Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bendera PBB
Nama rasmiHari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Juga dikenali sebagai
Hari PBB
JenisPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
KepentinganPiagam Bangsa-Bangsa Bersatu
SambutanPertemuan, perbincangan, pameran, persembahan kebudayaan
Tarikh24 Oktober
Kekerapantahunan
Berkaitan dengan
Hari Pembangunan Maklumat Dunia

Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperingati pada 24 Oktober setiap tahun untuk memperingati pemeteraian Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Piagam tersebut dideklarasikan pada tahun 1947 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari PBB diraikan untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai tujuan dan pencapaian PBB.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara kebiasaannya diraikan di seluruh dunia dengan berbagai pertemuan, perbincangan, dan pameran mengenai pencapaian dan tujuan dari PBB. Pada tahun 1971, Perhimpunan Agung PBB mencadangkan kepada negara-negara anggota untuk menjadikan hari ini sebagai hari cuti.

Beberapa sekolah antarabangsa di seluruh dunia juga meraikan kepelbagaian murid-muridnya dengan Hari PBB. Perayaan ini sering kali melibatkan pertunjukan budaya di malam hari dan pesta makanan yang menyediakan makanan dari seluruh dunia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (dalam bahasa Inggeris) UN Day