Isteri Halal
Isteri Halal | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi daripada drama Filipina, The Legal Wife |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Uchee Fukada |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Biar Sendiri" - Dinda Permata |
Lagu penutup | "Miris" - Amylea Azizan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 60 |
Penerbitan | |
Penerbit | Fazli Hj. Baharom Shahrulezad Mohameddin |
Syarikat penerbitan | Radius One Sdn. Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot Tiara) |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 27 Februari 2023 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Bukan Syurga Pilihan |
Isteri Halal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Uchee Fukada dibintangi oleh Isyariana Che Azmi, Uqasha Senrose dan Aidit Noh. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria bermula 27 Februari 2023 menggantikan Bukan Syurga Pilihan. [1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan.
Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.
Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.
Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.
Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.
Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya. Daniel dan Eyra berpakat memerangkap Adellea di sebuah Kelab "Blueboy Club".
Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]
- Isyariana Che Azmi sebagai Adellia
- Aidit Noh sebagai Zayn
- Uqasha Senrose sebagai Eyra
- Nazim Othman sebagai Daniel
Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]
- Datin Sharmaine Farouk sebagai Suraya
- Sahronizam Noor sebagai Aziz
- Qazem Nor sebagai Arif
- Shahidan Izwan sebagai Aqil
- Nazzaty Rusli sebagai Juliza
- Aishah Atan sebagai Mak Pah
- Isaac Iman sebagai Adrian
- Zarif Ghazzi sebagai Zahir
- Elly Suhaili sebagai Fauziah
- Rasya Dean sebagai Thalia
- Amylea Azizan sebagai Noor
- Faizul Syaharin sebagai Ridwan
- Hariz Hamdan sebagai Nabil
- Roy Azman sebagai Tan Sri Hanif
- Shazia Rozaini sebagai Suraya (20 an)
- Riz Amin sebagai Malek
- Hasnah Hashim sebagai Mak Nonek
Episod[sunting | sunting sumber]
# | Tarikh
penyiaran |
Ringkasan |
---|---|---|
1 | 27 Februari 2023 | Adellia ditunangkan dengan Daniel atas aturan keluarga. Zayn, terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk kelangsungan hidup. Zayn tertarik dengan Adellia sejak pandang pertama. |
2 | 28 Februari 2023 | Setelah diberhentikan, Zayn dapat kerja baharu di syarikat tempat Adellia bekerja. Mulanya Adellia bersikap dingin terhadap Zayn. Kak Pah dan Arif pula asyik mencari salah Suraya, ibu Adellia. |
3 | 1 Mac 2023 | Adellia semakin bencikan sikap bongkak Daniel. Aziz berang apabila dapat tahu Suraya berjumpa dengan Ridwan. Adellia dan Zayn menjadi semakin rapat. |
4 | 2 Mac 2023 | Daniel mengupah orang memukul Zayn. Adellia geram dan mahu memutuskan pertunangan dengan Daniel. |
5 | 3 Mac 2023 | Zayn cuba untuk meminang Adellia tanpa ibu Zayn mengetahui status sebenar Adellia. Adellia kecewa dengan apa yang telah berlaku. Adellia menghubungi Zayn untuk merancang sesuatu yang drastik. |
6 | 6 Mac 2023 | Zayn hadir ke majlis pernikahan Adellia. Dengan restu Suraya, Adellia mengambil peluang untuk memulakan hidup baru. Beberapa tahun berlalu, Eyra kembali ke tanah air dengan satu misi. |
7 | 7 Mac 2023 | Daniel cuba membeli saham syarikat Synergy. Adellia pulang ke rumah ayahnya untuk berjumpa Suraya, tetapi dia mendapat tentangan daripada Mak Pah. Adellia dan Zayn berpindah ke KL. |
8 | 8 Mac 2023 | Arif mencadangkan Synergy menggunakan khidmat Adellia bagi tujuan pemasaran. Zayn cemburu apabila mendapat tahu Daniel berjumpa dengan Adellia. Eyra mula memasang perangkap untuk memikat Zayn. |
9 | 9 Mac 2023 | Ridwan cuba berbaik dengan Eyra tetapi Eyra masih menyimpan dendam. Juliza mengadu kepada Adellia tentang perbuatan Arif kepadanya. Eyra cuba mengelak daripada berjumpa Adellia. |
10 | 10 Mac 2023 | Eyra cuba menggoda Zayn. Adellia berasa sedih kerana dia dapat merasakan Eyra sengaja menjauhkan diri darinya. Daniel memujuk Arif menjual bahagian sahamnya. |
