Aksesori & senjata (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ninja di dalam dunia Naruto seringkali dilihat menggunakan pelbagai alatan atau aksesori atau senjata untuk membantu mereka ketika bertempur. Berikut adalah senarai-senarai aksesori dan senjata yang diketahui.


Bom Asap[sunting | sunting sumber]

Fail:Chapter 433 - 13.jpg
Naruto menggunakan bom asap bersama dengan Rasengan
  • Pengguna : Sesetengah ninja
  • Deskripsi : Bom asap yang normal akan menghasilkan gumpalan asap apabila diletupkan. Ia digunakan untuk mengalihkan dan mengganggu perhatian musuh. Sesetengah bom asap mungkin mengandungi racun atau bahan pelali, menjadikan ia lebih berbahaya daripada bom biasa.

Penggunaan bom asap ini boleh diperbagaikan seperti mana yang dilakukan oleh Naruto ketika bertempur dengan Pain. Naruto menggunakan bom asap bersama-sama dengan teknik Rasengan yang kemudiannya mengakibatkan asap yang dihasilkan oleh bom asap tersebut tersebar lebih luas untuk mengelirukan musuh[1].




Bom Gas Tidur[sunting | sunting sumber]

Fail:Chapter 482, ms 8.png
Kesan kepulan bom gas tidur yang digunakan oleh Sakura
  • Pengguna : Tsunade, Sakura Haruno
  • Deskripsi : Bom Gas Tidur adalah sejenis bom yang mengandungi bahan kimia yang sering dikaitkan dengan ninja medik, yang mana ianya digunakan oleh Sakura Haruno yang berkemungkinan mempelajarinya daripada Tsunade.

Ianya boleh disimpan ke dalam objek berbentuk sfera yang mana apabila diletupkan akan mengeluarkan gas yang cukup berkuasa untuk mengakibatkan orang yang menyedutnya mengantuk dan kemudiannya akan tertidur.




Bom Kilauan[sunting | sunting sumber]

  • Pengguna : Sesetengah ninja
  • Deskripsi : Bom Kilauan adalah sejenis bom berbentuk sfera yang diikat kepada kunai seperti mana kertas jampi letupan. Apabila dilontar ia akan meletup dan menghasilkan kilauan yang mampu memberikan kesan kebutaan sementara kepada mata, sekaligus sesuai digunakan untuk mengelirukan musuh.

Shikamaru Nara pernah menggunakan bom kilauan ini ketika menentang Tayuya; dengan tujuan untuk menghasilkan bayang agar dia mampu mempergunakannya untuk menggerakkan teknik Kagemane no Jutsu (影真似の術,, Kagemane no Jutsu) ke atas Doki milik Tayuya. Tsume Inuzuka turut menggunakan bom kilauan ketika bertarung dengan Preta Path (餓鬼道,, Gakidō), namun bentuk bom kilauan tersebut adalah dalam bentuk tin seperti mana bom kilauan zaman moden.



Boneka[sunting | sunting sumber]

Fail:Sandaime Kazekage Puppet.jpg
Boneka Manusia yang digunakan oleh Sasori

Rencana utama : Boneka

  • Pengguna : Kankurō, Chiyo, Sasori, Monzaemon Chikamatsu
  • Deskripsi : Semua boneka adalah berbeza. Bagaimana pun, mereka berfungsi menggunakan prinsip gerakan yang sama. Tukang boneka adalah orang yang mengawal boneka menggunakan Kugutsu no Jutsu (傀儡の術,, Seni Bermain Boneka) dengan cara mengawal pergerakkan boneka menggunakan benang chakura. Satu tren yang dimiliki oleh tukang boneka adalah kepelbagaian perangkap yang tersembunyi berada di dalam boneka mereka.

Perangkap-perangkap tersebut sama ada kabut racun, bom asap, kunai atau apa sahaja alatan yang mampu melumpuhkan pihak musuh. Selalunya, orang yang mengawal boneka ini adalah ninja yang lemah dalam pertempuran jarak dekat. Jutsu yang berkaitan dengan penggunaan boneka selalunya boleh dikaitkan dengan ninja daripada Sunagakure.

Berikut adalah jenis-jenis boneka yang boleh diciptakan:



Haiwan-nin[sunting | sunting sumber]

Fail:Inuzuka.jpg
Anjing-nin yang digunakan oleh klan Inuzuka
  • Pengguna : Kebanyakan karakter
  • Deskripsi : Ketika berlangsungnya Peperiksaan Chūnin, telah disahkan bahawa binatang boleh dikira dan dianggap sebagai salah satu peralatan ninja. Keadaan ini telah dipersoalkan ketika berlangsungnya perlawanan di antara Uzumaki Naruto dan Kiba Inuzuka yang bertarung menggunakan bantuan Akamaru.

Kadang-kala sesuatu teknik ninja memerlukan kepada penggunaan pelbagai haiwan; paling ketara adalah klan Aburame dari Konoha yang membentuk persefahaman dengan serangga berupa seperti kumbang yang dipanggil Kikaichū. Begitu juga dengan klan Inuzuka yang mempunyai persefahaman dengan anjing ninja. Selain penggunaan jutsu bersama haiwan-haiwan ini, sejenis bentuk perhubungan terbentuk di antara mereka dan ianya melebihi sekadar keperluan ketika bertempur; ini adalah kerana mereka akan hidup bersama-sama dan saling memerlukan sepanjang hayat mereka. Ninja-ninja ini akan mencipta pelbagai teknik unik yang mana akan memaksimakan koordinasi di antara ninja dan rakan haiwan belaan mereka.

