Hijrah Jannah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hijrah Jannah
Genre
Ditulis olehAzzu Roslan
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Fajar" - Wani Kayrie
Lagu penutup"Fajar" - Wani Kayrie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitDavid Teo
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Jun 2023 – 28 Julai 2023
Kronologi
MengikutiIsteri Halal
Diikuti olehBukan Cinta Sempurna


Hijrah Jannah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Remy Ishak, Daniella Sya dan Puteri Sarah Liyana. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria bermula 5 Jun 2023 menggantikan Isteri Halal.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri, Janet memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu. Setiap langkah Janet, kini Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena.

Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja.

Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah. Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu.

Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Rahim Jailani sebagai Tan Sri Shaharudin
  • Aida Khalida sebagai Puan Sri Rafidah
  • Daniel Fong sebagai Daniel
  • Angeline Tan sebagai Puan Lian
  • Lisdawati sebagai Bonda Nur
  • Kenji Sawahi sebagai Encik Kiat
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Ema Latah sebagai Mak Embun
  • Hanna Halim sebagai Zahra
  • Syad Mutalib sebagai Maisarah
  • Erynn Abdullah sebagai Medina
  • Liang Chia sebagai Yin Lee
  • Hani Nazrina sebagai Zarina
  • Jassmine Kho sebagai Melly
  • Sharifah Anthasha sebagai Hajah Solehah
  • Manan Sulaiman sebagai Haji Halim
  • Ady Mohammad sebagai Ikram
  • Ron Isa sebagai Ron
  • Suhaimi Azmi sebagai Ustaz Naufal
  • Atira Karma sebagai Hawa
  • Nancy sebagai Angeline

Episod[sunting | sunting sumber]

