Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Emblem of the United Nations.svg
UN Habitat Logo Simple.svg
SingkatanUN-Habitat
Pembentukan1978; 45 tahun yang lalu (1978)
Status perundanganAktif
Ibu pejabatNairobi, Kenya
KetuaPengarah Eksekutif UN-Habitat
Maimunah Mohd Sharif [1]
Organisasi indukPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Laman web rasmiwww.unhabitat.org

Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) merupakan agensi PBB untuk agenda penempatan manusia. Ia diasaskan pada tahun 1978 dan berpusat di pejabat PBB di Nairobi, Kenya. Agensi ini diberi mandat oleh Perhimpunan Agung PBB untuk menggalakkan pembinaan bandar yang mantap dari segi sosial dan pemeliharaan alam sekitar, dengan matlamat menyediakan tempat tinggal yang cukup untuk semua penduduk dunia.

Menurut Laporan Tahunannya bagi tahun 2006, menjelang pertengahan tahun 2007, dunia ini akan melihat lebih banyak penduduk yang tinggal di bandar dan bandar raya, berbanding dengan kawasan luar bandar, buat pertama kali dalam sejarah. Ini dirujuki sebagai ketibaan "milenium bandar".

Tahun 2007 juga akan melihat bilangan penghuni kawasan sesak mencapai satu bilion. Berkenaan dengan arah aliran masa depan, 93% daripada pertumbuhan bandar akan berlaku di Asia dan Afrika, dan pada takat yang tidak begitu tinggi di Amerika Latin dan Caribbean. Menjelang tahun 2050, melebihi 6 bilion orang, iaitu dua pertiga daripada semua penduduk di dunia ini, akan tinggal di bandar dan bandar raya.

Dokumen-dokumen utama yang menggariskan mandat UN-HABITAT ialah:

UN-HABITAT mempunyai tiga buah pejabat kawasan, iaitu di Nairobi, Rio de Janeiro, dan Fukuoka.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

UN-Habitat menyokong projek pembasmian kawasan sesak di Durban, Afrika Selatan yang telah dikritik dengan teruk kerana dilakukan dengan ganas dan menyalahi undang-undang. Projek ini juga telah dibantah oleh para penghuni teratak, dengan perarakan-perarakan yang disertai oleh sehingga 20,000 orang diadakan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ms. Maimunah Mohd Sharif of Malaysia elected new Executive Director of UN-Habitat". UN-Habitat. February 22, 2018.
  2. ^ Laman web Abahlali

Pautan luar[sunting | sunting sumber]