Latifah Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Latifah Omar
Kelahiran Fatimah Omar
26 Mac 1939(1939-03-26)
Kampung Baru kuala Lumpur
Meninggal dunia 9 Jun 2013 (umur 74)
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Sebab kematian Barah usus
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah Keramat, Ulu Kelang
Warganegara  Malaysia
Nama lain Latifah Omar
Pekerjaan Pelakon
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Agama Islam
Pasangan Rahmat Ali
Anak 4 anak
Nota kaki
1953 - 1973

Fatimah Binti Omar atau lebih dikenali sebagai Latifah Omar (26 Mac 1939 - 9 Jun 2013) ialah seorang pelakon filem Malaysia yang muncul dalam filem-filem Melayu hitam dan putih.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Latifah Omar dilahirkan di Kampung Baru Kuala Lumpur pada 26 Mac 1939 dengan nama sebenar beliau ialah Fatimah Binti Omar. Beliau mengunakan nama samarannya sebagai Latifah selepas beliau berhijrah ke Singapura bersama ibunya. Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura. Beliau merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 14 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Allahyarhammah telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi filem Panggilan Pulau yang ditayangkan pada tahun 1954. Filem Panggilan Pulau (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar di mana pada masa itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latiff, A. Rahim, Salleh Kamil, S. Shamsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kandarisman, Ibrahim Pendek dan merupakan kemunculan pertamanya di layar perak .

Pada tahun yang sama juga, Allahyarhammah telah berpeluang untuk bergandingan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Merana (November 1954), terbitan Malay Film Production. Itu merupakan kali kedua dan terakhir mereka bergandingan di layar perak, sebelum berhijrah dari Malay Film Production ke syarikat perfileman Cathay Keris.[1] Agak menyedihkan bagi Latifah (bergaji bulan) apabila dia terpaksa memberi notis sebulan kerana adanya pertikaian antara dia dengan pihak majikan (MFP) disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu majlis yang ada hubungkait dengan filem – sehingga sampai ke peringkat dia dimarahi. Kemarahan pihak MFP itu jelas diterjemahkan dalam filem Putera Bertopeng apabila namanya di ‘credit title’ di potong. Nama Allahyarham Dato' Ahmad Mahmud, Normadiah, Haji Mahadi, Aziz Sattar dan lain-lain sahaja yang ada, sebaliknya nama Latifah pula yang tiada.

Ketika bersama Cathay Keris, populariti Allahyarham meningkat apabila beliau berlakon dalam banyak filem genre bangsawan bersama Allahyarham Nordin Ahmad. Beliau sempat membintangi 26 buah filem dengan Cathay Keris, yang mana 12 daripadanya merupakan gandingan bersama Nordin Ahmad. Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalam filem Gurindam Jiwa, filem Lanchang Kuning dan filem Cucu Datuk Merah

Selain Nordin Ahmad, Latifah juga pernah digandingkan dengan ramai seniman ternama seperti Dato' Ahmad Mahmood (filem Insan dan Putera Bertopeng), S. Roomai Noor (Sumpitan Racun), Yusof Latiff (Jalak Lenteng) dan Tony Kassim (Rumah Itu Duniaku). Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah lakonannya bersama Dato' Mustapha Maarof, Allahyarhammah memegang watak sebagai Merah, anak tiri yang teraniaya.

Apabila industri perfileman Melayu mula menampakkan kemerosotan, Latifah membawa diri selepas filem Naga Tasek Chini dan Gurindam Jiwa. Tetapi kemudian pada 1971, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Putus Sudah Kaseh Sayang terbitan Merdeka Film Studio iaitu gandingan ketiga P. Ramlee dan Latifah selepas filem Panggilan Pulau dan Merana (1954).

Filem terakhir Latifah ialah Hati Batu (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S. Azam, Fauziah Ahmad Daud, M. Shahdan dan Salleh Melan.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Allahyarhamah pernah menjadi ibu tiri kepada Allahyarhamah Seniwati Rahmah Rahmat apabila bapa Rahmah iaitu Rahmat Ali, seorang peniup trompet profesional menikahi Allahyarhamah pada tahun 1957. Jarak umur di antara Latifah dan Rahmat terlalu jauh iaitu 18 tahun. Beza umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh. Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Latifah dan Rahmat Ali tidak berpanjangan dan berakhir dengan penceraian. Beliau juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali tetapi kesemua perkahwinan Allahyarhamah berakhir dengan penceraian.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013 kira-kira pukul 6.19 petang Waktu Piawai Malaysia pada usia 74 tahun, di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu sebelumnya akibat penyakit kanser usus. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3 Lembah Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah Keramat, Ulu Kelang pada 11.20 pagi.[2] Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak dan sembilan orang cucu.

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Panggilan Pulau (Julai 1954)
  2. Merana - (November 1954)
  3. Insan - (1955)
  4. Menyerah - (1955)
  5. Putera Bertopeng - (1957)
  6. Serangan Orang Minyak - (1958)
  7. Selendang Delima - (1958)
  8. Bawang Putih Bawang Merah - (1959)
  9. Raden Mas - (1959)
  10. Che Mamat Parang Tumpul - (1960)
  11. Sumpitan Racun - (1961)
  12. Hang Jebat - (1961)
  13. Chelorong Cheloreng - (1962)
  14. Laila Majnun - (1962)
  15. Lancang Kuning - (1962)
  16. Rumah Itu Dunia Aku - (1963)
  17. Cucu Datuk Merah - (1963)
  18. Kalung Kenangan - (1964)
  19. Wan Perkasa - (1964)
  20. Cinta Kasih Sayang - (1965)
  21. Ikan Emas - (1965)
  22. Gurindam Jiwa - (1966)
  23. Naga Tasik Chini - (1966)
  24. Putus Sudah Kasih Sayang - (1971)
  25. Hati Batu - (1973)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]