Episod Ringkasan Tarikh Siaran
1 Keteguhan cinta Syawal dan Jannah diuji apabila hubungan mereka mendapat tentangan daripada kedua-dua belah keluarga kerana perbezaan agama. Syawal nekad untuk melamar Janet. 5 Jun 2023
2 Perkahwinan Jannah dan Syawal menyebabkan Jannah dibuang keluarga. Lebih memeritkan apabila Jannah turut disisihkan oleh ibu mentua, Puan Sri Rafidah. 6 Jun 2023
3 Keputusan Syawal untuk mengahwini Munirah, jelas mengecewakan Jannah dalam diam. Jannah terpaksa bersetuju demi menjaga hati dan menagih kasih Puan Sri Rafidah. 7 Jun 2023
4 Berita kehamilan Jannah cukup menggembirakan Syawal dan Jannah. Syawal memberikan lebih perhatian kepada Jannah, hingga membuatkan Munirah berasa cemburu. 8 Jun 2023
5 Syawal didesak oleh adik Jannah, Daniel untuk menceraikan Jannah selepas tahu kakaknya dimadukan. Ketegangan berlaku hinggakan Jannah dilarang bertemu Daniel. 9 Jun 2023
6 Syawal memberikan perhatian lebih pada Jannah yang mengalami kecederaan. Jannah meminta Syawal berhenti tunjukkan kemesraan di depan Munirah kerana bimbang mengguris hati Munirah. 12 Jun 2023
7 Rancangan Syawal untuk membuka kafe sendiri ditentang hebat oleh Puan Sri Rafidah yang merasakan Jannah sengaja mahu mengikis duit Syawal. Jannah tetap bersabar. 13 Jun 2023
8 Jannah menjalani pembedahan di hospital akibat keradangan apendiks. Puan Sri Rafidah menuduh Jannah sengaja berpura sakit untuk mendapatkan perhatian lebih dari Syawal. 14 Jun 2023
9 Dalam usaha Jannah memulihkan hubungan antara Syawal dan keluarganya, Munirah pula merancang untuk memfitnah keluarga Jannah. 15 Jun 2023
10 Hubungan antara Syawal dan keluarga Jannah renggang angkara Munirah. Kemarahan Syawal terhadap Munirah berlanjutan sehinggalah Munirah mengumumkan dirinya hamil. 16 Jun 2023
11 Jannah cuba membongkar penipuan Munirah tentang kandungan palsunya, namun Munirah dengan licik melakukan pelbagai helah untuk terus menyembunyikan kandungannya. 19 Jun 2023
12 Jannah dilema untuk berterus terang tentang penipuan Munirah kepada Syawal apabila Munirah mengugutnya untuk menunjukkan gambar Jannah berdua-duaan bersama Zakri kepada Syawal. 20 Jun 2023
13 Jannah akhirnya membongkar penipuan Munirah tentang kandungan palsunya, namun tanpa disangka Munirah benar-benar disahkan hamil. Rasa marah Syawal terhadap Jannah memuncak. 21 Jun 2023
14 Hubungan Jannah dan Syawal semakin dingin. Rasa curiga terhadap Jannah membuatkan Syawal tidak mengizinkan Jannah untuk keluar dari rumah. 22 Jun 2023
15 Syawal menuduh Jannah bersubahat dengan keluarganya untuk membolehkan dia berjumpa dengan Zakri. Syawal yang berang telah menghalang Jannah bertemu dengan keluarganya. 23 Jun 2023
16 Kehilangan Jannah mengejutkan Syawal dan keluarganya, tanpa mereka mengetahui yang Jannah disahkan koma di hospital. Hubungan antara keluarga Syawal dan keluarga Jannah semakin tegang. 26 Jun 2023
17 Kekecewaan dan penyesalan Syawal membuatkan dia berusaha mencari Jannah. Sikap Syawal yang sentiasa memikirkan Jannah membuatkan Munirah cemburu. 27 Jun 2023
18 Jannah masih koma di hospital. Munirah sengaja melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Syawal supaya melupakan Jannah. 28 Jun 2023
19 Jannah tersedar dari koma. Dia kecewa apabila diberitahu yang Syawal tidak mencarinya. Syawal semakin tertekan dengan masalah dalam hidupnya sejak kehilangan Jannah. 29 Jun 2023
20 Keberadaan Jannah terus dirahsiakan daripada pengetahuan Syawal. Jannah pula percaya yang Syawal benar-benar sedang bahagia bersama Munirah dan sudah melupakan dirinya. 30 Jun 2023
21 Jannah dan Syawal cuba meneruskan kehidupan masing-masing biarpun terpisah. Munirah tidak gembira kerana Syawal seperti mengabaikannya. 3 Julai 2023
22 Syawal berasa tertipu selepas mengetahui yang Jannah tinggal di rumah keluarga Zakri selama ini. Jannah pula percaya yang selama ini Syawal mencarinya hanya untuk melepaskan kemarahan kepadanya. 4 Julai 2023
23 Penyakit yang menimpa anak Syawal dan Munirah membuatkan Syawal tersepit untuk memberitahu Munirah tentang nasib anak mereka. Zahra masih tidak berpuas hati dengan Iqram. 5 Julai 2023
24 Syawal terpaksa berdepan dengan keadaan Munirah yang meroyan kerana tidak dapat menerima anak mereka. Hati Jannah berbelah bahagi apabila Syawal datang memohon maaf dan merayunya untuk kembali. 6 Julai 2023
25 Keputusan Jannah untuk menerima Syawal semula ditentang oleh keluarga Jannah. Syawal pula merahsiakan hubungannya yang telah berbaik dengan Jannah daripada pengetahuan Puan Sri Rafidah dan Munirah. 7 Julai 2023
26 Keadaan Munirah yang meroyan teruk hingga cuba membunuh Fateh membuatkan Syawal terpaksa memberikan lebih perhatian pada Munirah. Keluarga Jannah pula menyangka Jannah disisihkan lagi. 10 Julai 2023
27 Pertemuan pertama antara Fateh dan Jannah membuahkan rasa sayang Jannah terhadap Fateh. Jannah tersepit apabila keluarganya pula menganggap Syawal mempergunakan Jannah untuk menjaga Fateh. 11 Julai 2023
28 Berita kehamilan Jannah sangat menggembirakan Syawal dan Jannah. Syawal mengatur percutian bersama Jannah tanpa pengetahuan Munirah. 12 Julai 2023
29 Hubungan rahsia Syawal dan Jannah terbongkar. Munirah mula mengamuk setelah tahu yang Syawal dan Jannah kembali bersama. Jannah berasa sedih apabila dia tidak lagi dapat menjaga Fateh. 13 Julai 2023
30 Tindakan Jannah yang cuba bertemu dengan Fateh dalam diam membuatkan dia dimarahi dan dihalau teruk oleh Puan Sri Rafidah. Ikram semakin agresif untuk mendapatkan Zahra. 14 Julai 2023
31 Syawal ingin memulakan kehidupan baru dengan Jannah dan Munirah. Dia berjanji akan berlaku adil dan menjaga hati kedua-dua isterinya. 17 Julai 2023
32 Syawal berubah menjadi suami yang cuba menyenangkan kedua-dua isterinya. Dia cuba berbincang dengan Daniel untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka namun Daniel menolak sekerasnya. 18 Julai 2023
33 Kejadian Jannah hampir terjatuh membuatkan Syawal memujuk Mak Embun menemani Jannah yang mengandung di rumah. Syawal juga cuba memperbaiki hubungannya dengan Azim. 19 Julai 2023
34 Jannah memarahi Daniel kerana cuba mendekatkan dirinya dengan Zakri. Syawal pula tertanya dengan perubahan sikap Munirah yang dirasakan aneh dan sering ketakutan. 20 Julai 2023
35 Jannah berasa tidak selesa apabila menyedari Zakri seolah cuba mendekatinya. Syawal curiga dengan Munirah yang seakan merahsiakan sesuatu tentang urusannya dengan Ikram. 21 Julai 2023
36 Perubahan sikap Syawal yang tidak mudah marah apabila melihat Jannah dan Zakri bersama. Jannah berasa kesal apabila mendapat tahu tentang rancangan Daniel untuk memisahkan dirinya dengan Syawal. 24 Julai 2023
37 Jannah semakin rimas dengan Zakri yang sentiasa cuba mencari peluang untuk berjumpa dengannya. Syawal terpaksa berdepan dengan sikap Munirah yang semakin biadap dengan Puan Sri Rafidah yang sakit. 25 Julai 2023
38 Kehilangan Munirah mengejutkan Syawal dan keluarga mereka. Syawal cuba mencari Munirah yang disangka merajuk. Jannah mengambil peluang untuk menjaga Puan Sri Rafidah yang sakit. 26 Julai 2023
39 Hubungan Jannah dan Puan Sri Rafidah semakin baik. Rasa terganggu dengan perubahan Zakri, Jannah berjumpa dengan Zarina dan memintanya untuk menasihati Zakri. 27 Julai 2023
40 Kemunculan semula Munirah mengejutkan Jannah dan Syawal. Munirah yang merasakan Jannah merampas kebahagiannya datang untuk membalas dendam. 28 Julai 2023

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Hijrah Jannah mcentralmy. Dicapai pada 24 Jun 2023.