Nordin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nordin Ahmad
Nordin Ahmad.jpg
Nordin Ahmad, pelakon filem Melayu.
Kelahiran Nordin Bin Ahmad
1932
Seberang Perai, Pulau Pinang Pulau Pinang, Malaya British (Kini Malaysia Malaysia)
Meninggal dunia 15 Jun 1971 (berumur 38–39)
Hospital Besar, Singapura Singapura
Sebab kematian Demam Kuning
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Bedok, Singapura Singapura
Tempat tinggal Singapura Singapura
Warganegara  Malaysia
Nama lain Nordin Ahmad
Pekerjaan Pengarah filem, Penyanyi, & Pelakon
Tahun aktif 1951 - 1971
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Terkenal kerana Semerah Padi
Hang Jebat
Cucu Datuk Merah
Lanchang Kuning
Seri Mersing
Gurindam Jiwa
Agama Islam
Pasangan Salmah Ibrahim (Salmah Hitam)
Anak Asmah Nordin
Norman Shah Nordin (Tuah)
Asnor Nordin
Saudara Sidek Ahmad (adik)

Nordin Ahmad adalah seorang pelakon filem Melayu Malaysia ulung. Beliau dilahirkan di Seberang Perai, Pulau Pinang pada tahun 1932. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas.

Penglibatan dan Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau bermula apabila beliau bekerja sebagai kerani di pangkalan Tentera Udara Diraja British di Seletar, Singapura pada 1951 dan tidak menyimpan hasrat berlakon sehingga melihat iklan mencari pelakon-pelakon baru di Utusan Melayu. Atas dorongan rakan-rakan, beliau menerima jemputan uji bakat bersama Malay Film Productions Ltd. (MFP) tetapi gagal. Pengarah S. Ramanathan yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.

Nordin menerima tawaran bekerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon satu hari kelak. Beliau muncul di beberapa filem termasuk Rayuan Sukma dan Juwita sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Pengarah Haji Mahadi mengambil Nordin menjadi perlakon utama filem Permata di Perlimbahan berganding dengan Maria Menado tetapi filem itu tidak laris. Akibatnya, nama dan kerjaya Nordin mula merudum dan terumbang-ambing dan beliau terpaksa menjadi pelakon tambahan semula. Biarpun begitu dia mencekalkan semangat dan tidak berputus asa.

Teruna (Nordin Ahmad) dalam filem Semerah Padi 1956

Rakan Nordin, P.Ramlee adalah orang yang bertanggungjawap menaikkan semula nama Nordin dalam filem Semerah Padi pada tahun 1956. P.Ramlee dengan yakin memberikan watak Taruna iaitu hero utama kepada Nordin dan hasilnya, nama Nordin kembali memuncak dan sebaris dengan bintang-bintang ternama dalam industri filem Melayu. Sebaik sahaja tamat kontraknya bersama MFP, pada 31 Disember 1956, maka Nordin Ahmad mula dilamar oleh Cathay-Keris Film Productions dengan tawaran lumayan dan menjadi kesayangan Cathay. Itupun atas nasihat P. Ramlee supaya berhijrah ke syarikat produksi tersebut, kerana P.Ramlee yakin Nordin Ahmad akan lebih berjaya disitu jika dibandingkan dengan MFP.

Pengarah-pengarah berlumba-lumba untuk mengambilnya membintangi filem mereka. Disamping jalan cerita yang menarik dan pengarahan yang bagus, Nordin Ahmadlah elemen penting dalam kejayaan filem-filem Cathay Keris seperti filem Hang Jebat arahan Husain Haniff, Cucu Datuk Merah oleh M. Amin dan Seri Mersing oleh Salleh Ghani.

Nordin sendiri ditawar menjadi pengarah pada 1964 dengan filem pertamanya Wan Perkasa yang tidak begitu berjaya. Namun begitu peluang mengarah terus diberikan kepadanya melalui filem-filem Kasih Ibu, Naga Tasek Chini, Play Boy, Kekasih, Si Murai, Nafsu Belia, Keranda Berdarah and Lubang Neraka. Nordin mengakui bahawa beliau lebih terserlah sebagai pelakon berbanding pengarah.

Namun yang pasti, setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Dalam filem Gurindam Jiwa (1966) Nordin berganding dengan Latifah Omar mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap "Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan".

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Singapura pada 15 Jun 1971 ketika berusia 39 tahun kerana menghidap demam kuning. Beliau meninggalkan balu, seniwati Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Norman Shah (Tuah) dan Asnor.

Filem Lakonan Nordin Ahmad[sunting | sunting sumber]

  • Rayuan Sukma - (1951) - (Pelakon)
  • Juwita - (1951) - (Pelakon)
  • Aladdin - (1952) - (Pelakon)
  • Permata Di Perlibahan - (1952) - (Pelakon Utama)
  • Cemburu - (1952) - (Pelakon)
  • Putus Harapan - (1953) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Osman)
  • Ibu - (1953) - (Pelakon Pembantu)
  • Panggilan Pulau - (1954) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Abang Jelita)
  • Arjuna - (1954) - (Pelakon Pembantu)
  • Perjodohan - (1954) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Yaakob)
  • Gelora Hidup - (1954) - (Pelakon)
  • Abu Hassan Pencuri - (1955) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tukang Sihir atau Putera Raja Tartar)
  • Roh Membela - (1955) - (Pelakon Utama)
  • Bernoda - (1955) - (Pelakon Pembantu)
  • Hang Tuah - (1956) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hang Kasturi)
  • Semerah Padi - (1956) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Teruna)
  • Anakku Sazali - (1956) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Mansor)
  • Belantara - (1957) - (Pelakon Utama)
  • Orang Minyak - (1958) - (Pelakon Pembantu)
  • Mahsuri - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dato' Panglima Deramang)
  • Serangan Orang Minyak - (1958) - (Pelakon Utama)
  • Raden Mas - (1959) - (Pelakon Utama)
  • Noor Islam - (1960) - (Pelakon Utama)
  • Siti Zubaidah - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sultan Zainal Abidin)
  • Sri Mersing - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Damaq)
  • Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Datuk Laksamana Megat Seri Rama)
  • Hang Jebat - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hang Jebat)
  • Yatim Mustapha - (1961) - (Pelakon Utama)
  • Dang Anom - (1962) - (Pelakon Utama)
  • Lanchang Kuning - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Panglima Alang Yahya)
  • Tun Fatimah - (1962) - (Pelakon Utama)
  • Laila Majnun - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Qais)
  • Jula Juli Bintang Tujuh - (1962) - (Pelakon Utama)
  • Cucu Datok Merah - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awang Janggut)
  • Gul Bakawali - (1963) - (Pelakon Utama)
  • Tajul Ashikin - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tengku Ibrahim @ Tajul Ashikin)
  • Air Mata Duyung - (1964) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awang Jermal)
  • Hutang Darah Dibayar Darah - (1964) - (Pelakon Utama)
  • Panglima Besi - (1964) - (Pelakon Utama)
  • Gurindam Jiwa - (1965) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dahlan)
  • Patung Cendana - (1965) - (Pelakon Utama)
  • Play Boy - (1967) - (Pelakon Utama)
  • Simurai - (1968) - (Pelakon)
  • Sial Wanita - (1969) - (Pelakon Utama)
  • Serikandi - (1969) - (Pelakon Utama)
  • Jahanam - (1971) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sang Kurnia)

Pengarah Nordin Ahmad[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]