Geografi Islam pada Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Dunia oleh al-Idrisi (Abad ke-12
Peta Lautan Hindi dan Laut China diukir pada tahun 1728 oleh ahli kartografi dan penerbit kelahiran Hungary Uthmaniyyah Ibrahim Müteferrika; ia ialah satu daripada siri yang digunakan dalam Cihannuma (Geografi Sejagat) karya Katip Çelebi, buku berilustrasi dan yang memuatkan peta yang pertama muncul dalam dunia Islam.

Geografi dan kartografi Islam pada Zaman Pertengahan merujuk kepada pengembangan bidang-bidang geografi, kartografi dan sains bumi yang berlaku dalam alam Islam sepanjang Zaman Pertengahan.

Ilmu Alam Islam bermula dalam kurun kelapan dengan karya orang Yunani.[1] Ilmu alam ataupun geografi mendapat sokongan khalifah-khalifah Abbasiyyah di Baghdad. Ramai sarjana Islam menyumbang kepada perkembangan ilmu alam. Yang paling menonjol termasuk Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, Abu Zayd al-Balkhi (pengasas 'Sekolah Balkhi') dan al-Biruni. Geografi Islam mencapai kemuncaknya dengan usaha Muhammad al-Idrisi dalam abad ke-12. Perkembangan terkemudian berlaku di bawah orang Turki, terutamanya di dalam Empayar Uthmaniyyah, dengan sarjana seperti Mahmud al-Kashgari dan Piri Reis.

Kajian terdahulu[sunting | sunting sumber]

Para ahli kartografi Islam mewarisi Almagest dan Geographia pada kurun kesembilan. Dikatakan bahawa pewarisan ini telah merangsang minat orang Islam terhadap ilmu alam dan pembuatan peta.[2] Cara bagaimana ilmu kuno Yunani sampai kepada tamadun Islam menjadi faktor penting. Misalnya, oleh sebab orang Islam mewarisi karya-karya Yunani secara langsung tanpa pengaruh Latin, Peta T-O tidak memainkan peranan dalam kartografi Muslim mahupun peta-peta tersebut popular di kalangan orang Eropah Latin. Justeru, orang Islam tidak dipengaruhi konsep-konsep [yang silap] dalam beta T-O dan membuat sumbangan asli mereka sendiri kepada geografi, kartografi dan sains bumi.[2]

Kartografi[sunting | sunting sumber]

Satu pengaruh penting dalam perkembangan kartografi ialah peranan al-Ma'mun, khalifah Abbasiyyah yang memerintah dari tahun 813 M sehingga 833 M. Khalifah al-Ma'mun memerintahkan beberapa orang ahli geografi mengukur semula jarak bumi yang serupa dengan satu darjah meridian samawi. Justeru naungannya menghasilkan definisi jarak "batu" Arab (Arab: الميل mil, Inggeris: mile) berbanding definisi stadion Yunani. Definisi jarak "mil" ini diguna bagi mengukur lilitan bulatan bumi. Al-Mamun juga memerintahkan pembuatan peta besar dunia yang malangnya sudah hilang,[3] walupun diketahui bahawa unjuran petanya berdasarkan karya Marinus dari Tyre dan bukan Ptolemy.[4] Glob bumi pertama Dunia Lama juga dibina dalam Dunia Islam pada Zaman Pertengahan.[5] oleh ahli astronomi Islam dan geografi yang berkhidmat di bawah al-Ma'mun pada abad ke-9.[6] Ahli geografi al-Ma'mun yang paling termasyhur ialah al-Khawarizmi yang menentukan Meridian Perdana Dunia Lama di pantai timur Mediterranean, yakni pada 10–13 darjah ke timur Iskandariah (meridian perdana yang ditetapkan Ptolemy) dan 70 darjah ke barat Baghdad. Kebanyakan ahli geografi Muslim menggunakan meridian perdana Khawarizmi.[7]

Pada lingkungan tahun 830 M, Khalifah al-Ma'mun mentauliahkan sekumpulan ahli geografi mengukur jarak Tadmur (Palmyra) ke al-Raqqah, (Syria moden). Mereka mendapati bandar-bandar tersebut terpisah dengan jumlah satu darjah latitud dan jarak sejauh 66 2/3 batu dan seterusnya menetapkan lilitan bulat Bumi sebanyak 24,000 batu (39,000 km).[8] Satu lagi anggaran ialah 56 2/3 batu Arab (mil) setiap darjah, yang sama dengan masing-masing 111.8 km per darjah serta lilitan bulat 40,248 km, hampir dengan nilai moden 111.3 km per darjah dan 40,068 km lilitan bulat [9]

Geografi matematik dan geodesi[sunting | sunting sumber]

Abū Rayhān al-Bīrūnī seorang polymath yang dianggap pelopor bidang antropologi, geodesi dan geologi.

