Ishak Lotfi Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Bentara Jasa Dato' Haji

Ishak Lotfi Omar
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehTengku Mohd Hamzah Tengku Zainal Abidin
Digantikan olehMohd Asri Muda
Pesuruhjaya PAS Kelantan
Dalam jawatan
1971–1978
Didahului olehHaji Mohd Noor Yusof
Digantikan olehMohd Amin Yaakob
Sebagai Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan
Butiran peribadi
Lahir1917 (1917)
Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia13 Mei 1992(1992-05-13) (umur 74–75)
Kampung Kubang Pasu, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (1952-1983)
Parti Hizbul Muslimin Malaysia (sejak 1983)
PasanganDatin Wan Aishah Wan Abdullah

Dato' Bentara Jasa Dato' Haji Ishak Lotfi bin Omar ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau merupakan Menteri Besar Kelantan yang pertama yang dipilih melalui pilihan raya pada 1959.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Haji Ishak Lotfi dilahirkan pada 1917 di Kampung Masjid, Kota Bharu. Beliau merupakan anak saudara kepada Mohd Asri Haji Muda dan berpangkat cicit kepada bekas Menteri Besar Kelantan 1890-1894, Dato' Maha Menteri Che Saad Che Ngah.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Majlis (Madrasah Muhammadiyah) dan Sekolah Melayu Jalan Post Office Lama, selain belajar di Masjid Muhammadi, sebelum ke Mekah pada 1927 selama 10 tahun. Pada 1937, beliau pulang ke Kelantan dan menubuhkan Matba’ah al-Maarif sebelum menerbitkan majalah ar-Riwayah pada 1938. Beliau yang menjadi pegawai MAIK telah terlibat aktif dalam pergerakan politik di Kelantan sejak 1937 melalui Setiawan Belia dan Dewan Bahasa Melayu, selain turut terlibat dengan Pemuda Asuhan Bekerjasama (PAB) dan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada zaman Jepun, beliau menyertai Barisan Pemuda Sukarela Kelantan (BPSK), kemudian menjadi Setiausaha Agung Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) sejak 1945 yang terlibat mengasaskan UMNO pada 1946 dan akhirnya beliau menyertai PAS pada 1952.

Menteri Besar Kelantan[sunting | sunting sumber]

Ishak Lotfi dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memenangi 28 dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau berkhidmat selama sepenggal sehingga 1964. Berikut merupakan anggota kerajaan yang dilantik:

Jawatan Penyandang
Menteri Besar Ishak Lotfi Omar
Timbalan Menteri Besar Haji Mohamad Nasir
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tengku Mohamad Sultan Mohamad IV
Abdullah Yusof
Wan Sulaiman Ibrahim
Nik Man Nik Mohamad
Mohd Yusof Noor
Abdul Rahman Daud
Mohd Daud Jamil
Yang Dipertua DUN Mohd Asri Haji Muda

Konflik dalam parti[sunting | sunting sumber]

Haji Ishak Lotfi sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, bersama-sama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan telah meletak jawatan pada 1978 selepas PAS kalah teruk kepada Barisan Nasional dalam Pilihan raya negeri Kelantan 1978. Kepimpinan utama PAS telah menubuhkan Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan sebagao badan pengurus sementara diketuai oleh Haji Mohd Amin Yaakub. Jemaah Pesuruhjaya PAS ini telah dibubarkan pada 1981 bagi membolehkan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baharu.

Dipecat PAS, menyertai HAMIM[sunting | sunting sumber]

Haji Ishak Lotfi yang menjadi sebahagian daripada Kumpulan 13 ahli PAS yang telah dikenakan tindakan disiplin daripada parti. Beliau bersama-sama Dato’ Haji Nik Man Nik Mohamed telah dipecat pada 23 Januari 1983.[1] Beliau bersama-sama Mohd Asri Muda telah mengasaskan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat[2].

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Ishak Lotfi meninggal dunia pada 13 Mei 1992 di Kampung Kubang Pasu, Kota Bharu[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Kepimpinan Ulama Dalam Pas
  2. ^ "Datuk Asri Dipilih Presiden Hamim" (PDF). Berita Harian. 4 Julai 1983. Dicapai pada 15 September 2021.
  3. ^ "Former Kelantan MB Ishak dies". New Straits Times. 13 Mei 1992. Dicapai pada 15 September 2021.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
19591964
Datuk Bentara Jasa
Penyandang Kemudian
Tengku Sri Maharaja
Tengku Mohd Hamzah Long Zainal Abidin
Dato' Seri Paduka Raja
Mohd Asri Haji Muda