Pergi ke kandungan

Gaun kembang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gaun kembang, 1864

Gaun kembang, gaun tari atau gaun ialah sejenis gaun malam yang dipakai untuk majlis tarian atau acara formal. Kebanyakan versi mempunyai bentuk badan dan garisan leher yang terdedah (décolletage), lengan terdedah, dan skirt panjang gaya bouffant.[1] Gaun itu biasanya dipakai dengan sarung tangan putih panjang dan barang kemas vintaj atau couture (busana anggun), stol (selendang formal dari kain mahal), mantel atau jubah sebagai ganti kot. "Anugerah kebesaran negara" akan dipakaikan reben yang disemat pada dada, dan wanita berkahwin memakai tiara jika mereka memilikinya. Walaupun kini kain sintetik kadangkala digunakan, kain yang paling biasa ialah satin, sutera, tafeta dan baldu dengan hiasan renda, mutiara, labuci, seni tekat, ropol, reben, roset dan kedut lepas.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hegland, Jane; Steele, Valerie (2010). The Berg Companion to Fashion. Bloomsbury Academic. m/s. 45–47.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]