Pelesit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Pelesit
Alam: Alam ghaib
Berbentuk fizikal: Ya
Mampu berubah bentuk: Ya
Mampu menyerupai manusia: Tidak
Menghisap darah: Ya
Dipelihara: Ya
Bermasyarakat : Tidak
Gambaran

Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
tujuan tertentu.

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, menurut kepercayan melayu ianya hantu yang dipelihara bagi tujuan sebagai pelaris dan pemanis. Hantu ini dikatakan secara cerita lisan bahawa sangat berusaha menjadikan tuannya disukai ramai.Ia dinamakan pelesit kerana ia melesetkan (menyesatkan) melalui tujuan melaris diri.

Orang Islam pula percaya ianya dari golongan jin / syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita[1] bagi tujuan pelaris dan pemanis. Kononnya hantu ini boleh diwarisi kepada anak cucu ataui dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan suka menggunakan belalang sebagai medium penyamarannya atau rasukannya, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa[2]. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Penggunaan belalang adalah kerana ia binatang yang tidak ditakuti orang dan membuat mangsa tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau membahayakan pelesit bagi tujuan menghantar racun / santau kepada mangsa. Ada dilaporkan secara pengalaman pengamal perubatan bahawa kadangkala pelesit ini menggunakan medium lalat, tikus dan lain-lain serangga bagi menghantar racun kepada mangsa.

Matlamat

Hantu Pelesit dikatakan biasanya akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan pemanis dan pelaris. Wanita yang berpotensi menjadi pemelihara pelesit ini ditakut-takutkan tentang dipermain-mainkan oleh lelaki kacak. Sehubungan dengan itu, ia menjadi alasan kuat untuk memiliki pelesit dan pada masa yang sama boleh memiliki lelaki idamannya. Tetapi malangnya, adakala mereka(pemelihara pelesit) lewat kahwin kerana menjadi rambang mata dalam membuat pilihan. Menurut cerita lisan dukun-dukun dan pakar perubatan tradisional,[nyatakan menurut siapa?] ciri-ciri perempuan yang berjaya ditipu pelesit supaya mengambil mereka sebagai pemeliharaan adalah nampak manis dan disukai ramai. Biasanya, perempuan-perempuan pemelihara pelesit ini membuat keputusan nekad membela pelesit kerana melihat penderitaan ibu-ibu mereka menjadi janda kerana ditinggalkan bapa.

Biasanya jika berkahwin susah hendak beranak atau tiada anak. Tabiat pembelanya suka melaga-lagakan orang atau menjadi pengadu domba, penampilan bergaya, sopan, bermuka-muka dan bermulut manis menyebabkan sukar untuk mereka disangka sebagai pembela hantu tersebut.[perlu rujukan] Ada juga pembelanya yang sudah ada anak sebelum mendapat pelesit sebagai belaan.

Pelesit sangat berusaha menjaga hati tuannya, dikatakan bahawa jika ada sesiapa didapati menyakitkan hati tuannya walaupun suami atau adik beradik tuannya sendiri, mangsa akan disuntik racun / santau / santet. Kadangkala serangan pelesit pada seseorang mangsa tanpa pengetahuan tuannya. Serangan pelesit akan meninggalkan tanda lebam tiga titik. di bahagian bawah peha, belakang bahu dan di betis. Ia akan mengulangi serangan di tempat yang sama sehingga titik itu akan bertambah kepada gandaan tiga seperti enam, sembilan sehingga duabelas.

Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.

