai harimau yang juga tidak berekor. Rupanya Labu berkata "Ooo... Harimau sekolah". Labi ingin memakan Labu dan perlawanan bermula hingga kali ini, Haji Bakhil muncul dan memarahi mereka suruh tak boleh bising-bising.

Di wild-west

[sunting | sunting sumber]

Setelah diam kembali, Labu bertanyakan Labi sama ada dia suka atau tidak tinggal di hutan. Labi mengatakan dia lebih suka menjadi koboi yang boleh tangkap penjahat dan banyak ganjaran. Dia berangan yang dia seorang sherif manakala Labi menjadi Jesse Labu, adik bongsu Jesse James. Haji Bakhil sekali lagi muncul dan kini dia menjadi cucu Haji Bakhil yang menjadi pelayan bar (dengan meminjam uniform dapur Labu). Labu dan Labi memulakan perlawanan tembakan dan bunyi pistol dari mulut mereka membangunkan sekali lagi bos mereka. Haji Bakhil mengarahkan mereka bangun awal dan bekerja awal-awal pagi sebagai denda.

"Jesse Labu" bersama "cucu Haji Bakhil.

Makan JACK

[sunting | sunting sumber]

Pagi esoknya, Labu ke hutan menjadi kayu api seperti yang disuruh Haji Bakhil. Ketika itu, dia terlihat sekumpulan lelaki yang mencurigakan memasuki satu bilik rahsia di dalam bukit kecil. Selepas orang itu pergi, Labu memasuki bilik tersebut dan menemui sejumlah harta yang banyak di situ (kebarangkalian dicuri). Labu mengambil harta itu dan menghilangkan diri.

Di rumah Haji Bakhil, mereka bersedih kerana kehilangan Labu. Walau bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan kemunculan rombongan peminangan Labu terhadap Manisah. Haji Bakhil (yang ketika ini diketahui nama penuhnya iaitu Haji Bakhil bin Lebai Kedekut) menolak pinangannya dan Labu berjumpa dengan seorang bomoh untuk menyihir Manisah, menyebabkan dia tidur dan tidak bangun-bangun. Labu menghantar pesanan yang dia akan menyembuhkan Manisah sekiranya Haji Bakhil menerima pinangannya.

Setelah menyaksikan perkara tersebut, Labi menemui seorang pendeta yang memberikannya batu hikmat, yang apabila dicelupkan ke dalam air akan menyebabkan air tersebut menjadi ubat kepada semua penyakit dan sihir. Labi mengunakan batu tersebut untuk menyembuhkan Manisah. Haji Bakhil gembira lalu membenarkan Labi mengahwini Manisah.

Pada hari perkahwinan, semasa Saloma menyanyikan lagu tajuk "Singapura Waktu Malam", Labi dan Manisah pun kahwin. Bila Labu datang di dalam semak ke hadapan rumah Haji Bakhil. Labu buat memanah ke pintu tingkap. Mereka terkejut, melihat Labi membaca. Labi bercakap pada kertas memanah, "Haji Bakhil, malam ini aku datang merampas Manisah. Tandatangan Robin Labu, adik Robin Hood." Haji Bakhil suruh berkumpul orang kampung untuk membunuh Labu.

Di rumah Tok Dukun, Tok Dukun tahu banyak rumah Haji Bakhil banyak orang jaga, Tok Dukun bagi serbuk pengsan. Labu cuba tiup serbuk ini, tapi begini tiupnya, tiba-tiba, Tok Dukun pengsan disebabkan serbuk itu.

Labi buat lagi tajam guna kapak, Haji Bakhil guna senapang, dan mereka orang kampung guna alatan untuk membunuh Labu. Akhirnya, Labu datang ke rumah Haji Bakhil dan mengenakan jampi yang menyebabkan semua tertidur sambil pengsan. Walau bagaimanapun, Labi tidak dipengaruhi jampi dan menggunakan batu hikmat untuk membangunkan Manisah pula. Labu memasuki rumah untuk menculik Manisah tetapi Labi menghalangnya dan pergaduhan bermula hingga Labu mengambil kapak lalu menetak ke kepala Labi. Tiba-tiba, angan-angan terpotong.

Tetapi semua itu ditunjukkan bahawa mimpi dan Labu sebenarnya menghentak bantal di kepala Labi. Labu masih tidak sedar dengan lamunannya walaupun di simbah air oleh Haji Bakhil. Labu yang masih keliru antara mimpi dan kenyataan, memarahi Haji Bakhil. Manisah muncul di jendela meminta Labi mengeluarkan basikalnya tetapi Labu menyambar jendela dan memujuk Manisah meninggalkan Labi dan mengahwininya. Manisah yang berasa aneh mengatakan yang Labu masih bermimpi dan kini Labu baru sedar.

Haji Bakhil, yang masih marah dengan mereka berdua yang mengganggu tidurnya sepanjang malam menghukum mereka untuk ketuk ketampi lagi.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • M. Zain sebagai Labu bin Kundur, Doktor Labu, Tarzan Malaya, Jesse Labu & Haji Labu
  • P. Ramlee sebagai Labi Bin Kura Kura, Majistreet Labi, Harimau, Sheriff Labi & Dirinya sendiri (Penyanyi kumpulan Panca Sitara)
  • Udo Omar sebagai Haji Bakhil bin Lebai Kedekut (majikan labu dan labi), Pelayan di kelab malam, Chitah si monyet, dan pelayan di bar
  • Mariani sebagai Manisah binti Haji Bakhil
  • Rahimah Alias sebagai isteri Haji Bakhil

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • "Yang Mana Satu" nyanyian P. Ramlee, Saloma & M. Zain
  • "Bila Larut Malam" nyanyian Saloma & Panca Sitara
  • "Singapura Waktu Malam" nyanyian Saloma

Skrip filem

[sunting | sunting sumber]

b:Skrip Filem: Labu dan Labi

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]