Hantu Kum-Kum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan. [1]

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah alat sulit perawan. [2]

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil berkata "Kum-Kum" sambil mengenakan jilbab.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat hantu kum-kum:

  1. Dikatakan memulihkan wajahnya akibat terlanggar pantang larang.

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]

Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1980-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini.[3] Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu.[4] Hantu kum-kum juga kembali popular ketika kumpulan al-Arqam (sudah diharamkan tetapi masih aktif sebagai kumpulan Rufaqa') mula aktif di Malaysia yang menyaksikan pemakaian purdah yang di kalangan wanita pengikut kumpulan itu[5]. Purdah adalah sejenis pakaian yang menutup hampir keseluruhan diri wanita kecuali mata.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Filem seram yang efisyen". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-30. Dicapai pada 2017-12-30.
  2. ^ Encyclopedia of Demons in World Religions and Cultures
    By Theresa Bane
  3. ^ Kopi O Tanpa Gula
    By Abdul Jalil Ali
  4. ^ Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung (Edisi Kemas Kini)
    By Endok Sempo Mohd. Tahir
  5. ^ Rufaqa': The al-Arqam legacy

Lihat juga[sunting | sunting sumber]