Elon Musk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Elon Musk
FRS
Musk at the Royal Society admissions day in London, July 2018
Musk di hari kemasukan Royal Society di London pada Julai 2018
KelahiranElon Reeve Musk
(1971-06-28) 28 Jun 1971 (umur 47)
Pretoria, Transvaal, Afrika Selatan
KediamanBel Air, Los Angeles, California, Amerika Syarikat[1][2]
Kerakyatan
  • Afrika Selatan (1971–kini)
  • Kanada (1989–kini)
  • Amerika Syarikat (2002–kini)
Pusat pendidikan
Pekerjaan
  • Usahawan
  • pencipta
  • jurutera
Tahun aktif1995–kini
Nilai bersihAS$21.7 bilion (Februari 2019)[5]
Gelaran
Parti politikBebas[6]
Pasangan
  • Justine Wilson (k. 2000; c. 2008)
  • Talulah Riley (k. 2010; c. 2012)
    (m. 2013; div. 2016)[7]
Pasangan
Anak6 (1 meninggal dunia)
Ibu bapa
  • Maye Musk (ibu)
  • Errol Musk (bapa)
Saudara
  • Kimbal Musk (abang)
  • Tosca Musk (adik)
  • Lyndon Rive (sepupu)
AnugerahFellow of the Royal Society
Tandatangan
Elon Musk

Elon Reeve Musk FRS (/ˈlɒn/; lahir 28 Jun 1971) merupakan jurutera dan usahawan teknologi.[11][12][13] Beliau memegang kerakyatan Afrika Selatan, Kanada dan Amerika dan pengasas, CEO, dan pereka utama SpaceX;[14] pengasas bersama, CEO, dan arkitek produk Tesla, Inc.;[15] pengasas bersama Neuralink; pengasas The Boring Company; dan pengasas bersama PayPal. Pada Disember 2016, beliau menerima ranking ke-21 di dalam senarai Orang Paling Berkuasa di Dunia oleh majalah Forbes.[16] Setakat Oktober 2018 beliau mempunyai nilai bersih mencecah $22.8 bilion dan disenaraikan oleh Forbes sebagai orang paling terkaya di dunia.[17]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Musk lahir pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Transvaal, Afrika Selatan.[18] Ibunya,f Maye Musk (née Haldeman) merupakan seorang model dan pakar diet dari Regina, Saskatchewan, Kanada[19] manakala ayahnya Errol Musk merupakan seorang kelasi, juruterbang dan jurutera elektromekanikal kelahiran Afrika Selatan. Ibu bapanya bercerai pada tahun 1980, di mana Musk hidup bersama ayahnya di luar bandar Pretoria/[20]

Pada tahun 1989, Elon berpindah ke Kanada untuk melanjutkan pengajiannya di Queen's University serta mengelak kerahan wajib oleh pemerintah Afrika Selatan. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang fizik dan perniagaan di Universiti Pennsylvania pada tahun 1992.

Elon meneruskan pelajaran kali ini mendapatkan ijazah kedoktoran di Universiti Stanford, California daam bodag fizik tenaga. Namun beliau terut berhenti setelah mendapat tahu potensi peniagaan hasil [[gelembung ekonomi Internet[[ yang wujud pada ketika itu lalu menubuhkan suatu syarikat bernama Zip2 Corporation.[21]

Kerjaya perniagaan[sunting | sunting sumber]

Zip2[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1995, Musk and abangnya Kimbal menubuhkan Zip2, sebuah syarikat perisian sesawang setelah memeperolehi modal kecil hasil beberapa pelabur ihsan.[22]

Zip2 dibeli syarikat Compaq sebanyak AS$307 juta dalam bentuk tunai[23]:109 serta AS$34 juta dalam bentuk pilihan saham.[petikan diperlukan][24] pada Februari 1999.

Paypal[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mac 1999, Musk menubuhkan bersama syarikat X.com, sebuah syarikat pembayaran mel elektronik dan khidmat niaga dalam talian menggunakan modal hasil penjualan Zip2 sebanyak AS$10 juta.[25][26][27] Syarikat tersebut bergabung dengan Confinity setahun kemudian.[28][29] Confinity pada ketika itu mempunyai suatu perkhidmatan penghantaran wang bernama PayPal dan gabungan kedua-dua syarikat baharu ini menumpu kepada membangunkan syarikat ini.[30]

SpaceX[sunting | sunting sumber]

