Husein Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri

Hussein Ahmad

P.S.M., J.S.M.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
20 Mei 1987 – 26 Oktober 1990
Berkhidmat dengan Osu Sukam
Menteri Ng Cheng Kiat
Didahului oleh Napsiah Omar
Subramaniam Sinniah
Digantikan oleh Daud Taha
Osu Sukam
Timbalan Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1978–1982
Menteri Besar Kelantan Mohamed Yaacob
Didahului oleh Hassan Yaakob
Digantikan oleh Ariffin Said
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1973–1978
Menteri Besar KelantanMohamed Nasir (1974-1978)
Ishak Lotfi Omar (1973-1974)
Butiran peribadi
Lahir1934 (90 tahun)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Tan Sri Dato' Husein Ahmad ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau ialah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1969. Beliau menjadi ADUN Rantau Panjang pada 1969 hingga 1974 dan ADUN Gual Periok pada 1974 hingga 1982. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 1978-1982. Pada 1985, beliau dilantik sebagai ahli Dewan Negara sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1987-1990).[1] Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dari 1990 hingga 2003.[2][3]

Beliau ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia paling lama berkhidmat iaitu sejak 1982 hingga 1999.[1]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 1991
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1996)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Amin, Manzaidi Mohd (2018-03-17). "Pimpinan Perkasa ziarah veteran UMNO". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-16.
  2. ^ Wanpcj (2010-02-06). "SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG WAN PCJ: LAHIRNYA STATION RADIO MANIS.FM DI PANTAI TIMUR". SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG WAN PCJ. Dicapai pada 2024-04-16.
  3. ^ "TAN SRI DATO' HUSEIN BIN AHMAD @ [AASIA]: ASTRAL ASIA BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-16.