Pasukan Kurenai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pasukan Kurenai
Pasukan Kurenai.jpg
Pasukan Kurenai Selangmasa.PNG
(紅班, Kurenai-han)
Debut
MangaBab 34
AnimeNaruto: Episod 20
FilemNaruto Shippūden 3: Inheritors of the Will of Fire
Permainan
Video
Naruto: Ultimate Ninja 2
OVAHidden Leaf Village Grand Sports Festival!
KemunculanAnime, Manga, Permainan Video dan Filem
Info Pasukan
KetuaKurenai Yūhi
Hatake Kakashi (gantian sementara)
Ahli-ahliKiba Inuzuka
Akamaru
Shino Aburame
Hinata Hyuga
PakatanKonohagakure
Jutsu Pasukan
JutsuDual Piercing Fang

Pasukan Kurenai (紅班,, Kurenai-han) juga dikenali sebagai "Pasukan 8", ialah satu pasukan ninja dalam Naruto. Ia dianggotai oleh Kiba Inuzuka, Hinata Hyūga dan Aburame Shino.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pasukan Kurenai mahir dalam proses menjejak dan mengesan dan ini dibantu dengan kebolehan ahlinya yang terdiri daripada klan Hyuga yang memiliki Byakugan; ahli klan Aburame yang memiliki serangga pengesan chakura yang unik dan klan Aburame yang memiliki deria hidu yang kuat melalui bantuan anjing ninja. Apabila Yuhi Kurenai mengandung di dalam Bahagian II, pasukan ini telah diketuai oleh Hatake Kakashi dalam beberapa misi yang mereka lakukan.

Bersama-sama dengan semua ahli dalam Konoha Bersebelas (Konoha 11), Pasukan 8 juga turut membuat keputusan sama untuk membunuh Sasuke Uchiha dengan tujuan untuk menghalang Sasuke daripada terus tersesat haluan dan menjadi ninja buruan. Namun begitu, mereka telah diyakinkan oleh Naruto Uzumaki bahawa dirinya sendiri yang akan menangani Sasuke.

Misi yang Diketahui[sunting | sunting sumber]

Mencari Bikōchū

  • Tahap: Tidak diketahui
  • Status: Gagal

Di dalam siri anime, selepas melihatkan keadaan Naruto yang sedang kemurungan, Pasukan Kurenai telah meminta kebenaran daripada Tsunade untuk membantu dalam mencari serangga yang bernama bikōchū untuk menjejak Sasuke Uchiha, namun Kurenai bukanlah sebahagian daripada pasukan oleh kerana dirinya sedang berada di hospital. Pasukan 8 yang disertai oleh Naruto, berjaya menemukan telur serangga tersebut namun telah bertembung dengan ahli daripada klan Kamizuru yang juga sedang mencari serangga tersebut. Walaupun Pasukan 8 dan Naruto berjaya mengalahkan klan tersebut, tetapi Naruto dengan tidak sengaja telah terkentut ketika serangga itu menetas daripada telurnya, lalu membuatkan serangga tersebut mengingati bau Naruto berbanding bau Sasuke. Keadaan ini mengakibat misi tersebut dianggap gagal disempurnakan.


Menangkap Gosunkugi

  • Tahap: Tidak diketahui
  • Status: Gagal

Di dalam siri anime, apabila pencuri berbahaya bernama Gosunkugi tiba di Konoha, Tsunade telah mengarahkan Kiba, Hinata dan Naruto untuk menangkapnya. Bagaimanapun, Gosunkugi juga turut diburu oleh pemburu ganjaran bernama Sazanami yang kemudiannya berjaya menangkap Gosunkugi. Misi ini dianggap gagal bagi ketiga-tiga ninja dari Konoha itu walaupun sebenarnya mereka bertiga yang banyak membantu dalam penangkapan Gosunkugi tersebut.


Mencari Harta Karun Tersembunyi

  • Tahap: Tidak diketahui
  • Status: Berjaya

Di dalam siri anime, apabila Tsunade mula perasan akan kegagalan Kiba, Hinata dan Naruto dalam beberapa misi yang diberikan, Tsunade telah memberikan mereka satu lagi peluang untuk membuktikan keupayaan mereka dan agar tidak dihantar semula ke Akademi Ninja dengan satu misi untuk mencari harta karun tersembunyi. Dalam melakukan misi tersebut, ketiga-tiga mereka telah bertembung dengan ahli klan Kedōin yang telah menyamarkan diri mereka sebagai genin dalam usaha untuk menyusup masuk secara rahsia dan memusnahkan Konoha. Akhirnya, mereka bertiga telah berjaya mengalahkan penyamar tersebut dan sebenarnya Tsunade memberikan misi tersebut untuk menguji mereka menghadapi situasi sebegitu.


Mengesan Pengkalan Orochimaru

  • Tahap: Tidak diketahui
  • Status: Dianggap berjaya

Dalam siri anime Bahagian II, Pasukan Kurenai telah digabungkan dengan Pasukan Kakashi untuk mengesan tempat persembunyian atau pengkalan rahsia Orochimaru. Namun, pengkalan rahsia yang mereka temui didapati sudah ditinggalkan dan tidak digunakan lagi.


Memburu Itachi dan Sasuke

  • Tahap: Tidak diketahui
  • Status: Gagal

Di dalam Bahagian II, Pasukan Kurenai telah ditugaskan sebagai sebahagian daripada Pasukan Berlapan bersama-sama Pasukan Kakashi, dengan tujuan untuk menjejaki Itachi Uchiha dan Sasuke Uchiha. Namun begitu, usaha mereka telah dilengahkan dengan kehadiran Tobi daripada Akatsuki. Ini mengakibatkan mereka gagal untuk membawa pulang Sasuke sebelum Sasuke dan mayat Itachi dibawa lari.