Musk menubuhkan sebuah syarikat yang mengkhusus kepada penghasilan kenderaan pelancaran dan teknologi roket angkasa bernama Space Exploration Technologies (atau SpaceX) pada Mei 2002;[31] beliau turut menjadi ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai teknologi syarikat ini. Ia pada mulanya melancarkan beberapa kenderaan iaitu Falcon 1 dan Falcon 9 dan roket SpaceX Dragon;[32] roket Falcon 1 merupakan kenderaan persendirian dijana bendalir yang berjaya menghantarkan satelit ke orbit Bumi pada September 2008.[23] SpaceX Dragon pula merupakan syarikat persendirian pertama yang berjayay melabuhkan kenderaan sendiri pada Stesen Angkasa Antarabangsa pada 25 Mei 2012.[33]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Billionaire Tesla CEO Elon Musk Buys Neighbor's Home in Bel Air For Million". Forbes. Dicapai November 1, 2013. 
  2. ^ "Inside Elon Musk's M Bel Air Mansion". Bloomberg News. Diarkibkan daripada asal pada February 7, 2015. Dicapai August 21, 2013. 
  3. ^ Hull, Dana (11 April 2014). "Timeline: Elon Musk's accomplishments". Dicapai 11 Jun 2015 – melalui Mercury News. 
  4. ^ Zanerhaft, Jaron (2013). "Elon Musk: Patriarchs and Prodigies". CSQ. C-Suite Quarterly. Dicapai 11 Jun 2015. 
  5. ^ "Elon Musk". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai February 25, 2019. 
  6. ^ Musk, Elon (July 14, 2018). "To be clear, I am not a conservative. I'm registered independent & politically moderate". @elonmusk (dalam bahasa Inggeris). Twitter. Dicapai January 22, 2019. 
  7. ^ "Actor Talulah Riley files to divorce billionaire Elon Musk, again". The Guardian. March 21, 2016. Dicapai April 20, 2016. The pair first married in 2010 and divorced in 2012. They remarried 18 months later. 
  8. ^ "Elon Musk and Amber Heard Call it Quits ... Again". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 10 December 2018. 
  9. ^ Halls, Eleanor (30 November 2018). "Is Elon Musk behind his girlfriend Grimes's AI-loving new single?". The Telegraph. Dicapai 1 December 2018. 
  10. ^ Salinas, Sara (January 4, 2019). "Elon Musk wants Grimes out of a lawsuit over Tesla take-private tweet". www.cnbc.com. 
  11. ^ Curtis, Sophie (November 10, 2014). "Elon Musk 'to launch fleet of internet satellites'". The Daily Telegraph. London. Dicapai June 23, 2015. Elon Musk, inventor and business magnate 
  12. ^ Vance, Ashlee (September 13, 2012). "Elon Musk, the 21st Century Industrialist". Bloomberg BusinessWeek. Diarkibkan daripada asal pada April 26, 2017. Dicapai June 23, 2015. 
  13. ^ "Engineer in Focus: Elon Musk". asme.org. Dicapai 4 November 2015. 
  14. ^ Shanklin, Emily (March 27, 2017). "Elon Musk". SpaceX (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 17 Jun 2017. 
  15. ^ "Elon Musk | Tesla". www.tesla.com. Dicapai 2018-09-07. 
  16. ^ "The World's Most Powerful People". Forbes. Disember 2016. Dicapai 14 Disember 2016. 
  17. ^ "The World's Billionaires List". Forbes. Dicapai October 17, 2018. 
  18. ^ "Elon Musk (South African entrepreneur)". Britannica Online Encyclopedia. Dicapai December 23, 2012. 
  19. ^ Templat:Triangulation, discussion of his family starts around the 15th minute
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sjmn20140411 tidak disediakan
  21. ^ "Elon Musk". Biography. Dicapai November 3, 2018. 
  22. ^ Strauss, Neil (November 15, 2017). "Elon Musk: The Architect of Tomorrow". Rolling Stone. Dicapai November 15, 2017. 
  23. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan vance tidak disediakan
  24. ^ Junnarkar, Sandeep (16 Februari 1999). "Compaq buys Zip2". CNET. 
  25. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :2 tidak disediakan
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Friedman tidak disediakan
  27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Startup Playbook tidak disediakan
  28. ^ "Elon Musk Biography". Advameg. 23 Ogos 2005. 
  29. ^ Jackson, Erik (2004). The PayPal Wars. Los Angeles, California: World Ahead Publishing. m/s. 40, 69, 130, 163. 
  30. ^ Musk, Elon (8 Oktober 2003). Success Through Viral Marketing: PayPal. Entrepreneurial Thought Leaders Lecture. 
  31. ^ California Business Search (C2414622 - Space Exploration Technologies Corp) 
  32. ^ SpaceX 
  33. ^ Harwood, William (31 Mei 2012). "SpaceX Dragon returns to Earth, ends historic trip". CBS News. Dicapai 3 Ogos 2013. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Davenport, Christian. The Space Barons; Elon Musk. Jeff Bezos, and the Quest to Colonize the Cosmos. PublicAffairs (2018). ISBN 978-1610398299
  • Fernholz, Tim. Rocket Billionaires: Elon Musk, Jeff Bezos, and the New Space Race. Houghton Mifflin Harcourt (2018). ISBN 978-1-328-66223-1
  • Vance, Ashlee. Elon Musk: How the Billionaire CEO of SpaceX and Tesla is Shaping our Future. Virgin Books (2015). ISBN 9780753555620. Afterthoughts by Ashlee Vance