Sejarah Baitulmaqdis
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Baitulmaqdis |
---|
Sejarah Baitulmaqdis boleh dikategorikan kepada lima tahap; Zaman Kuno, Zaman Empayar Rom, Zaman Islam, Zaman Palestin Bermandat, dan Zaman Pendudukan Israel.
Zaman Silam
[sunting | sunting sumber]Menurut orientalis Barat, Baitulmaqdis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmaqdis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmaqdis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Al-Aqsa.
Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmaqdis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmaqdis dan memusnahkan masjid al-aqsa. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmaqdis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmaqdis dan membina semula masjid mereka. Kali
Pemerintahan Rom
[sunting | sunting sumber]Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmaqdis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat.
Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmaqdis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmaqdis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.
Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmaqdis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantine iaitu Constantine membina Baitulmaqdis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Church of the Holy Sepulchre pada tahun 335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmaqdis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.
Zaman pemerintahan Islam
[sunting | sunting sumber]Al Quran menyebut mengenai nama "Baitulmaqdis" Sebanyak 5kali dan hadith ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmaqdis Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masihi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan Baitulmaqdis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Church of the Holy Sepulchre tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjid al-Aqsa. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid al-Aqsa.
Enam tahun kemudian, Kubah Al-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid al-Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmaqdis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmaqdis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.
Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmaqdis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi.
Baitulmaqdis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Kristian Baitulmaqdis (Kingdom of Jerusalem). Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitulmaqdis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayubi pada tahun 1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmaqdis tidak kira sama ada Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmaqdis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1517, Baitulmaqdis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitulmaqdis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.
Mandat British atas Palestin
[sunting | sunting sumber]British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmaqdis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmaqdis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.
Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmaqdis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.
Baitulmaqdis dan konflik Arab-Israel
[sunting | sunting sumber]Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmaqdis menjadi milik Jordan.
PBB mencadangkan supaya Baitulmaqdis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Baitulmaqdis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.
Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmaqdis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitulmaqdis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.
Status semasa
[sunting | sunting sumber]Menurut satu pelan PBB, Baitulmaqdis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitulmaqdis Timur menjadi milik Jordan.
Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmaqdis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmaqdis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitulmaqdis) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Kedudukan Baitulmaqdis masih lagi tidak terjawab.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sejarah Baitulmaqdis |