Wani Kayrie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wani Kayrie
Wani Kayrie at MSU Registration Day.jpg
Wani di Hari Pendaftaran MSU pada April 2019.
Latar belakang
Nama lahirSyazwani binti Abdullah
Juga dikenali sebagai
Syazwani Sapari
Kelahiran (2000-03-17) 17 Mac 2000 (umur 21)
Sandakan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–kini
Syarikat rakaman
Suria Records
Rocketfuel Entertainment

Syazwani Abdullah (lahir 17 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010.[2] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya "Jangan Jangan".[3] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wani mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak usia 6 tahun.[5] Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang daripada enam peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak Astro Ceria, Kamilah Bintang antara lain turut disertai oleh Didi Astillah. Ketika menyertai Kamilah Bintang, beliau menggunakan nama Syazwani Sapari.[6] Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan lima peserta lain.[7][8]

Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) (sehingga 2019) yang pernah menaungi Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.[9][1]

Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan.[10][1] Wani menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.[4][11] Wani terselamat daripada penyingkiran apabila juri tetap, Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti semasa suku akhir konsert. Beliau berjaya memenangi tempat keempat.[12]

Selepas tamat Big Stage, Wani bersama-sama Sarah Suhairi dan Sissy Imann muncul dalam rancangan The House di Astro Ria.[13]

Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September.[14] Wani ialah salah seorang daripada 10 peserta rancangan realiti tarian dan nyanyian Astro Ria, Dansa Dan Sing di mana beliau berkolaborasi bersama empat penari yang dikenali sebagai Delitz.[15]

Wani juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beliau memegang watak Fatin dalam drama Melastik Ke Hatimu bersama rakan seperjuangannya dalam Big Stage, Andi Bernadee.

Bermula Februari 2021, Wani menjadi salah seorang pengacara rancangan Road To Success di DidikTV KPM bersama Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Akhmal Nazri.[16]

Big Stage (musim 1)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Exists Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Jangan Jangan" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Akan Ku Tunggu" Candy TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Sampai Bila"

(duet bersama Hael Husaini)

Misha Omar TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Sayang" Via Vallen TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Luluh" Khai Bahar TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Getaran Cinta Di Jiwa" Liza Hanim TERSELAMAT
"Jampi"

(duet bersama Afieq Shazwan)

Hael Husaini TERSELAMAT
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Crazy In Love" Beyoncé Knowles TERSELAMAT
"Nisan Cinta"

(duet bersama Siti Sarah)

Jaclyn Victor dan Siti Nordiana TERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir) Cover Penentuan & Lagu Baru "Pematah Hati" Nabila Razali TEMPAT KEEMPAT
"Saat Terindah" (Lagu baru) Dirinya sendiri TEMPAT KEEMPAT

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Wani dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya meninggal dunia ketika Wani baru berusia setahun.[17] Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.[18][19] Beliau merupakan pelajar bidang Asasi Undang-undang di Management & Science University (MSU).[20][21]

Selain itu, Wani juga ialah atlet sukan boling dan pernah mewakili Selangor.[22]

Pada Mei 2019, beliau membuat laporan polis ekoran gambar dan namanya digunakan oleh 45 akaun palsu bagi menjalankan aktiviti gangguan seksual kepada kanak-kanak perempuan di laman Facebook. Wani mengumpulkan bukti-bukti dan paparan skrin akaun berkenaan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan kelak.[23] Wani menambah bahawa akaun-akaun palsu yang menggunakan nama komersialnya, Syazwani Sapari, dari zamannya dalam rancangan Kamilah Bintang.[24][25]

Ia telah dihebahkan di media pada Disember 2019 bahawa Wani menjalin hubungan dengan rakan seperjuangannya dalam Big Stage musim pertama, Afieq Shazwan, malah mengakui Afieq memiliki beberapa ciri pasangan impiannya.[26][27]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2020, Wani menjadi subjek kecaman umum apabila dituduh tidak sensitif kepada orang kulit hitam dengan memuat naik klip video tarian di aplikasi TikTok dalam keadaan disolek menjadi hitam dan berwajah gelap. Susulan tindakannya itu, Wani menjadi sohor kini di Twitter. Beliau memohon maaf atas keterlanjurannya itu yang dikaitkan dengan drama Dayang Senandung lakonannya.[28][29][30]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2015
2016
"Berteman Saja"
"Kumbang dan Bunga"
2017
"Aku Suka Kamu"
2018
"Saat Terindah"
2019
2020

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Melastik Ke Hatimu Fatin TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2010 Kamilah Bintang Peserta Astro Ceria Dikreditkan sebagai Syazwani Sapari
2018 Big Stage (musim 1) Dirinya sendiri/peserta Astro Ria
2019 The House Dirinya sendiri Bersama Sarah Suhairi dan Sissy Imann
2020 Dansa Dan Sing Peserta
Nona Dirinya sendiri TV3 Selebriti jemputan
2021 Road To Success Pengacara DidikTV KPM

