Haiwan dan objek seruan (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teknik Seruan
Teknik seruan.jpg
Teknik Seruan[1][2]
口寄せの術
Kuchiyose no Jutsu
Debut
Anime Episod 17
Filem Naruto: Shippūden the Movie
Permainan Video Naruto: Ultimate Ninja
Penampilan Manga dan anime
Maklumat
Tahap Tahap-C
Kelas Serangan, Pertahanan, Suplemen
Ikatan Tangan Khinzir → Anjing → Burung → Monyet → Ayam Jantan[3]
Jutsu Lain
Modifikasi Jutsu Amplification Summoning Technique
Earth Release: Wheel of Fortune
Earth Release Resurrection Technique: Corpse Soil
Formation of Ten Thousand Snakes
Hidden Shadow Snake Hands
Many Hidden Shadow Snake Hands
Rain of Spiders
Snake Authority Spell
Summoning: Demonic Statue of the Outer Path
Summoning: Earth Release: Tracking Fang Technique
Summoning: Food Cart Destroyer Technique
Summoning: Impure World Resurrection
Summoning: Iron Maiden
Summoning: Quick Beheading Dance
Summoning: Rashōmon
Summoning: Triple Rashōmon
Summoning: Toad Mouth Bind
Summoning: Toad Shop Technique
Summoning: Torture Chamber
Jutsu Berkaitan
Jutsu Berkaitan Teknik Seruan Songsang
Pengguna
Karakter Anko Mitarashi
Danzō Shimura
Hanzō
Hiruzen Sarutobi
Jiraiya
Kakashi Hatake
Kabuto Yakushi
Kidōmaru
Kisame Hoshigaki
Might Guy
Madara Uchiha
Minato Namikaze
Motoi
Nagato
Naruto Uzumaki
Orochimaru
Sasuke Uchiha
Mizukage Kedua
Shima
Tayuya
Temari
Tsunade
Amachi (Anime sahaja)
Gennō (Anime sahaja)
Kandachi (Anime sahaja)
Kōza Kubisaki (Anime sahaja)
Ruiga (Anime sahaja)
Suzumebachi
Hiruko (Anime sahaja)
Ichi (Anime sahaja)
Ni (Anime sahaja)
San (Anime sahaja)
Sakura Haruno (Permainan video sahaja)

Teknik Seruan (口寄せの術, Kuchiyose no Jutsu?) merupakan teknik dalam klasifikasi Ninjutsu Ruang-waktu yang mana ianya membenarkan pengguna untuk menyeru atau memindahkan haiwan atau sebarang objek merentasi jarak yang jauh dalam sekelip mata.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Hanya terdapat satu cara untuk melaksanakan jutsu ini iaitu dengan melakukan ikatan tangan dan darah. Bagaimanapun, sebelum seseorang ninja yang layak itu boleh menggunakan teknik ini, mereka perlu melakukan ikatan perjanjian atau kontrak dengan spesis tersebut[4]. Perjanjian tersebut boleh datang dalam bentuk tulisan pada skrol atau cacah pada lengan yang dilukis menggunakan darah pengguna itu sendiri. Sesudah mengadakan perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan seruan itu, ia akan kekal biar pun penggunanya sudah mati[5]. Hanya selepas itu barulah penggunanya boleh menyeru haiwan tersebut dengan melakukan tanda ikatan tangan dan mendermakan sedikit darah (selalunya diperolehi dengan menggigit ibu jari sendiri) dan menggunakan tangan yang sama digunakan ketika membuat perjanjian dengan haiwan yang diseru[6]. Jumlah chakura yang digunakan ketika melancarkan teknik ini akan menentukan berapa besarkah haiwan yang bakal diseru. Di dalam siri anime, telah ditunjukan bahawa sekiranya seseorang itu cuba menyeru haiwan seruan tanpa mengadakan ikatan perjanjian terlebih dahulu, maka pengguna tersebut akan "diterbangkan" ke kediaman asal haiwan seruan yang berkaitan[7].

Cara lain yang boleh digunakan untuk melakukan seruan adalah dengan menggunakan skrol tanpa perlu melakukan tanda ikatan tangan terlebih dahulu. Dalam kes ini, ikatan tangan tidak diperlukan dan chakura juga kadangkala tidak diperlukan[8][9]. Dengan menggunakan kaedah ini, penggunanya boleh menyeru sebarang haiwan meskipun mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan itu[10].

