Pasukan Asuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasukan Asuma
(アスマ班, Asuma-han)
Team 10 (第10班、 第十班, Dai-jippan)
Debut
MangaBab 34
AnimeEpisod 20
FilemNaruto Shippūden 3: Inheritors of the Will of Fire
Permainan
Video
Naruto: Ultimate Ninja 2
OVAHidden Leaf Village Grand Sports Festival!
KemunculanAnime, Manga, Permainan Video dan Filem
Info Pasukan
KetuaAsuma Sarutobi (Meninggal)
Hatake Kakashi (Sementara)
Ahli-ahliChōji Akimichi
Shikamaru Nara
Ino Yamanaka
PakatanKonohagakure
Jutsu Pasukan
JutsuFormasi Ino-Shika-Chō

Dalam Naruto, Pasukan Asuma (Jepun: アスマ班,, Hepburn: Asuma-han) turut juga dikenali dengan nama Pasukan 10 (Jepun: 第10班、 第十班,, Hepburn: Dai-jippan), merupakan pasukan generasi kedua Trio Ino-Shika-Chō (bapa mereka merupakan generasi pertama). Pasukan ini terdiri daripada Chōji Akimichi, Shikamaru Nara dan Ino Yamanaka.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pasukan 10 terkenal dengan kemahiran mereka menghalang gerakkan pihak musuh. Mereka diketuai oleh Asuma sehinggalah kematiannya dalam Bahagian II. Kakashi Hatake kemudiannya diarahkan menjadi ketua sementara kepada Pasukan 10 dalam usaha mereka membalas dendam di atas kematian Asuma ditangan anggota Akatsuki. Pasukan 10 masih dianggap aktif walaupun mereka tidak memiliki ketua tetap yang baru.

Ketiga-tiga anggota Pasukan 10 merupakan sahabat baik dari mereka kecil lagi dan mampu bekerjasama dengan sangat baik sekali, walaupun kadangkala mereka turut bertengkar. Menurut Sakura Haruno, Pasukan 7 juga mempunyai kerjasama yang sangat baik dengan Pasukan 10.

Bersama-sama dengan ahli lain Pasukan Bersebelas, Pasukan 10 telah mengambil keputusan untuk membunuh Sasuke Uchiha setelah dia membantu Akatsuki untuk menyerang Kumogakure, dengan tujuan untuk mengelakkan Sasuke daripada terus terjerus ke dalam kesesatan dan menjadi ninja buruan. Bagaimanapun, Naruto Uzumaki telah menenangkan mereka dan memberitahu bahawa masalah Sasuke akan ditanggung oleh dirinya sendiri.

Misi diketahui[sunting | sunting sumber]

Memburu Akatsuki

Apabila Asuma meninggal dunia ketika menentang Akatsuki, ketiga-tiga ahli Pasukan 10 telah bersumpah untuk membalas dendam dan kekal bersama di bawah nama "Pasukan 10", walaupun tidak memiliki ketua Jōnin. Bagaimanapun, ia ditentang oleh Tsunade dan kemudian Hatake Kakashi menawarkan diri untuk mengetuai mereka. Dendam Pasukan 10 dianggap terbalas apabila mereka berjaya menewaskan Hidan dan Kakuzu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Semua ahli Pasukan Asuma (kecuali Asuma) memiliki subang yang sama diberikan oleh Asuma [1].
  • Nama "Ino-Shika-Chō" adalah merujuk kepada kombinasi kad di dalam kad permainan Hanafuda, Koi-Koi; Inoshikachō merupakan Khinzir (Ino), Rusa (Shika), dan Rama-rama (Chō).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manga Naruto Bab 328, Mukasurat 13