Subramaniam Sinniah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

S. Subramaniam

PSM; DPMJ (Johor); DSNS (NS); PPN
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 26 Mac 2004
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Digantikan oleh S. Veerasingam
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Segamat, Johor
Dalam jawatan
1982–2004
Didahului oleh Lee San Choon
Digantikan oleh Subramaniam Sathasivam
Majoriti10,429 (1999)
17,567 (1995)
2,521 (1990)
6,529 (1986)
11,007 (1982)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Damansara, Kuala Lumpur
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKawasan baharu
Digantikan oleh V. David
Majoriti4,401
Timbalan Presiden
Kongres India Malaysia
Dalam jawatan
12 Oktober 1979 – Jun 2006
Didahului olehSamy Vellu Sangalimuthu
Digantikan olehPalanivel Govin
Butiran peribadi
Lahir(1944-10-26)26 Oktober 1944
Meninggal dunia5 Julai 2022 (77 tahun)
Parti politik BN-MIC
MIC (1964-kini)
PasanganPuan Sri Christina Suganthi Gurubatha[1]
Anak-anakSunther

Tan Sri Dato' Subramaniam Sinniah (Tamil: சி. சுப்ரமணியம்; (26 Oktober 1944 - 5 Julai 2022) atau S. Subramaniam atau "Subra" adalah seorang ahli politik India Malaysia. Beliau merupakan mantan Timbalan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen utama Barisan Nasional (BN). Beliau juga bekas Ahli Parlimen Segamat[2] dan mantan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.[3]

Sejarah politik[sunting | sunting sumber]

Kongres India Malaysia[sunting | sunting sumber]

Ketika V. Manikavasagam menjadi presiden MIC, beliau memutuskan untuk memperkenalkan wajah-wajah baru ke dalam barisan kepimpinan. Ketika inilah Subramaniam, K. Pathmanaban, pemegang ijazah MBA dari Harvard, dan beberapa orang lain masuk ke arena politik menjadi pemimpin pelapis MIC dan menyokong Manickavasagam. Mereka masih muda, terdidik dan bercita-cita tinggi tapi tidak mempunyai pengalaman akar umbi.

Hal ini membuat Samy Vellu pening kepala kerana lima pemimpin ini berani menentang bekas presiden V. T. Sambanthan dan menyokong V. Manikavasagam menjadi presiden parti.

Subramaniam menjadi Setiausaha Agung MIC kerana dipilih langsung oleh Manickavasagam untuk menggantikan beliau. Namun, Samy Vellu menentangnya. Dalam pemilihan parti MIC 1977, Subramaniam mendapat sokongan 26 perwakilan untuk menjadi Naib Presiden MIC.

Apabila Manickavasagam meninggal dunia secara tiba-tiba pada 12 Oktober 1979, Samy Vellu menjadi Presiden MIC. Pada 1981, Samy Vellu hampir-hampir menyingkirkan Subramaniam .

Subramaniam tidak mempunyai hubungan baik dengan Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu. Subramaniam tidak dicalonkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 oleh Samy Vellu - tiga hari sebelum hari pencalonan. Menurut Samy Vellu, Subramaniam telah lama menjadi ahli Parlimen, setiausaha parlimen dan timbalan menteri dan "sekarang giliran orang lain pula."

Subramaniam mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan MIC 2006 tetapi Samy Vellu berkeliling di seluruh Malaysia, berkempen bahawa Samy Vellu menyokong Datuk G. Palanivel. Dalam pemilihan 2006,[4] Samy Vellu kembali sebagai presiden MIC tanpa ditentang. Datuk G. Palanivel Subramaniam menjadi Timbalan Presiden. Akibatnya Samy Vellu kehilangan sokongan daripada masyarakat India. Tambahan pula etnik India daripada Hindraf mengadakan perhimpunan pada 25 November 2007[5] di Kuala Lumpur menuntut 18 perkara berhubung diskriminasi terhadap etnik India yang terpinggir selama 50 tahun sejak Malaysia merdeka. Ekoran itu, Samy Vellu kalah di Sungai Siput.

PRU 12[sunting | sunting sumber]

Hanya 3 daripada 9 calon MIC menang dalam PRU12 .Ini adalah kekalahan terburuk bagi MIC sejak parti itu ditubuhkan. Namun, Samy Vellu menyatakan bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas kekalahan MIC. Menurut analisis politik Australia, masyarakat India Malaysia tidak menolak MIC tetapi hanya menolak Samy Vellu dan kroni-kroninya . Ramai ahli cawangan bersetuju bahawa Dato' Subra boleh menyelamatkan MIC tetapi presiden enggan mengosongkan pos.