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis YouTube Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Nurfarahana Mohamed (19 November 2015). "Arah seni Wani Kayrie". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 25 Disember 2015. Dicapai pada 13 Disember 2015. Penyanyi Jangan Jangan mahukan kerjaya dan pelajaran berjalan seiring.
  2. ^ Najiy Jefri (22 Januari 2020). "Bina nama sejak kecil". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2020. Bermula dengan penyertaannya dalam program realiti Kamilah Bintang pada 2010 sehingga yang terbaharu Dansa Dan Sing yang kini bersiaran di Astro, gadis berusia 20 tahun ini dilihat lebih optimis menyertai pertandingan realiti.
  3. ^ Biodata Wani Kayrie Azhan.co (2 Februari 2017). Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  4. ^ a b Wani Kayrie terselamat, tiada penyingkiran Big Stage Sinar Harian (10 September 2018). Dicapai pada 5 Oktober 2018.
  5. ^ Rafiq Mazlan (23 Mac 2017). Wani Kayrie impi jadi penyanyi pelapis berkualiti Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  6. ^ "Enam bakat muda akan beraksi di pentas Kamilah Bintang". mStar Online. 10 November 2010. Dicapai pada 6 November 2018.
  7. ^ "Wani juara Kamilah Bintang". mStar Online. 25 Disember 2010. Dicapai pada 6 November 2018.
  8. ^ Rosli Manah (24 Disember 2010). "Wani juara Kamilah Bintang". Mangga. Diarkib daripada yang asal pada 29 Disember 2010. Dicapai pada 17 Februari 2018.
  9. ^ Kemalia Othman (4 November 2015). Penyanyi Baharu Wani Kayrie Tak Patah Semangat Dikritik Kerana Usia mSTAR Online. Dicapai pada 4 November 2015.
  10. ^ Wani Kayrie wakili Malaysia ke Hollywood Sinar Harian (11 Julai 2018). Dicapai pada 5 Oktober 2018.
  11. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  12. ^ Qarami Hashim (10 September 2018). "Tak sangka Datuk Siti sayang, selamatkan saya" - Wani Kayrie mStar Online. Dicapai pada 20 November 2018.
  13. ^ Sarah Suhairi, Sissy Imann, Wani Kayrie dalam 'The House' musim terbaharu Utusan Borneo. 14 Mac 2019. Dicapai pada 20 Mac 2019.
  14. ^ Kemalia Othman (8 Januari 2019). “Cukuplah lima tahun” - Wani Kayrie mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2019.
  15. ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2020). Wani Kayrie nak tonjol kelainan Bebas News. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  16. ^ Juliana Johar (20 Februari 2021). "Wani Kayrie pertahan hak guru DidikTV - "Saya kurang setuju netizen cadang tempat cikgu digantikan dengan pelakon"". mStar Online. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  17. ^ Fiza Kamarudin (5 Ogos 2018). "Bapa meninggal dunia 5 hari sebelum hari lahir pertama, Wani Kayrie sebak lihat gambar arwah di pentas Big Stage". Rojak Daily. Dicapai pada 1 November 2018.
  18. ^ Fatin Farhana Ariffin (16 Mac 2018). Wani Kayrie cemerlang catat 7A Berita Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  19. ^ Penyanyi Wani Kayrie dapat 7A Kosmo! (15 Mac 2018). Dicapai pada 16 Julai 2018.
  20. ^ Georgie Joseph (5 November 2019). Wani Kayrie gembira raih anugerah dekan Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2019.
  21. ^ "Wani nak sambung jurusan perakaunan". Kosmo!. 24 Jun 2018. Diarkib daripada yang asal pada 26 Jun 2018. Dicapai pada 27 Mac 2019.
  22. ^ "Wani harap nama lebih bersinar pada 2018". Kosmo!. 31 Disember 2017. Diarkib daripada yang asal pada 4 Januari 2018. Dicapai pada 22 Mac 2018. Bagi yang tidak tahu, selain berbakat dalam bidang nyanyian, Wani juga seorang atlit sukan boling dan pernah mewakili Selangor.
  23. ^ Izwan Mohd Isa (13 Mei 2019). Gambar, nama disalah guna akaun pedofilia, Wani Kayrie mahu lapor polis Kosmo!. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  24. ^ Mark Ryan Raj (13 Mei 2019). Singer Wani Kayrie stunned by fake accounts with her name, photos and paedophilic content The Malay Mail. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  25. ^ Dennis Chua (13 Mei 2019). #Showbiz: 'These people are sick!' - Wani acts against paedophiles using her photos New Straits Times. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  26. ^ Norhayati Nordin (22 Disember 2019). Afieq Shazwan ada ciri lelaki idaman - Wani Kayrie Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  27. ^ Afieq miliki kriteria lelaki idaman - Wani Kayrie Berita Harian. 8 Disember 2019. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  28. ^ "Wani Kayrie mohon maaf muat naik klip video Dayang Senandung menari". Malaysiakini. 20 Jun 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
  29. ^ Asraf Adied (19 Jun 2020). "Isu video wajah dicat hitam, Wani Kayrie mohon maaf". Astro Gempak. Dicapai pada 1 November 2020.
  30. ^ "Wani Kayrie prepared for another backlash". The Star Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 1 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]