Status

Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.[3] Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Kesan Terhadap Mangsa dan Rawatan

Ada beberapa gejala awal kesan serangan apabila mangsa diracun atau dirasuk. Jika mangsa diracun, biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami beberapa kesan yang dapat dirasai secara fizikal peringkat awal seperti;[perlu rujukan]

  • Rasa kaki kebas dan menyucuk-nyucuk.
  • Terdapat lebam dengan tiga titik
  • Rambut mula gugur atau berkelumumur
  • Mata mula rabun.
  • Gusi bengkak dan gigi reput atau luruh walaupun menjaga kebersihan mulut
  • Seri muka akan hilang
  • cepat penat
  • mudah lupa hilang barang

Menurut cerita lisan dukun-dukun perubatan tradisional[nyatakan menurut siapa?] sebagai pengetahuan am para dukun dan tidak direkodkan dalam mana-mana buku atau kebiasaan sumber lisan, sekiranya terdapat tanda-tanda awal seperti dinyatakan di atas. Mangsa hendaklah berpantang memakan makanan yang hangitnya menjadi arang seperti nasi putih, roti putih dan gula dari tebu atau jagung.[perlu rujukan] Ini kononnya adalah menyebabkan racun itu berkesan. Jika teringin makan nasi juga, bolehlah mengambil hanya segenggam nasi sehari dengan tiga ulas bawang putih mentah ditumbuk pecah terdedah angin selama lebih kurang 15 minit.

Sebagai langkah penyembuhan mangsa hendaklah mengamalkan sayuran rebusan kurang dari satu minit berbentuk seperti pedang, bergerutu dan panjang selama mana gejala awal masih ada seperti

  • kacang berlendir atau bendi
  • sayur peria katak
  • kacang panjang
  • petola
  • lain-lain sayuran sayuran yang berbentuk pedang, bergerutu dan panjang

Mangsa juga dikehendaki mandi air kisar daun dari pokok dahannya berduri yang buahnya bulat dan kecil samada daun pokok bidara atau daun dari pokok bulang atau pokok limau nipis. Malahan boleh juga sekali dengan buahnya. Selain mandi airnya juga boleh diminum.

Sekiranya tidak dirawat dan tidak memperdulikan pantangnya, kononnya dalam tempoh kurang dari 10 tahun, organ dalaman seperti buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru berair dan rosak. Tanda-tanda itu dapat dilihat dengan luka mula sukar sembuh bermula dari kaki atau tangan. Kaki menjadi hitam dan bengkak air. perut mula lebih besar dari punggung. kencing jadi tersekat dan berdarah. Pada peringkat ini kesembuhan adalah sukar. [perlu rujukan]

Pelesit adalah jin yang diciptakan dari material hujung api, maka dengan mudah mereka boleh masuk ke saluran darah yang dipercayai oleh orang Islam sebagai mengalir dan menghantar isyarat sakit, suka duka dan sebagainya ke seluruh badan, maka bagi serangan pelesit bersarang atau berenang-renang dalam saluran darah. Ia akan mengganggu sistem perasaan dalam badan menyebabkan perasaan terganggu. Pelesit yang sudah menguasai sistem saraf otak dan perasaan ini akan membentuk bayangan dalam pemikiran meleset atau menyesatkan seperti ; [perlu rujukan]

  • Mangsa akan mengalami situasi beliau sentiasa diperhatikan.
  • Mangsa juga merasakan pendengaran yang seakan-akan semua orang sedang mengumpat atau memburukkan dirinya
  • Mangsa akan dilesetkan perasannya bahawa apa sahaja perbuatan orang lain megeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.[perlu rujukan]
  • Perasaan seperti ini boleh membuatkan mangsa menjauhkan diri daripada masyarakat.[perlu rujukan]
  • Mengadakan perasaan cinta atau suka pada kekasih ilusi yang biasanya artis yang kacak / cantik atau pemimpin negara
  • Mengadakan pelbagai identiti pada mangsa sehingga wujud pelbagai watak sehingga merasakan dirinya penting selalunya sebagai Imam mahdi, rasul atau ratu
  • Mangsa akan meracau dan mengganas
  • Mangsa akan benci dengan sebenci-bencinya kepada suami atau isteri nya

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan,[nyatakan menurut siapa?] rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.[perlu rujukan] Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.

Penelitian secara ilmiah

Lihat juga hantu dalam masyarakat Melayu.

Rujukan

Pautan luar