11 | 13 Mac 2023 | Zain dan Adellia pergi ke rumah Aziz dengan harapan dapat meminta maaf daripada Aziz. Eyra terkejut dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang. Aziz melantik Lia sebagai pengurus baru di Synergy. |
12 | 14 Mac 2023 | Eyra dan Zayn diculik dan dikurung di kawasan berhampiran rumah Eyra. Arif meletak jawatan di Synergy kerana tidak puas hati dengan keputusan Aziz memberikan jawatan penting kepada Adellia. |
13 | 15 Mac 2023 | Eyra membuat pelbagai helah untuk mendekatkan diri dengan Zayn. Eyra mendapat peluang besar untuk dia terus berdampingan dengan Zayn. Adellia bersimpati dengan masalah yang menimpa Juliza. |
14 | 16 Mac 2023 | Keadaan Arif mula menjadi tidak terurus. Adellia yang menjadi semakin sibuk dengan kerjaya membuatkan Ian sentiasa berkecil hati. Satu insiden berlaku menyebabkan Adellia tidak berpuas hati dengan suaminya. |
15 | 17 Mac 2023 | Adellia mencadangkan kepada ayahnya agar menggunakan khidmat Zayn. Eyra mengambil segala peluang yang ada untuk menjadi lebih rapat dengan Zayn. Daniel terus meneruskan agenda Ridwan. |
16 | 20 Mac 2023 | Jualan sambal terus meningkat dan Aziz mula akur dengan kebolehan Zayn. Adellia izinkan Zayn untuk pergi menolong Eyra di resort barunya. Adellia syak Daniel ada berkomplot dengan seseorang. |
17 | 21 Mac 2023 | Daniel dan Ridwan mula bertelagah. Daniel memberitahu seseorang tentang rancangan Ridwan untuk menjatuhkan Synergy. Zayn mula bosan dengan sikap Lia yang lebih mementingkan keluarganya. |
18 | 22 Mac 2023 | Zayn dan Eyra semakin rapat. Suraya masih memarahi Aziz atas apa yang Aziz pernah lakukan kepada Ridwan dahulu. Zahir rasa dia pernah berjumpa dengan Kak Pah sebelum ini. |
19 | 23 Mac 2023 | Rancangan Adellia untuk mengajak Eyra cuti bersama merisaukan Zayn. Zayn masih keliru dengan perasaannya terhadap Eyra. Suraya rindukan Arif. Eyra berkongsi rahsianya dengan Noor. |
20 | 24 Mac 2023 | Adellia masih mengesyaki Zayn bermain kayu tiga. Aqil mahu Adellia berbincang dengan Zayn sebelum keadaan menjadi lebih keruh. Zayn mula terperangkap dengan agenda Eyra. |
21 | 27 Mac 2023 | Nabil menasihatkan Zayn supaya sentiasa menjaga perasaan Adellia. Zahir mahu mencari duit tambahan dengan mendapatkan bantuan Mak Pah. Suraya menasihati Arif supaya tidak bekerja dengan Ridwan. |
22 | 28 Mac 2023 | Cik Ani terkejut dengan tindakan Ridwan mengambil anak Aziz bekerja. Adellia masih mencurigai perilaku Zayn. Zahir membuat satu kejutan kepada ibunya. |
23 | 29 Mac 2023 | Suraya tidak mahu Adellia buruk sangka terhadap suaminya sendiri. Ada pekerja Eyra mula perasan tentang kemesraan antara Zayn dan Eyra. Adellia rasa Zayn ada berkomplot dengan Eyra. |
24 | 30 Mac 2023 | Adellia mengajak Daniel untuk turut serta dalam satu projek baru. Eyra dan Zayn meneruskan rancangan untuk bercuti di Singapura. Aziz marah apabila mengetahui Suraya menerima jambangan bunga. |
25 | 31 Mac 2023 | Daniel memberitahu Eyra yang dia tahu hubungan yang berlaku antara Eyra dan Zayn. Zayn berkongsi masalahnya dengan Nabil. Adellia terjumpa sesuatu dan mula mengesyaki yang Zayn ada menyimpan rahsia. |
26 | 3 April 2023 | |
27 | 4 April 2023 | |
28 | 5 April 2023 | |
29 | 6 April 2023 | |
30 | 7 April 2023 | |
31 | 10 April 2023 | |
32 | 11 April 2023 | |
33 | 12 April 2023 | |
34 | 13 April 2023 | |
35 | 14 April 2023 | |
36 | 17 April 2023 | |
37 | 18 April 2023 | |
38 | 19 April 2023 | |
39 | 20 April 2023 | |
40 | 21 April 2023 | |
41 | 24 April 2023 | |
42 | 25 April 2023 | |
43 | 26 April 2023 | |
44 | 27 April 2023 | |
45 | 28 April 2023 | |
46 | 1 Mei 2023 | |
47 | 2 Mei 2023 | |
48 | 3 Mei 2023 | |
49 | 4 Mei 2023 | |
50 | 5 Mei 2023 | |
51 | 8 Mei 2023 | |
52 | 9 Mei 2023 | |
53 | 10 Mei 2023 | |
54 | 11 Mei 2023 | |
55 | 12 Mei 2023 | |
56 | 15 Mei 2023 | |
57 | 16 Mei 2023 | |
58 | 17 Mei 2023 | |
59 | 18 Mei 2023 | |
60 | 19 Mei 2023 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Drama Isteri Halal. Myinfotaip. Dicapai 22 Februari 2023