Satu lagi bentuk penggunaan haiwan dalam dunia ninja dan lebih menjadi kebiasaan adalah melalui Teknik Seruan. Salah satu contoh penggunaan haiwan dalam teknik seruan adalah Hatake Kakashi yang menyeru lapan anjing-nin termasuk Pakkun. Ia merupakan satu bentuk teknik selang-masa yang mana ianya membolehkan penggunanya menyeru haiwan untuk memberi bantuan ketika bertempur menggunakan darah dan sejumlah chakura yang mencukupi.



Jarum Terbang[sunting | sunting sumber]

Fail:Illusion Bell Needles.jpg
Penggunaan jarum terbang oleh Kin Tsuchi

Senbon (千本,, Jarum Terbang) adalah sejenis jarum panjang yang diperbuat daripada besi dengan muncung yang tajam di kedua-dua penghujungnya. Selalunya ia digunakan untuk tujuan perubatan untuk mencucuk mata akupuntur. Ia mempunyai hanya sedikit kuasa membunuh, namun sekiranya dilontar dan digunakand engan ketepatan yang tinggi ia mampu membawa kepada kerosakan yang serius. Pengguna senbon yang memiliki pengetahuan tentang perubatan mampu menggunakan senbon secara efektif di dalam pertempuran untuk melumpuhkan atau membunuh musuh mereka.



Johyo[sunting | sunting sumber]

Fail:Johyo.JPG
Gaara membuat demonstrasi tentang pengunaan Jōhyō
  • Nama : Jōhyō (縄鏢,, Damak Tali)
  • Pengguna : Matsuri
  • Debut (Anime): Episod 216

Jōhyō (縄鏢,, Damak Tali) merupakan sejenis senjata yang fleksibel yang digunakan dalam seni Kenpō. Jōhyō terdiri daripada seutas tali yang panjang (selalunya dalam beberapa meter panjang) dengan pemegang di salah satu hujungnya dan damak besi di penghujung yang kedua. Damak besi ini bertindak sebagai pemberat yang membenarkan pengguna untuk mencampakkannya ke arah musuh dalam jarak yang jauh. Ia boleh digunakan sama ada untuk mengikat, membuat bentuk pertahanan atau digunakan untuk menghasilkan serangan.

Senjata ini membuat kemunculan dalam babak sampingan (filler) terakhir pada penghujung Bahagian I. Gaara selaku jurulatih telah memperkenalkan Jōhyō yang secara amnya bukanlah senjata yang merbahaya kepada muridnya, Matsuri untuk digunakan sebagai latihan berbanding pelbagai senjata lain. Ketika Gaara membuat demonstrasi tentang pengunaan senjata tersebut, dia turut menyatakan kepada Matsuri bahawa; "Damak besi di penghujung tali tidak boleh digunakan sangat untuk membuat serangan, cuma sekadar untuk mengelakkan musuh daripada mendekati dan tali itu pula hanya sekadar untuk mengelakkan musuh untuk menyerang".



Kama[sunting | sunting sumber]

Fail:Kamatariqj.jpg
Kamatari menggunakan sebilah Kama

Kama (鎌,, Sabit) merupakan sejenis sabit Jepun yang digunakan sebagai senjata. Ia mempunyai pemegang yang pendek dan bilah melengkung yang tajam mampu memberikan kecederaan. Kedua-dua Fū dan Ao dilihat telah menggunakan dan melontar Kama ke arah lawan mereka. Hidan turut menggunakan sabit gergasi berbilah tiga. Terdapat juga variasi untuk senjata Kama ini: Kusarigama adalah sabit yang telah disambung dengan seutas rantai agar dapat digunakan bagi serangan jarak jauh.

Secara amnya, Kama digunakan oleh orang-orang di Asia sebagai pemotong padi. Bagaimana pun, ia digunakan dalam seni pertahanan diri dengan bilangan sepasang. Oleh kerana bilahnya yang tajam, ia merupakan satu senjata yang sangat merbahaya. Telah dinyatakan bahawa, seorang pengguna Kama yang berkebolehan mampu untuk menahan, mengunci dan menjatuhkan senjata musuh.



Katana[sunting | sunting sumber]

Fail:Giant Decapitating Knife Zabuza.jpg
Parang Pemancung manusia milik Momochi Zabuza
Fail:Samehada.JPG
Samehada milik Kisame Hoshigaki
Fail:Kusanagi no Tsurugi.PNG
Pedang Kusanagi no Tsurugi yang digunakan oleh Orochimaru

Katana berkaitan[sunting | sunting sumber]

  • Parang Pemancung Manusia : Merupakan parang gergasi milik Momochi Zabuza ini digunakan untuk memotong bahagian tubuh pihak musuh. Ia kemudiannya telah diambil oleh Suigetsu Hozuki selepas beberapa tahun kematian Zabuza. Buat masa ini, pedang tersebut telah dipatahkan oleh Killer Bee.
  • Samehada : Merupakan pedang gergasi milik Kisame Hoshigaki yang mempunyai permukaan bersisik yang kasar dan bergerigi serta mampu menyerap chakura. Ia berfungsi untuk mengoyakkan badan pihak musuh berbanding untuk memotong. Di bahagian pemegangnya pula mempunyai duri-duri tajam yang menghalang orang lain daripda menggunakannya, selain tuannya sendiri.
  • Kusanagi :
    • Versi Orochimaru: Merupakan pedang dalam lagenda, boleh dipanjangkan dan mampu memancung hampir semua objek. Status terkini adalah tidak diketahui.
    • Versi Sasuke : Merupakan sebilah pedang panjang biasa yang mampu mengalirkan eletrik agar dapat meningkatkan kuasa memancung dan jarak serangannya.
    • Totsuka : Merupakan pedang spiritual yang mampu mengurung musuh dalam genjutsu abadi dikeluarkan oleh teknik Susanoo. Ia merupakan lawan kepada pedang Kusanagi. Status terkini adalah tidak diketahui.