Mesyuarat Agung MIC 2009[sunting | sunting sumber]

Ramai percaya Samy Vellu boleh memusnahkan MIC dan memimpin etnik India ke dalam perhambaan. Dato' Subra dipercayai akan membawa udara segar bagi Pemuda MIC. Pengunduran SA Vickneswaran merupakan pukulan bagi Samy Vellu. Blog Dato Subra diadakan iaitu http://datosubra.com/ bagi membincangkan permasalahan masyarakat India Blog ini menerima respon yang sangat baik. Pemilihan presiden MIC 2009 diadakan pada 12 September dilihat sebagai pertarungan antara Dato' Subra, Palanivel dan Sothinathan.[6] Penganalisis berpendapat Samy Vellu menyokong Sothinathan agar sokongan terhadap Dato' Subra berpecah dan Palanivel akan menang mudah. Dato' Palanivel memenangi jawatan timbalan untuk kedua kalinya dengan majoriti tipis.[7][8]

Jawatan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pencapaian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia ketika itu adalah dengan memperkenalkan skim Penetapan Harga Barang pada musim perayaan dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang ketika itu diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kontroversi Maika[sunting | sunting sumber]

Hampir 900 pemegang saham Maika termasuk Subramaniam, Samy Vellu dan ahli parlimen M. Kulasegaran (DAP) menghadiri mesyuarat tahunan Maika Abdul Rashid, selaku CEO Maika sukar mengedalikan kerumitan Maika. Segolongan pelabur menyokong presiden MIC Samy Vellu dan yang lainnya menyokong Subramaniam. Para pemegang saham diminta untuk memilih resolusi termasuk menjual syarikat insurans, Oriental Capital Assurance Berhad (OCAB) pada harga RM129.8 juta.

Pengurusan Maika menyatakan bahawa penjualan Ocab akan membolehkan syarikat membayar hutang para pemegang saham yang ingin menarik pelaburan mereka.[9] Subramaniam mengatakan dia tidak menentang penjualan OCAB tetapi mahu saham Maika masih ditangan masyarakayt India. Subramaniam kemudiannya mengemukakan laporan polis.

Isu kesihatan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menjalani pembedahan di otak akibat kesan pendarahan ringan di bahagian selebral akibat daripada tekanan darah tinggi pada tahun 2011.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nice Money For Malaysian Indian Congress Sarawak Report (20 Jun 2017). Dicapai pada 20 Jun 2017.
  2. ^ Maklumat calon Parlimen Segamat 1999 Utusan Malaysia (10 Mei 2018). Dicapai pada 10 Mei 2018.
  3. ^ L. Thenamuthan (19 Februari 2014). My dad will be back, son says health improving The Malaysian Times. Dicapai pada 19 Februari 2014.
  4. ^ Mustafa Kamal Basri dan S. Anand Kumar (5 Jun 2006). 61 calon tanding pemilihan MIC Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Disember 2012.
  5. ^ Khairul Azran Hussin dan Safina Ramli (26 November 2007). Perhimpunan bertukar ganas -- Penyokong Hindraf bertindak liar melontar batu, besi ke arah polis Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Disember 2012.
  6. ^ Pemilihan MIC: 3 tanding timbalan presiden, 8 bagi naib presiden mStar Online (23 Ogos 2009). Diperoleh pada 1 Disember 2010.
  7. ^ Pemilihan MIC ditunda ke September 2009 Malaysiakini (31 Oktober 2008). Diperoleh pada 1 Disember 2010.
  8. ^ Pemilihan MIC: Samy Vellu restu Palanivel mStar Online (16 Julai 2009). Diperoleh pada 1 Disember 2011.
  9. ^ Datuk Subra dikasari di mesyuarat MAIKA 'Malaysiakini (30 Ogos 2007). Diperoleh pada 1 Disember 2010.
  10. ^ Joseph Kaos Jr and Nurhidayah Ramli (13 November 2011). Ex-MIC deputy president undergoes brain surgery The Star Online. Diperoleh pada 1 Disember 2011.
  11. ^ Subramaniam is still in coma India Malaysian (28 November 2011). Diperoleh pada 1 Dismber 2011.