Orang bunian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Alam Zara alam kayangan
Alam Zara, yang terdapat di langit tempat sebenar Raja-raja Bunian tinggal dan bukannya di hutan
Lakaran Mahkota Puteri Nur dalam keadaan biasa

Orang bunian ialah makhluk halus, dalam cerita rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Dalam bahasa inggeris, ia sering diterjemah sebaga elf, tetapi secara literal ia bermaksud "orang yang tersembunyi" atau "orang yang bersiul/berbunyi". Orang bunian juga didakwa merupakan sejenis jin, namun bukan dari jenis yang mengganggu kehidupan manusia sebagaimana jelmaan jin yang lain[1].

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Orang bunian digambarkan sebagai 'bangsa' yang cantik, berpakaian seperti gaya Nusantara, dan berperwatakan seperti manusia. Orang bunian dalam gambaran moden pula menyimpang sedikit daripada cerita tradisional, antaranya bercirikan seperti elf, dengan telinga yang runcing, pakaian yang dipengaruhi fantasi yang tinggi atau berpakaian kot panjang Minangkabau moden[2].

Orang bunian dikatakan menghuni di hutan tebal atau pergunungan di Semenanjung Melayu, Sumatera & Borneo, jauh daripada perhubungan manusia,[3] sementara ada juga yang dekat dengan penempatan manusia, dan ada yang dikatakan berkongsi sama rumah dengan keluarga manusia.[4] Berdasarkan kisah legenda, struktur masyarakat mereka sama dengan manusia lama di Semenanjung Melayu, yang terdiri daripada keluarga, puak dan raja. Manakala dalam cerita rakyat Indonesia pula, orang bunian sering dikatakan mempunyai kuasa ghaib,[5] dan mesti melakukan amalan tertentu sebelum manusia dibenarkan melepasi perkampungan yang mereka huni.

Orang bunian secara umumnya digambarkan sebagai pemurah, peramah (mahu berkawan) dan membantu manusia, antaranya dukun atau bomoh dan pawang.[6] Mereka dikatakan boleh berkahwin dengan manusia dan mempunyai anak ghaib.[7] Dalam sesetengah dongeng, ada lelaki manusia yang berkahwin wanita bunian dan menetap di perkampungan bunian. Namun, kemudiannya dia membuat keputusan untuk meninggalkan komuniti tersebut dan pulang kepada keluarga yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja pulang ke komuniti manusia, beberapa tahun telah berlalu dan semua yang pernah dikenalinya telah meninggal dunia. Naratif ini mempunyai persama dengan Urashima Taro dan Rip Van Winkle.[8]

Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Orang bunian muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Maya Karin[9].
  • Filem Bunian: Mahkota Seri Helang pernah diuar-uarkan penghasilannya pada 2009, walau bagaimanapun ia tidak berjaya diterbitkan. Filem ini terbitan Adnan Abu Hassan menerusi produksi miliknya, Fantasy Film. Secara ringkas, filem ini mengisahkan Rosman yang terjerumus ke dalam alam bunian setelah terjatuh ketika mendaki gunung dan telah dibantu oleh Puteri Manja Sakti dan dibawa ke perkampungan orang bunian[10].

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  • 'Bunian' karya M. Navin yang asalnya ditulis dalam bahasa Tamil telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh S.T.Saravanan dan diterbitkan dalam Dewan Sastera terbitan Mei 2021.[12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 April 2019). "Bunian itu jin tapi jangan terlalu obses, nanti syirik - Ustaz Zaharuddin". mStar. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  2. ^ Hadler, Jeffrey (9 October 2008). Muslims and Matriarchs: Cultural Resilience in Indonesia Through Jihad and ... By Jeffrey Hadler. ISBN 9780801446979. Dicapai pada 2012-06-23.
  3. ^ Lost hiker mystery: Did ‘orang bunian’ kidnap Teo Kim Lean?
  4. ^ International transnational associations: Associations transnationales internationales, Volumes 50-51. 1998. Dicapai pada 2012-06-23.
  5. ^ Forth, Gregory (10 December 2008). Images of the Wildman in Southeast Asia: An Anthropological, Perspective By Gregory L. Forth. ISBN 9780203886243. Dicapai pada 2012-06-23.
  6. ^ Believe it or not, they’re out there
  7. ^ "Tales of the 'orang bunian' - Views - The Star Online". www.thestar.com.my.
  8. ^ Werner, Roland (1993). Transcultural healing: the whole human : healing systems under the influence of Abrahamic religions, eastern religions and beliefs, paganism, new religions, and mixed religious forms, Roland Werner, University of Malaya Press, 1993 - Health & Fitness - 430 pages. ISBN 9789679940480. Dicapai pada 2012-06-23.
  9. ^ Wahiduzzaman (23 September 2010). ""Magika" Bukan Filem "Gebang Kosong"". mStar. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  10. ^ Azizah Saleh (27 September 2014). "5 Filem gah tempatan hilang ditelan masa?". Yahoo News SG. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  11. ^ Caera (Ogos 14, 2021). "10 Lagu Seram Yang Akan Membuatkan Anda Merasa Seram Sejuk". Murai. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  12. ^ https://online.fliphtml5.com/phixd/oyic/#p=87

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • John Desmond Gimlette, Malay Poisons and Charm Cures]. Bangkok: Orchid Press, 2011.
  • Reimar Schefold, Vincent Dekker, Indonesia in focus: ancient traditions, modern times.
  • Carlosox, The Invisible People.
  • A. Samad Ahmad, Kesenian adat, kepercayaan dan petua.