Katana (anime sahaja)[sunting | sunting sumber]



Kawat Besi[sunting | sunting sumber]

Fail:Orochimaru wrapped up with metal wire.jpg
Orochimaru dikenakan oleh Sasuke menggunakan kawat besi
  • Pengguna : Tenten, Sasuke, Kakashi, beberapa ninja lain
  • Deskripsi : Kawat besi ini boleh digunakan untuk memerangkap musuh, mengawal pergerakan senjata serta menghadkan pergerakkan musuh.

Jika musuh terperangkap pada kawat yang diikat dengan ketat, mereka boleh dihiris dan mengalami kecederaan yang teruk. Sasuke pernah menggunakan kawat besi apabila menyerang Orochimaru. Malahan, ianya menjadi lebih merbahaya apabila ia menggunakan teknik Gaya Lepas Sifat Api: Semburan Naga Api bersama-sama untuk membakar Orochimaru.

Kawat besi ini juga boleh digunakan untuk mengawal pergerakan senjata yang dilontar. Sebagai contoh, Tenten melontar kebanyakan senjata yang dikeluarkannya daripada skrol apabila bertarung dengan Temari ketika pertarungan dalam peperiksaan Chunin.



Kertas Jampi Chakura[sunting | sunting sumber]

  • Pengguna : Sesetengah ninja
  • Deskripsi : Menggunakan kertas jampi yang menyerupai kertas jampi letupan dan diletakkan pada pintu masuk untuk menghalang sesiapa daripada masuk atau keluar dengan sesuka hati. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah kekunci. Ia boleh dihilangkan hanya dengan menggunakan tanda ikatan yang mudah.



Kertas Jampi Letupan[sunting | sunting sumber]

Fail:Paperbomb.png
Kertas Jampi Letupan
  • Nama : Kertas Jampi Letupan (起爆札,, Kibaku Fuda)
  • Jenis : Serangan
  • Pengguna : Kebanyakan ninja
  • Debut (Manga) : Bab 46

Kertas Jampi Letupan (起爆札,, Kibaku Fuda) adalah sehelai kertas kecil yang ditulis dengan tulisan khas, berpusat di sekeliling tulisan kanji "letupan" (爆,, baku). Apabila ia disatukan dengan chakura, ia akan meletup selepas beberapa ketika jikalau masa letupan ditetapkan atau ia boleh diletupkan dengan nyalaan api. Kertas jampi tersebut boleh dilekatkan ke atas sesuatu permukaan atau dibalut kepada senjata lalu dilontarkan ke arah musuh. Kegunaannya adalah pelbagai dan merupakan alatan asas kepada mana-mana ninja. Penggunanya juga boleh melakukan tipu daya dengan menggunakan kertas jampi letupan yang palsu.



Kunai[sunting | sunting sumber]

Fail:Kunaithrow.png
Naruto melemparkan kunai ketika bertarung dengan Zabuza Momochi

Kunai (クナイ) merupakan senjata balingan yang digunakan oleh ninja dan merupakan salah satu senjata yang sering dilihat penggunaannya dalam siri Naruto. Ia adalah bilah besi tajam yang direka untuk menikam atau menusuk sesuatu objek, di mana ia turut mampu memberikan kerosakan jika dilontar. Ia mempunyai saiz yang hampir sama besar dengan tapak tangan. Sesetengah ninja menyerang dengan kunai yang telah dibalkut dengan kertas jampi letupan. Kunai tersebut selalunya akan dilemparkan berhampiran dengan sasaran agar ia meletup di sebelah mereka. Kunai turut boleh diikat dengan seutas kawat besi di dalam lengan pakaian seseorang dan direka khas agar ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, sebagai contoh ketika pertarungan Naruto dan Sai apabila pertama kali mereka bertemu. Kunai boleh digunakan untuk pertarungan jarak dekat seperti mana pisau pendek biasa. Jika kunai tersebut dikuatkan dengan aliran chakura, ia boleh memotong kayu keras atau pun menembusi batuan dengan mudah.

Jenis kunai[sunting | sunting sumber]

Fail:Flying Thunder God Technique.JPG
Kunai bermata tiga digunakan oleh Minato Namikaze

Terdapat beberapa bentuk kunai pernah dilihat di dalam siri Naruto:

  • Minato Namikaze menggunakan kunai bermata tiga yang mempunyai lertas jampi khas yang boleh digunakan bersama dengan teknik Gaya Pergerakan Dewa Guruh miliknya.
  • Izumo dan Kotetsu pernah menggunakan kunai bersaiz besar seperti pedang biasa apabila bertarung dengan Hidan.
  • Kabuto pernah cuba membunuh Sasuke yang sedang di tempatkan di hospital dengan sebilah kunai bermata melengkung dalam Bahagian I siri Naruto. (ia kelihatan seperti kunai yang digunakan oleh Rōshi[2]).
  • Pasukan Oboro pernah menggunakan kunai bermata dua ketika bertarung dengan Pasukan 7 dalam peperiksaan Chunin.
  • Shiin pernah menggunakan kunai yang disambungkan dengan tali berwarna merah yang panjang dan bersaiz kecil.