Dalam bidang geografi matematik, Abu Raihan al-Biruni, merupakan orang pertama yang memerikan unjuran sama jarak azimut kutub sfera cakerawala pada lingkungan tahun 1025 M.[10] Hal-Biruni juga dianggap sebagai orang yang paling terampil memetakan kota dan mengukur jarak mereka, yang beliau lakukan buat beberapa kota di Timur Tengah dan wilayah barat benua kecil India. Beliau sering membangunkan kaedah menetapkan lokasi secara tepat dengan mencatatkan darjah latitud dan longitud dan menggabungkan pembacaan astronomi dengan matematik. Teknik yang sama juga dibangunkan beliau bagi pengukuran ketinggian gunung, kedalaman lembah dan kelebaran ufuk.[11]

Al-Biruni dianggap bapa geodesi kerana sumbangnnya kepada bidang tersebut,[12][13] bersama-sama sumbangan bermaknanya kepada bidang-bidang geografi dan geologi. Beliau mengukur latitud Kath dengan menggunakan altitud maksimum Matahari dan juga menyelesaikan persamaan geodesi yang kompleks demi mengira lilitan bulat Bumi, yang hampir dengan nilai ukuran moden.[14][15] Anggarannya al-Biruni tentang jejari Bumi sebanyak 6,339.9 km hanya kurang 16.8 km daripada nilai moden sebanyak 6,356.7 km. Berlainan dari orang sebelumnya yang mengukur lilitan bulat Bumi dengan melihat Matahari dari dua lokasi berlainan, al-Biruni membangunkan kaedah baharu dengan mengguna perkiraan trigonometri berlandaskan segi di antara tanah rata dan puncak gunung. Kaedah ini menghasilkan ukuran yang lebih tepat dan membolehkan pengukuran lilitan bulat dilakukan oleh hanya seorang yang berada di satu tempat sahaja.[16]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kutipan
  1. ^ Gerald R. Tibbetts, The Beginnings of a Cartographic Tradition, in: John Brian Harley, David Woodward: Cartography in the Traditional Islamic and South Asian Societies, Chicago, 1992, pp. 90–107 (97-100), ISBN 0-226-31635-1
  2. ^ a b Edson & Savage-Smith 2004, m/s. 61–63.
  3. ^ Edson and Savage-Smith (2004), p. 61-3
  4. ^ Edward S. Kennedy, Mathematical Geography, p. 193, in (Rashed & Morelon 1996, pp. 185-201)
  5. ^ Mark Silverberg. Origins of Islamic Intolerence.
  6. ^ Covington, Richard (2007), Saudi Aramco World, May-June 2007: 17–21, http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200703/the.third.dimension.htm/>
  7. ^ Edward S. Kennedy, Mathematical Geography, p. 188, in (Rashed & Morelon 1996, pp. 185-201)>
  8. ^ Gharā'ib al-funūn wa-mulah al-`uyūn (The Book of Curiosities of the Sciences and Marvels for the Eyes), 2.1 "On the mensuration of the Earth and its division into seven climes, as related by Ptolemy and others," (ff. 22b-23a)[1]
  9. ^ Edward S. Kennedy, Mathematical Geography, pp. 187-8, in (Rashed & Morelon 1996, pp. 185-201)
  10. ^ David A. King (1996), "Astronomy and Islamic society: Qibla, gnomics and timekeeping", in Roshdi Rashed, ed., Encyclopedia of the History of Arabic Science, Vol. 1, p. 128-184 [153]. Routledge, London and New York.
  11. ^ Scheppler, Bill (2006), Al-Biruni: Master Astronomer and Muslim Scholar of the Eleventh Century, The Rosen Publishing Group, ISBN 1404205128
  12. ^ Akbar S. Ahmed (1984). "Al-Beruni: The First Anthropologist", RAIN 60, p. 9-10.
  13. ^ H. Mowlana (2001). "Information in the Arab World", Cooperation South Journal 1.
  14. ^ "Khwarizm". Foundation for Science Technology and Civilisation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-04. Dicapai pada 2008-01-22.
  15. ^ James S. Aber (2003). Alberuni calculated the Earth's circumference at a small town of Pind Dadan Khan, District Jhelum, Punjab, Pakistan.Abu Rayhan al-Biruni, Emporia State University.
  16. ^ Lenn Evan Goodman (1992), Avicenna, p. 31, Routledge, ISBN 041501929X.
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]