Pasukan Gai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pasukan Gai
Pasukan Gai 1.PNG
Pasukan Gai timeskip.jpg
(ガイ班, Gai-han)
Debut
MangaBab 36
AnimeEpisod 21
FilemNaruto: Shippūden the Movie
Permainan
Video
Naruto: Ultimate Ninja 2
OVAHidden Leaf Village Grand Sports Festival!
KemunculanAnime, Manga, Permainan Video dan Filem
Info Pasukan
KetuaMaito Gai
Ahli-ahliNeji Hyūga
Rock Lee
Tenten
PakatanKonohagakure
Jutsu Pasukan
JutsuDouble Dynamic Entry

Dalam Naruto, Pasukan Gai (ガイ班,, Gai-han) dianggotai oleh Neji Hyūga, Rock Lee dan Tenten.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pasukan ini ditubuhkan "setahun" lebih awal berbanding kebanyakan pasukan utama Konoha yang lain. Maito Gai bercadang untuk menunggu selama setahun dan memberikan mereka latihan secukupnya sebelum mendaftarkan mereka ke dalam ujian Peperiksaan Chūnin.

Pasukan Gai mahir dalam pertempuran jarak dekat, di mana ke semua ahli pasukan masing-masing menggunakan sejenis bentuk serangan fizikal. Pasukan Gai dilihat menonjol dengan penampilan berunsurkan tema "Kecinaan": Neji dengan gaya pertarungan berasaskan baguazhang; Lee dengan perwatakan unik hampir menyamai Bruce Lee; manakala Tenten pula mengenakan pakaian dan gaya pertarungan stereotaip bertemakan unsur kecinaan.

Walaupun Neji sudah menjadi ninja jonin di dalam Bahagian II, namun dia masih melakukan misi bersama Pasukan Gai (namun Neji pernah tidak menemani pasukan tersebut di dalam anime-khas babak "Biju Berekor-Tiga").

Pasukan Gai dan anggota pasukan "Konoha 11" yang lain telah membuat keputusan untuk membunuh Sasuke Uchiha dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya peperangan di antara Konohagakure dan Kumogakure. Namun begitu, mereka semua telah ditenangkan oleh Naruto Uzumaki bahawa dirinya sendiri yang akan menangani Sasuke.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyelamatkan Gaara

  • Tahap: Tahap-A (dikelaskan sebagai Tahap-S di dalam siri anime)
  • Status: Berjaya

Di permulaan Bahagian II, Pasukan Gai telah dihantar sebagai pasukan sokongan kepada Pasukan Kakashi yang diarahkan untuk menyelamatkan Gaara daripada Akatsuki. Untuk mendapatkan akses kepada kubu rahsia Akatsuki, Pasukan Gai telah dipaksa bekerja keras untuk menewaskan klon diri mereka sendiri. Pada akhirnya, misi tersebut telah disempurnakan dan Gaara berjaya diselamatkan.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Di dalam Naruto Shippūden opening 7, Pasukan Gai dilihat telah bertarung dengan Tendo Pain. Namun, di dalam siri manga dan anime pula, Pasukan Gai dilihat langsung tidak berada di Konoha sepanjang pertarungan tersebut berlangsung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]