Pengunaan Khas[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pengguna dilihat hanya mampu melakukan hanya satu sahaja bentuk seruan haiwan atau objek. Namun begitu, terdapat sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh Pain (melalui pengunaan tubuh Chikushōdō) di mana dia boleh melakukan beberapa seruan spesis haiwan atau manusia dalam sesuatu masa. Pain tidak perlu mengunakan darah ketika melakukan teknik tersebut. Sasuke Uchiha juga pernah melakukan seruan kepada lebih daripada satu jenis haiwan iaitu ular dan helang; namun begitu ianya dilakukan pada selang masa yang berbeza (setelah kematian Manda). Kebolehan untuk melakukan seruan boleh dibatalkan dengan melancarkan Teknik Ikatan Jampi.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Cacah tatu pada lengan Orochimaru

Apabila sesuatu spesis haiwan itu diseru oleh penggunanya, maka ia akan "diterbangkan" dari kediaman mereka kepada lokasi pengguna. Apabila diseru, haiwan tersebut boleh melakukan sebarang tugas atau menolong si pengguna di dalam pertempuran. Kadangkala, sesetengah haiwan seruan tidak mampu membantu dan hanya menjadi bebanan atau musuh kepada penggunanya. Haiwan seruan juga boleh menyeru penggunanya dengan menggunakan Teknik Seruan Songsang dan haiwan seruan juga kadangkala dilihat memiliki tanda dirah dahi yang melambangkan "kesetiaan" mereka kepada sesebuah perkampungan ninja.

Sesetengah seruan boleh dijadikan sebagai asas kepada teknik yang lain seperti Teknik Seruan: Hempapan Pemusnah oleh Jiraiya dan Teknik Seruan: Tarian Pemancung Kepala oleh Temari. Dalam kes seperti ini, kadangkala seruan tidak terhad kepada seruan haiwan sahaja sepertimana yang dilakukan oleh Orochimaru yang boleh menyeru mayat (untuk melaksanakan teknik Edo Tensei) dan untuk tujuan pertahanan seperti Teknik Seruan: Pintu Rashōmon.

Objek boleh diseru daripada skrol. Ia tidak diseru daripada mana-mana lokasi tapi hanya dilepaskan daripada tempat simpanan sementaranya dan tidak memerlukan darah untuk menyerunya. Sesetengah watak juga dilihat memiliki kecenderungan untuk menyeru senjata seperti kunai atau shuriken gergasi dan kadangkala anpa perlu menggunakan tanda ikatan tangan[11][12].

Senarai Seruan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai beberapa haiwan atau objek seruan yang telah diketahui dan digunakan secara meluas oleh sesetengah ninja di dalam dunia Naruto bersama nama penyerunya.

  • Kodok
    • Seruan: Uzumaki Naruto, Jiraiya dan Minato Namikaze
    • Jenis: Kodok seruan
    • Senarai seruan: Gamabunta, Gamaken, Gamakichi, Gamatatsu, Pendeta dok, Shima dan Fukasaku, Gamahiro, Gerotora (Key Toad), Kosuke (mati), Gamariki (anime sahaja)




  • Anjing
    • Seruan: Hatake Kakashi
    • Jenis: Anjing nin (Ninken)
    • Senarai seruan: Pakkun, Bull, Bisuke, Shiba, Akino, Urushi, Usei, Guruko


  • Seruan oleh Pain
    • Seruan: Pain
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Krustasia gergasi, Burung gergasi berparuh gerudi, Anjing gergasi berkepala banyak, Panda gergasi, Sesumpah berekor ular gergasi, Lembu gergasi, Lipan gergasi, Badak gergasi


  • Lain-lain seruan
    • Seruan: Tayuya
    • Jenis: Makhluk seruan
    • Senarai seruan: Doki



    • Seruan: Orochimaru (dimusnahkan oleh Naruto)
    • Jenis: Objek seruan
    • Senarai seruan: Pintu Rashomon bertiga


    • Seruan: Tenten (kebiasaanya), Sasuke
    • Jenis: Senjata seruan
    • Senarai seruan: Pelbagai senjata ninja


    • Seruan: Kotetsu
    • Jenis: Senjata seruan
    • Senarai seruan: Belantan berupa cangkerang


    • Seruan: Amachi
    • Jenis:
    • Senarai seruan: Umibozu (mati)


    • Seruan: Ruiga (anime)
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Sekumpulan pirana, Jerung


    • Seruan: Kidomaru
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Kyodaigumo


    • Seruan: Might Guy
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Ninkame


    • Seruan: Hokage Ketiga
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Enma


    • Seruan: Suku Kamizuru (anime)
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Larva lebah, lebah gergasi (mati)


    • Seruan: Temari
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Kamatari


    • Seruan: Hanzo
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Salamander


    • Seruan: Genno
    • Jenis: Haiwan seruan
    • Senarai seruan: Burung gergasi

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Dalam kehidupan harian rakyat Jepun, perkataan kuchiyose (口寄せ, Lukisan Perantaraan?) yang merujuk kepada upacara untuk membenarkan "semangat" atau roh untuk merasuki tubuh agar membolehkannya berkomuniskasi dengan manusia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Naruto: Buku Data Pertama, Muka 182
  2. ^ Naruto: Buku Rasmi Peminat, Muka 163
  3. ^ Naruto Bab 477, Muka 09
  4. ^ Naruto Bab 92, Muka 14
  5. ^ Naruto Bab 530, Muka 16
  6. ^ Naruto Bab 92, Muka 19
  7. ^ Naruto: Shippūden 127
  8. ^ Naruto Bab 64, Muka 03
  9. ^ Naruto Bab 508, Muka 14
  10. ^ Naruto Bab 363, Muka 10-11
  11. ^ Naruto Bab 185, Muka 03-04
  12. ^ Naruto Bab 381, Muka 12