Gereja Makam Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gereja Makam Suci
Holy sepulchre exterior.jpg
Pandangan luar Gereja
Info asas
Lokasi Kota Lama Baitulmuqaddis[1]
Koordinat geografi 31°46′42.4″N 35°13′47.1″E / 31.778444°N 35.229750°E / 31.778444; 35.229750Koordinat: 31°46′42.4″N 35°13′47.1″E / 31.778444°N 35.229750°E / 31.778444; 35.229750
Agama Kristian
Upacara Byzantine, Romawi, Iskandariah, Armenia, [Suryani
Negara Israel
Tahun ditahbiskan 13 September 335
Status kegerejaan atau organisasi Aktif
Kapasiti 8,000

Gereja Makam Suci[2] (bahasa Inggeris: Church of the Holy Sepulchre, bahasa Latin: Sanctum Sepulchrum), juga dikenali sebagai Gereja Kebangkitan (bahasa Arab: كنيسة القيامة‎, Kanīsat al-Qiyāma, bahasa Yunani: Ναός της Αναστάσεως, Naos tis Anastaseos) merupakan sebuah gereja Kristian di Baitulmuqaddis. Tempat ini dipercayai penganut Kristian sebagai tapak Yesus Kristus menjalani hukuman penyaliban sehingga mati serta tempat pengebumian mayatnya.

Kompleks luas yang mengelilingi gereja ini sejak berabad-abad lamanya telah dijadikan sebagai pusat Patriark Ortodoks Yunani Baitulmuqaddis, manakala bangunan gereja sendirinya ditadbir bersama antara beberapa mazhab Kristian dan entiti sekular yang tidak berubah sejak lebih 160 tahun atau lebih awal lagi. Mazhab-mazhab utama yang memegang hak ke atas gereja ini antaranya Gereja Ortodoks Yunani, Gereja Apostolik Armenia dan Gereja Katolik Rom, namun mazhab lain seperti Gereja Ortodoks Qibti, Gereja Ortodoks Suryani dan Gereja Ortodoks Tewahedo Habsyi turut mendapat bahagian mereka dalam pemilikan gereja.

Pntu utama gereja yang berukiran kayu ini tidak dikawal sesiapapun. Pada 1192, Salahuddin al-Ayyubi mengamanahkan tanggungjawab memegang kunci gereja ini kepada keluarga Nuseibeh yang beragama Islam.[3] Keluarga Joudeh Al-Goudia turut diamanahkan beliau sebagai pemegang kunci Gereja pada tahun 1187.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kawasan Kota Lama yang bertembok dituntut Palestin namun penguasaan kawasan ini secara de facto-nya dilaksanakan pemerintah Israel setelah merampasnya daripada Jordan sewaktu Perang Enam Hari pada tahun 1967.
  2. ^ Terjemahan DBP
  3. ^ William R. Cook of University of New York, lecture series
  4. ^ Sherwood, Harriet (21 Mac 2017). "Jesus's tomb unveiled after $4m restoration". The Guardian. Dicapai 21 Mac 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lama para penjaga gereja[sunting | sunting sumber]