Hantu Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Jepun
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Ya
Mampu berubah bentuk:Tidak
Mampu menyerupai manusia:Ya
Menghisap darah:Tidak
Dipelihara:Tidak
Bermasyarakat :Tidak
Gambaran

Sejenis makhluk halus
yang hidup bebas.

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaya.

Tempat yang selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]