Makibishi[sunting | sunting sumber]

Zabuza disekat oleh makibishi ketika bertarung dengan Kakashi
  • Nama : Makibishi (撒き菱, Jarum Makibishi)
  • Pengguna : Kakashi Hatake, Itachi Uchiha
  • Debut (Anime): Naruto Episod 8
  • Debut (Manga): Bab 13

Makibishi (撒き菱, Jarum Makibishi) merupakan objek tajam bersaiz kecil yang digunakan untuk mengelakkan seseorang itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini adalah kerana, makibishi yang dilemparkan ke tanah akan mencederakan sesiapa yang memijaknya. Makibishi jarang dilihat penggunaannya oleh mana-mana ninja, tetapi Itachi Uchiha pernah menggunakannya bersama dengan bom asap, manakal Hatake Kakashi pernah menggunakannya ketika bertempur dengan Momochi Zabuza.



Mankiri-gusari[sunting | sunting sumber]

Fail:Manriki-gusari.jpg
Mankiri-gusari digunakan untuk menyekat gerakan Tendo Pain
  • Pengguna : Kakashi Hatake, Tenten, Ninja-ninja lain
  • Deskripsi : Manriki-gusari (万力鎖) rantai yang mempunyai pemberat di kedua-dua bahagian hujungnya. Ia boleh dilemparkan ke arah sasaran atau digunakan sebagai pemberat.

Kakashi Hatake pernah menggunakannya apabila menentang teknik Banshō Ten'in milik Tendo Pain agar dia tidak boleh menggunakan tangannya dengan bebas sebelum pasangan anak-beranak Choza Akimichi dan Choji Akimichi melakukan serangan berkembar.

Tenten pula pernah menggunakan rantai dengan pemberat ini ketika bertarung dengan klonnya sendiri ketika babak menyelamatkan Gaara.



Mekanisma Kunai Tersembunyi[sunting | sunting sumber]

Fail:Hidden Kunai Mechanism.png
Naruto mengeluarkan kunai tersembunyi dari lengan bajunya
  • Nama : Tidak bernama
  • Pengguna : Naruto Uzumaki
  • Debut (Anime) : Shippūden Episod 34
  • Debut (Manga): Bab 283

Alat ini membenarkan penggunanya untuk mengeluarkan kunai tersembunyi dengan lebih pantas.



Peluru Kepala Singa[sunting | sunting sumber]

Fail:Lion-Headed Kannon.PNG
Peluru bulat kecil yang bertukar kepada bentuk kepala harimau
  • Nama : Peluru Kepala Harimau (獅子首観音,, Shishikubi Kannon)
  • Pengguna : Chiyo
  • Debut (Manga) : Bab 273
  • Debut (Anime) : Shippūden Episod 26

Peluru Kepala Harimau (獅子首観音,, Shishikubi Kannon) merupakan satu alatan ninja yang digunakan oleh Chiyo dalam usahanya untuk menggunakan Teknik Kurungan: Gaya Ngauman Singa. Ia telah disembunyikan di dalam salah satu boneka Koleksi Boneka Chikamatsu.

Ia bermula daripada sebiji objek bulat yang boleh disimpan di dalam tangan, namun apabila dilontarkan ke arah musuh ia akan membesar dan bertukar bentuk kepada kepala harimau bersaiz manusia. Kepala harimau tersebut mempunyai gigi taring yang banyak dengan mulut yang terbuka. Jika dibaling dengan ketepatan yang tinggi, alat tersebut akan menguncikan dan memakukan sasaran ke permukaan dinding dengan giginya, mengakibatkan sasaran tidak boleh bergerak.

Objek ini telah digunakan oleh Chiyo ketika bertarung dengan Sasori bersama Sakura.



Payung[sunting | sunting sumber]

Fail:SenbonShowering.jpg
Senbon tersembunyi ditembak daripada sebuah payung

Payung adalah senjata biasa yang digunakan oleh ninja-ninja daripada kampung Amegakure. Ia mengandungi banyak senbon tersembunyi yang boleh ditembakkan dengan mekasnisme automatik, lalu menghasilkan serangan teknik Hujan Senbon yang mana ianya boleh dikawal dengan chakura ketika masih berada di atas udara.

Di dalam siri anime, seorang ninja bernama Shura telah menggunakan sebuah payung yang telah dimodifikasi, di mana payung tersebut boleh emmancutkan api dari hujung kepalanya dan boleh menembak keluar kawat besi yang boleh digunakan untuk mengunci gerakan sasaran. Tambahan lagi, pemegang payung tersebut boleh dicabut untuk mendedahkan sebilah pedang tersembunyi.



Shuriken "Pedang Tangan"[sunting | sunting sumber]

Shuriken bersaiz besar digunakan oleh Mizuki melekat di belakang Iruka Umino
  • Nama : Shuriken (手裏剣)
  • Deskripsi : Shuriken (手裏剣) merupakan salah satu senjata asas yang sering digunakan dalam siri Naruto seperti mana penggunaan kunai. Ia berbentuk bintang empat segi yang mempunyai hujung dan mata yang tajam. Shuriken merupakan senjata untuk serangan jarak jauh kerana ia digunakan dengan cara melontar. Walaupun bersaiz kecil, namun ia boleh digunakan untuk menarik atau menganggu perhatian musuh dan sekiranya serangan mengenai sasaran dengan tepat, ia mampu membawa kepada kematian.

