Commodus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Commodus
Statue
Pemerintahan177 – 31 Disember 192
Nama penuhLucius Aurelius Commodus (nama lahir)
Caesar Lucius Aurelius Commodus (166–176)
Keputeraan31 Ogos 161
Tempat keputeraanLanuvium, berdekatan Roma
Mangkat31 Disember 192 (usia 31)
Tempat mangkatRoma
DimakamkanRoma
PendahuluMarcus Aurelius
PenggantiPertinax
PasanganBruttia Crispina
Dinastidinasti Nerva–Antoninus
AyahandaMarcus Aurelius
BondaFaustina

Lucius Aelius Aurelius Commodus; atau nama pendeknya Commodus (31 Ogos 161 – 31 Disember 192) merupakan Maharaja Rom sebanyak dua kali - bersama ayahandanya Marcus Aurelius dari 177 hingga kemangkatannya tahun 180 M, serta secara bersendiran sehingga tahun 192.

Pemerintahan beliau dianggap menamatkan zaman di mana Empayar ini mengalami suatu perdamaian yang relatif atau juga disebut sebagai "Pax Romana".

Dinasti empayar Rom
Dinasti Nerva-Antoninus
Kronologi
Nerva 96 M98 M
Traianus 98 M117 M
Hadrianus 117 M138 M
Antoninus Pius 138 M161 M
Lucius Verus 161 M169 M
Marcus Aurelius 161 M180 M
Commodus 177 M192 M
Keluarga
Salasilah Nerva-Antoninus
Kategori:Dinasti Nerva-Antoninus
Penggantian
Didahului oleh
Dinasti Flavian
Diikuti oleh
Tahun Lima Maharaja


Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Lucius Aelius Aurelius Commodus[1] diputerakan dengan nama pada 31 Ogos 161 M di Lanuvium berdekatan Roma.[2] Baginda anak kembar hasil perkahwinan antara Maharaja Marcus Aurelius dengan pupundanya Faustina iaitu puteri bongsu Antoninus Pius yang mangkat beberapa bulan sebelumnya; abang kembarnya Titus Aurelius Fulvus Antoninus, meninggal ketika berusia empat tahun. Baginda turut mempunyai seorang adik bernama Marcus Annius Verus.[3][4]

Baginda dijadikan "Caesar" bersama adindanya pada 12 Oktober 166 M.[3][4] Marcus Annius mangkat tiga tahun kemudian berikutan komplikasi dialami dalam suatu pembedahan lalu tinggal Commodus sahaja sebagai pewaris tunggal takhta Marcus Aurelius.[4]

Baginda menukar namanya Marcus Aurelius Antoninus Commodus saat kemangkatan ayahandanya tahun 180[5]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Baginda menukar kembali kepada nama asalnya tahun 191.[5]

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Quintus Aemilius Laetus, seorang pengawas kota, bersekongkol dengan penggawa empayar Ecletus dan Marcia untuk menggulingkan Commodus. Marcia cuba meracuni makanan Commodus seperti dicatat pada 31 Disember 192, namun Commodus termuntahkan racun tersebut menggagalkan rancangan ini. Mereka bertiga kemudiannya mengupah seorang pegusti bernama Narcissus yang berjaya menjerut Commodus sehingga mati.

Para senat Rom mengisytiharkan baginda sebagai musuh utama (a de facto damnatio memoriae) lalu segala peninggalan yang dilakukan semasa hayatnya dimusnahkan termasuk tugu-tugu. Kemangkatan Commodus itu sendiri mengakhiri dinasti lama turunan Nerva yang telah memerintah Roma setelah sekian lama. Mayat Commodus dimakamkan di Makam Hadrianus, takhta Roma pula diwarisi Pertinax.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammond, m/s. 32.
  2. ^ Historia Augusta – Life of Commodus 1
  3. ^ a b Historia Augusta 12.8
  4. ^ a b c David L. Vagi Coinage and History of the Roman Empire Vol. One: History p.248
  5. ^ a b Hammond, m/s. 32–33.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Geoff W Adams, The Emperor Commodus : gladiator, Hercules or a tyrant?. Boca Raton: BrownWalker Press, [2013]. ISBN 1612337228
  • G. Alföldy, "Der Friedesschluss des Kaisers Commodus mit den Germanen," Historia, 20 (1971), pp. 84–109.
  • P. A. Brunt, "The Fall of Perennis: Dio-Xiphilinus 79.9.2," Classical Quarterly, 23 (1973), pp. 172–77
  • J. Gagé, "La mystique imperiale et l'épreuve des jeux. Commode-Hercule et l'anthropologie hercaléenne," ANRW 2.17.2 (1981), 663–83
  • Hammond, Mason (1957). "Imperial Elements in the Formula of the Roman Emperors during the First Two and a Half Centuries of the Empire". Memoirs of the American Academy in Rome. 25: 19–64. JSTOR 4238646.
  • Olivier Hekster, Commodus: An Emperor at the Crossroads: Dutch monographs on ancient history and archaeology, 23. Brill, 2002. ISSN 0924-3550
  • L. L. Howe, The Praetorian Prefect from Commodus to Diocletian (A.D. 180–305). Chicago, 1942
  • M.P. Speidel, "Commodus the God-Emperor and the Army," Journal of Roman Studies, 83 (1993), pp. 109–14.
  • Jerry Toner, The Day Commodus Killed a Rhino: Understanding the Roman Games. Johns Hopkins University Press, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]