Hantu bungkus
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Hantu bungkus ajib yang juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk halus yang berbentuk seperti mayat, iaitu jasad manusia yang telah dibungkus dengan kain kafan putih.
Hantu bungkus sering dikatakan gemar mengusik orang yang lemah semangat dan melompat-lompat seperti hantu Cina, melayang dan kadangkala bergolek kerana ikatan yang terdapat pada kaki menghalang pergerakan normal. Kemudian, hantu tersebut juga pernah dikatakan mampu bergerak sepantas kereta dan bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan hantu tersebut.
Status
[sunting | sunting sumber]Hantu bungkus yang dipelihara oleh sesetengah orang bertujuan untuk menjaga kawasan atau rumah dan gemar bersembunyi di sebalik pokok-pokok yang rendang. Kemunculan hantu bungkus ialah disebabkan oleh ilmu hitam dan ritual seruan yang dilakukan oleh sesetengah pihak masyarakat.
Lihat juga Hantu dalam masyarakat Melayu.
Jelmaan
[sunting | sunting sumber]Jelmaan hantu bungkus ialah berwajah kosong dan tidak jelas serta berupa seperti asap berbentuk manusia yang dibalut dengan kain kafan putih. Walaupun ia dikatakan boleh melompat, namun lompatannya ialah seperti pergerakan asap yang pantas dan bukan seperti objek fizikal yang sebenar.
Kemampuan
[sunting | sunting sumber]Hantu bungkus dikatakan mampu bergerak dengan pantas dan digunakan untuk menjaga rumah. Mereka yang berani menangkap hantu bungkus juga dikatakan mampu memperoleh kekayaan yang banyak. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak wang dalam bungkusan tersebut. Namun, ia hanyalah sebuah karangan masyarakat sebagai bahan lawak. Hantu bungkus yang sebenar tidak berupa fizikal namun berbentuk asap yang samar-samar. Hantu bungkus juga dikatakan sering mengetuk pintu atau dinding rumah dengan menggunakan kepala mereka sambil berkata, "Ouch"!
Kelemahan
[sunting | sunting sumber]Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini ialah satu perbuatan syirik dalam agama Islam. Antara kelemahan hantu bungkus termasuklah pegangan agama yang kukuh dalam kalangan masyarakat, tidak dapat melewati batas-batas tertentu di langit dan tidak boleh membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah.