Gladiator (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gladiator
Gladiator ver1.jpg
Poster promosi Gladiator
PengarahRidley Scott
PenerbitDouglas Wick
David Franzoni
Branko Lustig
PenulisDavid Franzoni
John Logan
William Nicholson
Dibintangi olehRussell Crowe
Joaquin Phoenix
Connie Nielsen
Oliver Reed
Ralf Moeller
Richard Harris
Djimon Hounsou
Muzik olehHans Zimmer
Lisa Gerrard
SinematografiJohn Mathieson
Disunting olehPietro Scalia
PengedarDreamWorks (AS)
Universal Studios (lain)
Mula ditayangkan
Amerika Syarikat 5 Mei 2000
Tempoh tayangan
154 min.
(Versi Wayang)
171 min.
(Suntingan Pengarah)
Negara United Kingdom
 Amerika Syarikat
Bahasabahasa Inggeris
Perbelanjaan$103,000,000[1][2]

Gladiator ialah sebuah filem sejarah yang dilancarkan tahun pada 2000 dan diarahkan oleh Ridley Scott dan dibintangi oleh Russell Crowe, Joaquin Phoenix, Connie Nielsen, Djimon Hounsou dan Richard Harris. Filem ini memenangi lima Anugerah Akademi, termasuk kategori Filem Terbaik.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 180 Masihi, Jeneral Hispania Maximus Decimus Meridius bermaksud untuk kembali ke kampung halamannya setelah dia memimpin pasukan Romawi menuju kemenangan melawan suku bangsa Jermanik dekat Vindobona di Limes Germanicus. Maharaja Marcus Aurelius memberitahu Maximus bahawa puteranya sendiri, Commodus, tidak layak berkuasa dan bahawa dia menghendaki Maximus untuk menggantikannya sebagai pengganti untuk membantu menyelamatkan Roma dari dicemari korupsi.

Commodus dengan berangnya membunuh ayahnya sebaik mendapat tahu maklumat ini, namun dia menyembunyikan hal ini dari para pengawal diraja - Commodus mengumumkan bahawa dia adalah Maharaja baru dan meminta Maximus tunduk setia kepadanya, Maximus menolak arahan Commodus - tindakan ini menyebabkan Maximus ditangkap oleh para penjaga dan diberitahu bahawa dia dan keluarganya akan mati. Maximus membunuh para penculiknya dan kembali ke kampung halamannya di dekat Trujillo di mana dia menemukan bahawa keluarganya telah dibunuh. Maximus mengubur istri dan puteranya, dia pengsan tidak lama kemudian. Tanpa disedarinya, dia ditemukan oleh pedagang hamba yang membawanya ke kota Zucchabar di mana dia dijual kepada seorang pelatih gladiator bernama Antonius Proximo.

Meskipun dia awalnya keberatan, Maximus bertarung di pertarungan peringkat setempat dan berteman dengan dua gladiator lainnya, Juba, seorang bangsa Numidi, dan Hagen, seorang bangsa Jermanik. Kemahiran tenteranya membantunya memenangkan pertarungan dan mendapatkan pengakuan dari gladiator lain dan banyak orang. Antonius memberitahu bahawa dia pernah menjadi gladiator dan menyarankan Maximus bahawa dia harus "mendapatkan perhatian banyak orang" untuk memenangkan kebebasannya. Antonius membawa gladiatornya bertarung di Koloseum kerana Commodus telah mengatur pertarungan tersebut selama 150 hari.

Maximus pertama kali bertarung lengkap berketoponh sebagai gladiator di Koloseum sebagai seorang asal Carthage dalam adegan Pertempuran Zama. Tanpa diduga, Maximus memimpin timnya menuju kemenangan dan Commodus masuk ke Koloseum untuk mengucapan selamat kepadanya. dia memerintahkan Maximus, yang masih menyamar, sebagai pemimpin gladiator untuk menunjukkan dirinya dan memberikan namanya. Maximus kemudian membuka ketopongnya dan mendedahkan diri yang mahukan pembalasan. Commodus dipaksa oleh banyak orang untuk membiarkan para gladiator hidup dan Garda Praetoria muncul untuk menahan serangan para gladiator.