Ia mempunyai rongga bulat di bahagian tengahnya, bertujuan untuk meletakkan jari di dalamnya agar tidak dicederakan oleh mata bilahnya yang tajam dan turut digunakan untuk memasukkan benag di antaranya. Rongga bulat tersebut juga memberikan kelebihan untuk bentuk aerodinamik dengan membenarkan ianya dilontar dengan trajektori yang lebih tepat.

Jenis shuriken[sunting | sunting sumber]

Tambahan kepada shuriken biasa (bersaiz kecil), wujud juga shuriken yang bersaiz besar yang hampir menyamai kepanjangan tangan seseorang ninja digunakan dalam siri Naruto. Ia selalunya dibawa dibahagian belakang atau disimpan di dalam skrol. Shuriken Fūma juga memiliki saiz yang hampir sama, namun lebih berbahaya dan boleh dilipat agar mudah disimpan. Bilangan penggunaan shuriken boleh ditambah dengan menggabungkannya bersama teknik Pedang Tangan Bayang.



Pedang Tangan Fūma[sunting | sunting sumber]

Fail:Shadow Shuriken.png
Shuriken yang digunakan bersama teknik Shuriken Bayang
  • Nama : Fūma Shuriken (風魔手裏剣,, Pedang Tangan Fūma)
  • Pengguna : Klan Fūma, Sasuke Uchiha, Naruto Uzumaki
  • Debut (Anime) : Naruto Episod 8
  • Debut (Manga) : Bab 14

Fūma Shuriken (風魔手裏剣,, Pedang Tangan) merupakan shuriken bersaiz besar yang mempunyai empat bilah yang boleh dilipat agar mudah disimpan. Ia lebih merbahaya berbanding shuriken biasa. Shuriken jenis ini dilihat sebagai senjata khas kepada klan Fūma, disebabkan itu ia dinamakan sebegitu dan berkemungkinan klan tersebut yang menciptanya.

Namun begitu, penggunaannya tidak hanya terhad kepada klan ini sahaja. Oleh kerana bilahnya yang boleh dilipat, maka ia mendapat nama jolokan "Pedang Angin Bayang" (影風車,, Kage Fūsha). Dalam pertarungan di antara Sasuke Uchiha dengan Itachi Uchiha, dapat dilihat bahawa Sasuke telah menanggalkan salah satu bilah shuriken tersebut dan ditembak sebagai suatu serangan rahsia.



Zirah Infiniti[sunting | sunting sumber]

Fail:Infinite armor.JPG
Suiko menggunakan Perisai Infiniti
  • Nama : Zirah Infiniti (Mugen Kōgai)
  • Pengguna : Suiko, Hōki, Seimei
  • Debut (Anime): Episode 218

Zirah Infiniti (Mugen Kōgai), merupakan sebuah pakaian besi yang unik dan mempunyai rekabentuk seperti kepala singa. Perisai ini mempunyai keupayaan untuk menarik keluar dan menyerap chakura daripada sesiapa atau sebarang objek yang bersentuhan dengannya. Sebagai contoh, pasir chakura yang digunakan oleh Gaara telah disedut dan mengakibatkannya jatuh berguguran. Dalam satu lagi insiden, chakura daripada serangan Rock Lee yang cuba menendang Suiko telah habis disedut oleh perisai tersebut. Untuk meningkatkan lagi keupayaan perisai tersebut menyedut chakura, Suiko telah menggunakan perisai tersebut bersama-sama dengan sebatang tongkat khas.

Zirah Infiniti ini pertama kali dilihat dipakai oleh Suiko yang merupakan salah seorang daripada ahli Empat Manusia Keramat. Apabila Suiko ditewaskan oleh Gaara, ia kemudiannya telah diseru oleh ketua mereka, Hōki. Ketika Hōki menggunakan Zirah ini, dia telah menyeru dan menghidupkan pencipta Zirah tersebut iaitu Seimei dengan mengorbankan badannya sendiri. Hōki menggunakan Zirah tersebut dan sebuah sangkar khas untuk menyedut keluar chakura Shukaku Berekor Satu daripada Gaara untuk menambah kekuatan jutsu untuk menghidupkan semula Seimei.

Zirah Infiniti tersebut mempunyai satu kelemahan, ia tidak mampu menyedut chakura lebih pantas daripada sebarang serangan menusuk ke arah perisai tersebut: Suiko mati apabila Gaara menyerangnya dengan teknik Lembing Pasir, manakal Seimei telah ditewaskan oleh Gaara menggunakan teknik Lembing Zirah Shukaku (最硬絶対攻撃・守鶴の矛,, Saikō Zettai Kōgeki: Shukaku no Hoko) untuk menembusi zirah tersebut dan kemudiannya membunuhnya dengan teknik Pengebumian Runtuhan Pasir (砂瀑大葬,, Sabaku Taisō), sekali gus memusnahkan Seimei dan Zirah tersebut.



Pil[sunting | sunting sumber]

Pil biasanya digunakan untuk meningkat keupayaan semulajadi seseorang ninja.

Pil Bekalan Tentera[sunting | sunting sumber]

Pil Bekalan Tentera (兵糧丸,, Hyōrōgan) adalah pil khas yang digunakan untuk memulihkan stamina, chakra dan merawat kecederaan tubuh. Ia diperbuat daripada pemngkin yang kuat beserta dengan nutrien. Ia dikatakan mampu membenarkan seseorang ninja itu bertarung selama tiga hari dan tiga malam tanpa perlu berehat.

