Gabenor Jeneral Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabenor Jeneral
Filipina
Gobernador y Capitán General de Filipinas
Gobernador-Heneral ng Pilipinas
フィリピン総督
Bidang kuasaEmpayar Sepanyol Edit the value on Wikidata
KediamanFort San Pedro (1565–1572)
Palacio del Gobernador (1572–1863)
Istana Malacañang (1863–1945)
Mansion House (1942–1945)
Dilantik oleh
Wizurai Sepanyol Baru
Monarki Sepanyol
Monarki Great Britain
Presiden Amerika Syarikat
Maharaja Jepun
PeloporPelbagai,
sistem barangay
DibentukApril 27, 1565
Pemegang pertamaMiguel López de Legazpi
(dibawah Sepanyol)
Dawsonne Drake
(dibawah Great Britain)
Wesley Merritt
(dibawah Amerika Syarikat)
Masaharu Homma
(dibawah Jepun)
Pemegang akhirDiego de los Ríos
(dibawah Sepanyol)
Dawsonne Drake
(dibawah Great Britain)
Frank Murphy
(dibawah Amerika Syarikat)
Tomoyuki Yamashita
(dibawah Jepun)
DimansuhkanOctober 6, 1945
Digantikan olehHigh Commissioner to the Philippines (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
SenaraiList of Governors-General of the Philippines (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gabenor Jeneral Filipina (Filipinas; Filipino: Gobernador-Heneral ng Pilipinas/Kapitan Heneral ng Pilipinas) ialah gelaran eksekutif kerajaan semasa zaman kolonial Filipina, ditadbir oleh Kota Mexico dan Madrid (1565–1898) dan Amerika Syarikat (1898–1946), dan secara singkat oleh Great Britain (1762–1764) dan Jepun (1942–1945). Mereka juga merupakan wakil eksekutif bagi kuasa pemerintah.

Pada 15 November 1935, Komanwel Filipina telah ditubuhkan sebagai kerajaan peralihan untuk mempersiapkan kemerdekaan negara daripada penguasaan Amerika. Gabenor Jeneral telah digantikan oleh bakal presiden Komanwel Filipina berbangsa Filipina, sebagai ketua eksekutif negara Filipina, mengambil alih banyak tugas-tugas gabenor jeneral. Bekas gabenor jeneral Amerika kemudiannya dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Filipina.

Dari tahun 1565 hingga 1898, negara Filipina berada dibawah pemerintahan Sepanyol. Dari tahun 1565 hingga 1821, gabenor dan kapten jeneral telah dilantik oleh Kewizuraian Sepanyol Baru atas cadangan Cortes Sepanyol dan memerintah bagi pihak monarki Sepanyol untuk mentadbir Kekapitanan Jeneral Filipina. Apabila terdapat kekosongan (cth. kematian, atau semasa tempoh peralihan antara gabenor), Real Audiencia di Manila melantik seorang gabenor sementara daripada kalangan ahlinya.

Selepas Mexico mendapat kemerdekaannya pada tahun 1821, negara itu bukan lagi dibawah Kewizuraian Sepanyol Baru (kini Mexico) dan hal ehwal pentadbiran yang dahulunya diuruskan oleh Sepanyol Baru telah dipindahkan ke Madrid dan diletakkan terus dibawah Raja Sepanyol.

Gabenor tentera Jepun (1942–1945)[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1941, Komanwel Filipina telah diceroboh oleh Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Pada tahun berikutnya, pihak Jepun menghantar seorang gabenor tentera untuk mengawal negara itu disepanjang tempoh peperangan, diikuti oleh penubuhan rasmi Republik Filipina Kedua yang menjadi boneka dibawah Jose P. Laurel.[1]

Pada 2 September 1945, jawatan Gabenor Jeneral Filipina telah dimansuhkan. Kemerdekaan Filipina daripada Amerika Syarikat telah diisytiharkan oleh Perjanjian Manila pada 4 Julai 1946, dengan pelantikkan Manuel Roxas sebagai Presiden Filipina ke-5 dan membawa kepada Republik Filipina Ketiga.

No. Potret Nama Tempoh mula Tempoh tamat Maharaja
1 Masaharu Homma
(1887–1946)
3 Januari
1942
8 Jun
1942
Maharaja Shōwa
(1926–1989)
2 Shizuichi Tanaka
(1887–1945)
8 Jun
1942
28 Mei
1943
3 Shigenori Kuroda
(1887–1952)
28 Mei
1943
26 September
1944
4 Tomoyuki Yamashita
(1885–1946)
26 September
1944
2 September
1945

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Barrows, David P. (1916). "The Governor General of the Philippines Under Spain and the United States". The American Historical Review. Oxford University Press on behalf of the American Historical Association. 21 (2): 288–311. doi:10.2307/1835051. JSTOR 1835051 – melalui Jstor.
  • Barrows, D.P. (2022). A History of the Philippines. DigiCat. ISBN 978-93-5462-590-9.