Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
BERJASA
برجاس
Presiden Ustaz Haji Mohd Yusoff b. Haron
Pengasas Dato’ Haji Muhamed bin Nasir
Diasaskan 1977
Ibu pejabat Pasir Mas, Kelantan
Ideologi Demokrasi Islam, Keadilan Islam, Kebajikan Islam
Agama Islam
Warna rasmi Hijau, putih
Tapak web
http://berjasa.org/
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (Jawi: باريسن جماعه اسلاميه سمليسا) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau dipecat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pemecatan Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti campuran Barisan Nasional. Ketika itu PAS adalah sebuah parti komponen dalam parti campuran ini.[1] Apabila PAS menarik diri daripada Barisan Nasional serta hilang penguasaan negeri Kelantan, BERJASA yang baru ditubuhkan pula membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

BERJASA lalu menyertai Barisan Nasional, namun sokongan bagi BERJASA hilang dalam pilihan raya seterusnya. Pada Pilihanraya Umum 1986, Berjasa tidak menyertai Pilihanraya kerana Berjasa telah keluar dari Barisan Nasional. Pada 1989, ia menyertai Angkatan Perpaduan Ummah di bawah pimpinan Parti Melayu Semangat 46 hinggalah APU dibubarkan pada 1996 apabila Tengku Razaleigh mengambil keputusan menyertai UMNO semula. Sejak itu, BERJASA hanya berada di pinggir politik Malaysia.[2]

Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan Berjasa Edisi Baru 2009.

PRU-13[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggunakan tiket parti BERJASA untuk bertanding. Pada keputusan PRU-13, semua calon BERJASA kalah.[3]

BERJASA dan ISMA menyatakan mereka menyertai (PRU-13) bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen. Meraka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi calon nya bukan Melayu seperti P009 Alor Setar, P017 Padang Serai, P072 Tapah, P097 Selayang, P109 Kapar, P129 Seremban dan beberapa kerusi DUN di Kedah dan Selangor.[4]

Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan kuasa ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Punca Pas ‘diceraikan’ 1977 Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil November 1, 2012
  2. Michael Leifer. Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia. Taylor & Francis. p. 73. ISBN 0-415-23875-7. 
  3. Keputusan PRU13 bagi 7 tokoh ISMA. ISMA web. Capaian 7-5-2013
  4. Senarai Calon ISMA atas tiket BERJASA, Arus Baru.
  5. Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa. Sinar Harian. Capaian 07-03-2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]