Pil Perangsang Minda[sunting | sunting sumber]

Fail:Mind Awakening Pill.JPG
Pil Perangsang Minda yang dihasilkan oleh Orochimaru
  • Nama : Pil Perangsang Minda (醒心丸,, Seishingan)
  • Jenis : Ubat, Suplementari
  • Pencipta : Orochimaru
  • Pengguna : Sasuke Uchiha
  • Debut (Anime): Naruto Episod 110
  • Debut (Manga): Bab 184

Pil Perangsang Minda (醒心丸,, Seishingan) merupakan sejenis dadah yang dihasilkan oleh Orochimaru untuk mempercepatkan perkembangan Jampi Kurungan. Ia akan meningkatkan chakura pengguna secara paksa agar memasuki peringkat kedua.

Bagaimana pun, ini akan meningkatkan kesan sampingan jampi kurungan tersebut dengan lebih cepat dan boleh membunuh penggunannya dalam beberapa minit. Untuk membenarkan tubuh penggunanya membiasakan diri dengan kesan sampingan Jampi Kurungan Peringkat 2, mereka perlu dikurung ke dalam suatu bentuk teknik kurungan yang dipanggil Teknik Kurungan: Formasi Pertarungan Empat Kabus Hitam. Ini akan mengurangkan kesan kematian secara menerus dan digantikan dengan kematian sementara.

Pil Penambah Darah[sunting | sunting sumber]

Fail:Blood Increasing Pill.PNG
Kabuto menggunakan Pil penambah Darah
  • Nama : Pil Penambah Darah (増血丸,, Zōketsugan)
  • Jenis : Ubat, Suplementari
  • Pengguna : Kabuto Yakushi
  • Debut (Manga): Bab 165
  • Debut (Anime): Naruto Episod 93

Pil Penambah Darah (増血丸,, Zōketsugan) merupakan pil yang digunakan oleh ninja medik untuk mempercepatkan proses penghasilan darah dalam tubuh. Selepas kehilangan sejumlah besar darah dalam pertarungan, seorang ninja medik boleh menggunakan pil ini untuk mengembalikan darah yang hilang agar mereka boleh bertarung semula.

Pil Tiga Warna[sunting | sunting sumber]

Fail:AkimichiPills.jpg
Pil Tiga Warna milik klan Akimichi
  • Nama : Pil Tiga Warna (三色の丸薬,, Sanshoku no Gan'yaku)
  • Jenis : Ubat, Suplementari
  • Pengguna : Klan Akimichi
  • Debut (Anime): Naruto Episod 113
  • Debut (Manga): Bab 188

Pil Tiga Warna (三色の丸薬,, Sanshoku no Gan'yaku) merupakan pil ubatan rahsia milik klan Akimichi. Seperti mana nama pil tersebut, ia terdiri daripada tiga biji pil yang berlainan warna. Pil yang pertama adalah pil berwarna hijau yang dipanggil Pil Bayam (ホウレン丸,, Hōrengan), pil yang kedua berwarna kuning dan dipanggil Pil Kari (カレー丸,, Karēgan) dan pil terakhir berwarna merah dipanggil Pil Cili (トンガラシ丸,, Tongarashigan).

Pil ini akan menukarkan lemak dalam tubuh penggunanya secara paksa, setiap pil yang berjaya dihadam akan memberikan peningkatan tenaga yang mendadak. Pil Cili dikatakan mampu meningkatkan tenaga penggunanya sebanyak seratus kali ganda. Bagaimana pun, pengunaan pil tersebut mempunyai kesan sampingannya. Setiap pil akan merosakkan tubuh, meracuninya dan oleh kerana pil ketiga menukar ke semua lemak yang ada dalam badan, penggunanya akan kehilangan berat badan dengan mendadak. Dikatakan bahawa apabila pil ketiga diambil, kematian akan berlaku. Namun begitu, klan Nara telah melakukan kajian terhadapa ahli klan Akimichi dan Pil Tiga Warna yang mereka gunakan dan pengetahuan mengenai kajian tersebut digunakan oleh Hokage Kelima menggunakannya untuk meneutralkan kesan keracunan akibat pengambilan pil tersebut dan memulihkan kecederaan dialami oleh Chōji Akimichi, setelah dia menggunakannya untuk membunuh Jirōbō.



Pisau Berchakura[sunting | sunting sumber]

Fail:Asuma With His Chakra Blades.PNG
Asuma menggunakan pisau yang dimasukkan chakura elemen angin

Pisau Berchakura merupakan sebilah pisau bergerigi yang unik, diperbuat daripada waja khas yang mampu menyerap chakura penggunanya. Ia dipakai seperti menggunakan senjata "buku lima" yang mana di setiap buku lima mempunyai mata bergerigi dan mata pisau di bahagian penghujungnya. Asuma menggabungkan senjata ini dengan teknik Taijutsu yang digunakannya untuk mendapatkan efek yang lebih baik. Ini dibuktikan apabila dia mampu menewaskan sembilan orang ninja dari Otogakure dalam sekelip mata sahaja. Pisau tersebut juga boleh digunakan dengan menyatukan chakura berelemen pemiliknya atau chakura Yin-Yang untuk mendapatkan efek tambahan.

Sebagai contoh, Asuma menyatukan pisau tersebut dengan chakura elemen angin melalui teknik "Pengaliran Chakura" dan didapati pisau tersebut mampu menembusi batu dengan mudah. Apabila, pisau tersebut disatukan dengan chakura bayang milik Shikamaru, ia mampu mengunci pergerakkan musuh yang ditusuk bayangnya. Tahap perosak pisau tersebut boleh ditingkatkan sekiranya seseorang itu mampu mengawal chakura mereka seperti mana yang ditunjukkan oleh Asuma kepada Sora dan Naruto apabila menyuruh mereka memasukkan chakura angin ke dalam kunai yang mereka gunakan.

