Gwynne Shotwell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gwynne Shotwell
Shotwell pada Ogos 2018
Kelahiran
Gwynne Rowley

(1963-11-23) 23 November 1963 (umur 60)
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Northwestern (BS, MS)
Terkenal keranaThe Aerospace Corporation, Microcosm Inc, SpaceX
PangkatPresiden dan ketua pegawai operasi SpaceX

Gwynne Shotwell (née Rowley; lahir 23 November 1963) ialah seorang usahawati dan jurutera Amerika Syarikat. Beliau memegang jawatan sebagai presiden dan ketua pegawai operasi (CEO) SpaceX dan bertanggungjawab ke atas operasi dan pembangunan syarikat itu.[1]

Setakat 2020, beliau menduduki tempat ke-49 dalam senarai wanita paling berpengaruh di dunia menurut Forbes.[2] Shotwell juga termasuk dalam senarai 100 orang paling berpengaruh menurut majalah Time pada 2020.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Shotwell dilahirkan di Evanston, Illinois, sebagai anak kedua dari tiga bersaudara. Beliau dan kedua adik-beradik yang kini bekerja sebagai doktor bedah otak dan seniman dibesarkan di Libertyville, Illinois. Beliau menerima Ijazah Sarjana Sains dan Ijazah Sains dalam bidang teknik mesin dan matematik terapan dari Universiti Northwestern.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shotwell pada awalnya ingin bekerja dalam industri automotif dan dipelawa ke program latihan pengurusan Chrysler Corporation. Namun, Beliau kemudian mahukan peranan yang lebih berkait rapat dengan kejuruteraan[5] sehingga mengundurkan diri.[4]

Pada 1988, beliau mula bekerja di sebuah pusat penyelidikan di El Segundo milik The Aerospace Corporation dan melakukan pekerjaan teknik sekitar kontrak penyelidikan dan pembangunan untuk ruang ketenteraan. Sepanjang sepuluh tahun bekerja, beliau bekerja di bidang analisis termal dan menulis puluhan makalah ilmiah dalam pelbagai bidang, termasuk konsep reka bentuk kapal angkasa, pemodelan jejak inframerah, integrasi pesawat ulang-alik, dan risiko kuar angkasa memasuki atmosfera Bumi.[4]

Pada tahun 1998, beliau mengundurkan diri dari Aerospace Corporation untuk menjadi pengarah bahagian sistem angkasa di "Microcosm Inc.", pengeluar roket yang terletak di El Segundo.[4] Beliau bertugas dalam jawatankuasa eksekutif dan bertanggungjawab untuk pengembangan perniagaan syarikat.

Pada tahun 2002 Shotwell menyertai SpaceX, sebuah syarikat penjelajahan angkasa raya komersial yang diasaskan oleh Elon Musk pada tahun yang sama. Beliau berkhidmat sebagai naib presiden pengembangan perniagaan serta berkhidmat di dewan pengarah dan merupakan pekerja ke-11 yang direkrut.[6] Shotwell kini berkhidmat sebagai Presiden dan COO SpaceX yang bertanggungjawab ke atas operasi harian syarikat serta mengendalikan hubungan strategik untuk memajukan pembangunan syarikat.[7]

Pada Disember 2010, SpaceX menjadi syarikat swasta pertama yang melancarkan roket, mencapai orbit, dan melancarkan kapal angkasa. Syarikat itu juga memenangi kontrak bernilai bilion dolar dari NASA untuk melancarkan instrumen sains untuk angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Pada 30 Mei 2020, SpaceX menjadi syarikat swasta pertama yang melancarkan dua angkasawan menuju orbit Bumi dalam misi Demo-2.[8] SpaceX kini juga sedang membangunkan kapal angkasa berawak yang dapat digunakan untuk melancarkan manusia menuju Marikh.

Pada 6 Februari 2019, Polaris Industries mengumumkan bahawa Shotwell akan menduduki jawatan pengarah pada 1 Mac.[9]

Shotwell juga turut serta dalam program yang berkaitan dengan sains dan teknologi, seperti Pertandingan Small Satellite Conference Frank J. Redd.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shotwell berkahwin dengan Robert Shotwell, jurutera di NASA Jet Propulsion Laboratory. Beliau mempunyai dua anak dari perkahwinan pertamanya bersama Leon Gurevich.[10]

Gelaran dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gwynne Shotwell: Executive Profile & Biography". Business Week. New York: Bloomberg. December 1, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2011. Dicapai pada December 1, 2011.
  2. ^ "The World's 100 Most Powerful Women". Forbes. Dicapai pada January 4, 2021.
  3. ^ "Gwynne Shotwell: The 100 Most Influential People of 2020". Time. Dicapai pada 2020-09-23.
  4. ^ a b c d "How I Made It: SpaceX exec Gwynne Shotwell". Los Angeles Times. June 7, 2013.
  5. ^ Strube, Frank (April 21, 2014). "It all Started with a Suit: The Story Behind Shotwell's Rise to SpaceX - Via Satellite -". Via Satellite. Dicapai pada April 20, 2017.
  6. ^ Gwynne Shotwell | Closing Plenary | SkollWF 2018 (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada April 18, 2018
  7. ^ SpaceX AsiaSat8 Launch Press Kit (PDF), August 2014, m/s. 15
  8. ^ Business, Jackie Wattles, CNN (May 30, 2020). "SpaceX and NASA launch Crew Dragon in Florida: Live updates". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 31, 2020.
  9. ^ "Gwynne Shotwell Appointed to Polaris Industries Inc. Board of Directors". Polaris Industries.
  10. ^ ŠVANCARA ·, VLASTIMIL. "Gwynne Shotwell, President and COO". ElonX.
  11. ^ Shotwell, Gwynne (June 4, 2014). Discussion with Gwynne Shotwell, President and COO, SpaceX. Atlantic Council. Peritiwa berlaku pada 22:35–26:20. Dicapai pada June 9, 2014. This [reusable launch vehicle technology], all this innovation is being done by SpaceX alone, no one is paying us to do it. The government is very interested in the data we are collecting on this test series. ... This is the kind of thing that entrepreneurial investment and new entrants/innovators can do for an industry: fund their own improvements, both in the quality of their programs and the quality of their hardware, and the speed and cadence of their operations.
  12. ^ "2017 Satellite Executive of the Year: Gwynne Shotwell, President and COO, SpaceX". Dicapai pada March 29, 2018.
  13. ^ "Gwynne Shotwell". Forbes.
  14. ^ "Gwynne Shotwell: The 100 Most Influential People of 2020". Time. Dicapai pada 2020-09-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Shotwell, Gwynne (3 Februari 2016). Gwynne Shotwell comments at Commercial Space Transportation Conference. Commercial Spaceflight. Peritiwa berlaku pada 2:43:15–3:10:05. Dicapai pada 4 Februari 2016. (setelah minit ke-2:53:00, dan sebuah siaran video yang menampilkan kegagalan pendaratan pendorong roket di kapal berrawak, kemudian diikuti oleh kejayaan usaha itu) It's awesome. You know, I don't think you get that kind of thrill in banking. It's extraordinary.