Pertarungan Maximus selanjutnya menjadi kemenangan atas gladiator yang tak terkalahkan dan legendaris. Commodus memerintahkan Maximus untuk membunuh gladiator tersebut, tetapi Maximus membiarkannya hidup sehingga dia disebut "Maximus yang Murah Hati" oleh banyak orang. Commodus murka melihat hal ini yang dianggap memalukan ini dan menghina Maximus tentang kematian keluarganya, tetapi Maximus berbalik dan meninggalkan pertarungan tersebut.

Maximus mengetahui dari Cicero mantan pengawalnya, bahawa mantan pasukannya tetap setia. Lucilla, kakaanda Commodus, Gracchus, seorang senator yang berpengaruh, dan Maximus bertemu secara diam-diam. Maximus akan melarikan diri dari Roma, bergabung dengan pasukannya, menggulingkan Commodus dengan kekuatan dan menyerahkan kekuasaan kembali ke Senat Romawi. Commodus mengetahui rencana tersebut dari Lucilla yang mengancamnya dan memiliki Garda Praetoria yang menangkap Gracchus dan menyerang barak gladiator. Antonius dan gladiatornya, termasuk Hagen, mengorbankan diri untuk membiarkan Maximus melarikan diri. Maximus ditangkap di tempat pertemuan dengan Cicero di mana Cicero dibunuh.

Commodus menantang Maximus untuk berduel di Koloseum. dia menusuk Maximus sebelum pertarungan dimulai untuk mendapatkan keuntungan. Maximus melucuti senjata Commodus di mana Garda Praetoria menolak untuk membantu Commodus. Commodus kemudian mendapatkan pisau yang tersembunyi, di mana Maximus mendorong pisau yang dipegang Commodus ke tenggorokannya hingga Commodus terbunuh. Maximus terluka parah dan sebelum dia meninggal, dia meminta reformasi politik agar sekutu gladiatornya dibebaskan dan agar nama Senator Gracchus dipulihkan. Teman-teman Maximus dan sekutunya menghormatinya sebagai "prajurit Roma" atas perintah Lucilla dan membawa tubuh Maximus keluar dari pertarungan, meninggalkan Commodus yang mati.

Juba mengunjungi Koloseum pada malam hari untuk menguburkan patung-patung isteri dan anak Maximus di tempat kematiannya, sambil itu dia berjanji untuk bertemunya dengan Maximus lagi (di alam berikutnya).

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Akademi ke-73
    • Filem Terbaik
    • Pelakon Ternaik (Russell Crowe)
    • Kesan Khas Terbaik
    • Rekaan Kostum Terbaik
    • Bunyi Terbaik
  • American Cinema Editors
    • Filem Disunting Terbaik – Drama
  • Art Directors Guild
    • Anugerah Kecemerlangan dalam Penghasilan Rekaan, Filem – Filem Tempoh atau Fantasi
  • Anugerah BAFTA
    • Sinematografi Terbaik
    • Suntingan Terbaik
    • Filem Terbaik
    • Penghasilan Rekaan Terbaik
  • Anugerah Golden Globe
    • Filem Terbaik - Drama
    • Skor Asal Terbaik – Filem
  • Las Vegas Film Critics Society
    • Rekaan Kostum Terbaik
    • DVD Terbaik
    • Suntingan Terbaik
    • Skor Terbaik
    • Kesan Khas Terbaik
  • London Film Critics Circle
    • Pelakon Tahunan (Russell Crowe)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Martha Lair Sale & Paula Diane Parker (2005). "LOSING LIKE FORREST GUMP: WINNERS AND LOSERS IN THE FILM INDUSTRY" (PDF). Dicapai pada 2007-02-19.
  2. ^ Schwartz, Richard (2001). The Films of Ridley Scott. Westport, CT: Praeger. m/s. 141. ISBN 0275969762.
  3. ^ Carra, Mallory (5 April 2015). "Who Plays Peter On 'A.D. The Bible Continues'? Adam Levy Is A Regular In The U.K. Theater Scene". Bustle. Dicapai pada 31 December 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]