Pisau tersebut kini berada dalam tangan Shikamaru Nara.



Bahan Beracun[sunting | sunting sumber]

Fail:Poison Mist.jpg
Shizune menggunakan kabut yang beracun

Racun, Bahan Toksin dan Bisa merupakan bahan yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan beracun, sejenis material merbahaya yang boleh digunakan ketika bertempur. Bahan beracun datang dalam pelbagai bentuk dan kesan seperti melumpuhkan tubuh, melemahkan fungsi tubuh atau menyebabkan kematian.

Jenis-jenis racun[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis racun dan sesetengah daripadanya lebih baik berbanduing jenis racun yang lain. Sebagai contoh, Sasori mampu menghasilkan sejenis racun yang mana jika hanya sedikit sahaja memasuki sistem tubuh, boleh mengakibatkan kematian dalam amsa tiga hari sahaja. Jiraiya turut menyatakan bahawa hanya Tsunade yang mampu meracun pihak lawan tanpa disedari atau tanpa pengetahuan mereka.

Serangga[sunting | sunting sumber]
Serangga bernama "Kikaichū" boleh digunakan untuk menawarkan racun daripada serangga lain

Terdapat sesetengah spesis serangga yang menggunakan racun sebagai senjata mereka. Sementara itu, serangga seperti Kikaichū yang digunakan oleh ahli klan Aburame boleh digunakan untuk menawarkan kesan racun atau toksin yang digunakan ke atas ahli klan mereka yang lain.

  • Lebah - Klan Kamizuru daripada Iwagakure menggunakan lebah yang dipanggil Ninhachi yang boleh menyuntikkan racun ke tubuh mangsa menggunakan sengat mereka.
  • Kupu-kupu - Fuen menggunakan sejenis racun yang nipis dan halus yang boleh disebarkan melalui udara. Pihak musuh akan terhidu racun tersebut dan mula mengalami halusinasi. Mereka akan terlihat perkara yang diinginkan oleh Fuen untuk mereka melihat seperti kemunculan gua atau kupu-kupu atau merasakan bahawa rakan pasukan mereka cuba menyerang mereka. "Kupu-kupu" yang dinyatakan di sini sebenarnya adalah racun bertaburan.
  • Serangga Beracun, Bersaiz-nano - Torune dan Shikuro Aburame boleh menjangkitkan musuh mereka dengan serangga bersaiz nano ini melalui sentuhan. Racun yang terdapat pada serangga bersaiz nano ini akan mengakibatkan kesakitan yang sangat hebat dan boleh mengakibatkan kematian., melainkan kawasan yang "dijangkiti" dibuang atau dipotong. Sebenanrnya, wujud penawar untuk racun ini namun hanya Shikuro Aburame sahaja yang mampu menghasilkannya.

Pengunaan[sunting | sunting sumber]

Lebah yang dinamakan "Ninhachi" ini boleh menyuntik racun melalui sengatnya

Kebanyakan pengguna racun menggunakan racun mereka bersama senjata yang mereka miliki. Sebagai contoh, Sakura menyapukan racun yang digunakannya ke tas kunai yang dipakai. Sekiranya musuh dicederakan oleh kunai tersebut, secara automatik musuhnya telah didedah kepada racun tersebut. Pengguna boneka misalnya, lebih suka menggunakan racun mereka bersama-sama senjata rahsia yang disembunyikan di dalam boneka yang mereka gunakan agar boleh digunakan dengan serta-merta apabila diperlukan. Sasori pula sepertimana Sakura, lebih gemar menggunakan racun yang dimilikinya dengan meletakkannya ke atas senjata yang ada pada boneka, misalnya pada pisau yang digunakan oleh bonekanya. Malahan, dia turut mencampurkan racun kepada Pasir Besi yang digunakan oleh Boneka Manusia: Kazekage Ketiga miliknya.

Racun juga boleh digunakan dalam bentuk yang berlainan dan tidak terhad kepada bentuk cecair sahaja. Ia boleh juga digunakan dalam bentuk kabut beracun seperti mana yang ditunjukkan oleh Shizune ketika bertempur dengan Kabuto Yakushi menggunakan Teknik Semburan Kabut Beracun. Jika kabut racun ini disedut oleh musuh, ia boleh membawa maut. Sasori turut menggunakan taktik yang sama apabila dia memerangkap Sakura dengan kabut racunnya.

Ketahanan terhadap racun[sunting | sunting sumber]

Sesetengah watak dalam Naruto telah mempunyai banyak berpengalaman dalam berurusan dengan pelbagai jenis racun sepanjang kariernya sebagai seorang ninja. Ninja-ninja yang cukup kemahiran dalam bidang biologi dan kimia mampu menghasilkan penawar untuk racun-racun tersebut. Pada Perang Dunia Ninja Kedua, "Puteri Lintah" iaitu Tsunade telah berjaya menghasilkan penawar kepada setiap racun yang digunakan oleh Chiyo. Ketika babak 'Misi Menyelamatkan Gaara", Sakura Haruno telah mempamerkan skil yang sama apabila berjaya mengeluarkan racun milik Sasori dari dalam tubuh Kankuro dengan jayanya dan menghasilkan penawar untuk meneutralkan racun tersebut.

Selain menggunakan penawar racun, seseorang ninja itu juga mampu membina ketahanan terhadap sesuatu racun dengan mendedahkan diri mereka sendiri dengan racun-racun tersebut dalam amaun yang tidak memudaratkan secara berterusan. Ini akan membuatkan tubuh kebal dan imun terhadap sesuatu racun tersebut. Orochimaru yang berhasrat untuk menggunakan tubuh Sasuke sebagai "perumah" barunya dengan teknik Penjelmaan Mayat Hidup telah membuat eksperimen ke atas Sasuke agar tubuhnya kebal terhadap racun seperti racun yang digunakan oleh Sakura melalui kunainya.



Radio[sunting | sunting sumber]

  • Pengguna : Sesetengah ninja
  • Deskripsi : Radio digunakan untuk berkomunikasi dengan ninja lain dalam jarak yang dekat hingga sederhana ketika melakukan sesuatu misi. Selalu digunakan ketika melakukan misi yang memerlukan lebih daripada seorang ninja.

Radio ini pernah dilihat digunakan oleh Pasukan Kakashi dan Pasukan Gai ketika mereka bekerjasama dalam misi "Menyelamatkan Gaara" ketika menyerbu markas rahsia Akatsuki setelah Gaara diculik oleh Sasori dan Deidara.



Sabit Besar Bermata Tiga[sunting | sunting sumber]

Fail:Hidan's Scythe.png
Hidan bersama senjata utamanya "Sabit Besar Bermata Tiga"
  • Nama : Sabit Besar Bermata Tiga (三刃の大鎌,, Sanjin no Ōgama)
  • Pengguna : Hidan
  • Debut (Manga) : Bab 312
  • Debut (Anime) : Shippūden Episod 71

Sabit Besar Bermata Tiga (三刃の大鎌,, Sanjin no Ōgama) merupakan senjata utama yang digunakan oleh ahli Akatsuki; Hidan. Lembing besar ini digunakan bertujuan untuk memudahkan Hidan untuk mendapatkan darah mangsanya bagi digunakan dalam ritual keagamaan dengan Teknik Sumpahan: Rasukan Darah si Mati. Oleh yang sedemikian, rekaan sabit ini bukanlah dengan tujuan untuk memberikan kecederaan yang besar kepada sasarannya, tapi cukup hanya untuk mencederakan mereka sahaja, tanpa mengira tahap kecederaan[3].

Saiz bilah sabit bermata tiga ini berkurangan daripada atas ke bawah, memberikan ia jarak serangan yang besar namun mengurangkan tahap kebahayaannya. Sabit terbut juga disambungkan dengan kabel besi panjang yang diikat pada penambat di peha kiri Hidan. Kabel ini cukup kuat untuk emnahan serangan daripada senjata seperti kunai dan membenarkan Hidan menambahkan jarak serangan sabit tersebut dengan teknik ayunan.

Oleh kerana saiznya yang besar, Hidan mengaku ia mengganggu ketangkasan serangannya dan menjadikan dirinya anggota yang paling perlahan di dalam Akatsuki. Namun begitu, Hidan dilihat sangat berkemahiran dalam menggunakan sabit besar tersebut dan mempu menggunakannya untuk menangkis serangan daripada senjata seperti shuriken.

Sabit Besar Bermata Tiga milik Hidan ini juga turut mempunyai beberapa fungsi dan gimik lain yang belum pernah dilihat sebelum ini[4].



Skrol[sunting | sunting sumber]

Fail:Flying Tool 2.JPG
Skrol boleh digunakan untuk emnyimpan senjata
  • pengguna : Tenten, Kakashi Hatake, Naruto, Shikamaru, Sai dan banyak ninja-ninja lain
  • Deskripsi : Skrol boleh datang dalam pelbagai variasi. Kebiasaannya, ia digunakan untuk menulis surat atau menghantar mesej keluar, namun sesetengah skrol boleh digunakan untuk menyimpan sejumlah senjata untuk tujuan bertempur.

Sebagai contoh, skrol seruan diaktifkan dengan darah penggunanya dan memboleh mereka menyimpan atau menyeru sejumlah objek seperti senjata daripadanya. Tenten menggunakan skrol untuk menyeru sejumlah senjata ketika bertempur. Skrol juga digunakan untuk kontrak haiwan seruan dan ianya turut ditulis dengan darah. Sai pula menggunakan skrol sebagai tempat untuk dirinya melukis lakaran binatang ketika menggunakan teknik Lukisan Tiruan Binatang Buas.



Tanto[sunting | sunting sumber]

Fail:Kakashi White Light Chakra Sabre.png
Pedang Chakura Putih milik keluarga Hatake
  • Pengguna : Sakumo Hatake, Kakashi Hatake, ANBU Root, sesetengah ninja
  • Deskripsi : Tantō merupakan sebilah katana kecil. Sesetengah ninja Chūnin membawa tantō di bahagian belakang mereka, namun ianya jarang dilihat. Versi tantō yang digunakan oleh ahli ANBU Root adalah berbilah dua dan tidak mempunyai hujung yang berfungsi hanya untuk memotong. Mereka membawa tantō ini menegak di bahagian belakang mereka. Keluarga Hatake dilihat memiliki sebilah tantō unik yang dikenali sebagai Hakkō Chakura To (白光チャクラ刀,, Pedang Chakura Putih) sehinggalah ianya dirosakkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manga Naruto; bab 433, muka 13
  2. ^ Buku Data Naruto Kedua, Muka 04
  3. ^ Manga Naruto, Bab 325, Muka 3
  4. ^ Buku Data Watak Naruto Ketiga, Muka 348

Lihat juga[sunting | sunting sumber]