iPad (Generasi Ketiga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The new Ipad logo.png
IPad 3.png
iPad generasi ketiga
Pembangun Apple Inc.
Pengilang Foxconn
Jenis Tablet
Tarikh jualan

16 Mac 2012 (2012-03-16) (Amerika Syarikat)[1]

20 April 2012 (2012-04-20) (Malaysia)[2]
Sistem pengendalian iOS 6.0.1
Kuasa

Bateri cas semula litium-polimer terbina dalam

42.5 W•h (153 kJ),jangka penggunaan 10 jam
Sistem-atas-cip Apple A5X
CPU 1 GHz dual-core ARM Cortex-A9
Muatan storan Ingatan kilat
16 GB, 32 GB atau 64 GB
Ingatan 1 GB DDR2 RAM
Paparan

9.7 in (250 mm)
2,048 × 1,536 px; 264 ppi

IPS LCD
Grafik PowerVR SGX543MP4
Input Skrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital
Kamera Depan: Rakaman video VGA sehingga 30 fps dengan audio,
Gambar 0.3 MP
Belakang: Rakaman video, 1080p pada 30fps,
Gambar 5x zum digital, 5 MP kamera iSight
Ketersambungan

Wi-Fi (802.11 a/b/g/n)
Bluetooth v4.0
Model GSM:
UMTS/HSPA/HSPA+/DC-HSDPA
(850, 900, 1,900, 2,100 MHz)
GSM/EDGE
(850, 900, 1,800, 1,900 MHz)
LTE (700, 2100 MHz)
Model CDMA:
CDMA/EV-DO Rev. A
(800, 1,900 MHz)
GSM/EDGE
(850, 900, 1,800, 1,900 MHz)
UMTS/HSPA/HSPA+/DC-HSDPA
(850, 900, 1,900, 2,100 MHz)

LTE (700 MHz)
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari, iCloud
Dimensi

9.50 in (241 mm) (t)
7.31 in (186 mm) (l)

0.34 in (8.6 mm) (d)
Berat Wi-Fi: 1.44 lb (650 g)
Wi-Fi + Selular: 1.46 lb (660 g)
Rencana berkait iPhone, iPad, iPod touch
Laman sesawang apple.com/ipad

iPad (Generasi ketiga) adalah sebuah komputer tablet yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Apple. Ia menerima tambahan paparan Retina, cip Apple A5X yang dilengkapi dengan pemproses grafik quad-core, kamera 5 megapiksel, 4G (LTE), Siri (datang dengan iOS 6.0[3] pada 19 September 2012).

iPad ini dikeluarkan ke 10 negara pada 16 Mac 2012.[1] Ia banyak menerima ulasan positif, dimana kebanyakkannya memuji paparan Retina, pemproses, dan keupayaan 4G (LTE). Bagaimanapun, ia mencetuskan kontroversi apabila ketidakupayaan 4G iPad (Generasi ketiga) ini diketahui.[4]

Bagaimanapun, iPad ini mendapat sambutan hangat dengan tiga juta unit berjaya dijual dalam masa tiga hari sahaja.[5] Pada 23 Oktober 2012, penjualan iPad (Generasi ketiga) dihentikan dengan mengumuman iPad (Generasi Keempat) yang baru.[6] Ini menyebabkan iPad (Generasi ketiga) memegang rekod tempoh jualan terpendek dalam keluarga iPad.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Spekulasi mengenai iPad (Generasi ketiga) mula didengari tidak lama selepas pelancaran iPad 2. Spekulasi ini semakin rancak dengan maklumat pelbagai komponen dalaman iPad (Generasi ketiga) mula bocor. Ketika ini, peranti ini dipanggil "iPad 3".[7] Nama ini masih digunakan oleh pengguna sehingga kini walaupun ini bukan merupakan nama rasmi.

Pada 28 Februari 2012, Apple telah menjemput media untuk hadir ke satu acara pada 7 Mac 2012 di Yerba Buena Center for the Arts.[8] Walaupun Apple tidak menyatakan sebarang maklumat lanjut mengenai acara tersebut, para media membuat anggapan bahawa ia mungkin berkenaan pelancaran iPad yang baru, ini merujuk kepada spekulasi-spekulasi dan lokasi ini sering kali dipilih untuk melancarkan produk terbaru Apple. Pengumuman jemputan ini memberi kesan positif kepada pasaran komputer tablet terpakai.[9]

Pada 7 Mac 2012, Apple - seperti yang disangka - mengumumkan iPad terbaru mereka. Walaubagaimanapun nama yang diberikan bukanlah "iPad 3" seperti disangka, sebaliknya CEO Apple, Tim Cook hanya menggunakan nama "The New iPad" atau "iPad Terbaru".[10]

iPad (Generasi ketiga) mula dijual pada 16 Mac 2012 di lapan buah negara antaranya Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura.[1] Ia mula dijual secara berperingkat di negara lain. Pada 20 April 2012, iPad (Generasi ketiga) memasuki pasaran Malaysia bersama Korea Selatan dan 10 lagi negara yang lain.[2]

iPad ini mula mencetuskan kontroversi apabila keupayaan 4G seperti yang diiklan tidak boleh digunakan di negara luar Amerika Utara.[11] Ini mengakibatkan Apple dikenakan tindakan dan menukar perkataan 4G kepada selular di laman sesawang mereka untuk mengelakkan kekeliruan.[12] Para pengguna sekali lagi tidak berpuas hati apabila iPad (Generasi keempat) diumumkan pada 23 Oktober 2012, dan Apple membuat keputusan untuk menghentikan jualan iPad (Generasi ketiga) manakala iPad 2 pula diteruskan jualannya.[6] iPad (Generasi ketiga) masih dijual tanpa perubahan harga di negara-negara yang masih belum menerima stok iPad (Generasi keempat).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

iPad generasi ketiga ini dilengkapi dengan SoC Apple A5X, dengan quad-core pemproses grafik, kamera belakang 5 megapiksel yang berupaya mengambil video 1080p, dan kamera depan berkualiti VGA direka untuk FaceTime. Resolusi paparan adalah 2048 x 1536 dengan 3.1 juta piksel, empat kali lebih banyak daripada iPad 2. Walaubagaimanapun, iPad generasi ketiga ini lebih tebal daripada iPad 2 dengan lebih tebal sebanyak 0.6 mm. Ia juga lebih berat 51 gram daripada iPad 2 (model Wi-Fi).

Salah satu ciri utama iPad ini adalah paparan Retina membolehkannya memaparkan grafik lebih baik dan jelas berbanding dengan generasi sebelumnya. Dengan adanya paparan retina juga, iPad ini berupaya untuk memaparkan video dengan kualiti HD, manakala kepadatan piksel 261 ppi membuatkan pembacaan lebih baik.[13]. Ini disokong dengan pemproses grafik PowerVR SGX543MP4 di mana Apple menyatakan ia 4 kali lebih berkuasa daripada Nvidia Tegra 3.[14]

Perisian[sunting | sunting sumber]

iPad (Generasi ketiga) dilancarkan bersama iOS 5.1. Seperti iPad yang sebelumnya, ia dilengkapi dengan perisian asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, Youtube, iTunes, Muzik, App Store, Peta, Nota, Pusat Permainan,Photo Booth, Kenalan dan Kalendar. Seperti peranti iOS yang lain, iPad boleh menyelaraskan kandungan dan lain-lain data dengan Mac atau PC menggunakan iTunes. Walaupun iPad tidak direka untuk membuat panggilan telefon menggunakan jaringan selular, pengguna boleh menggunakan perisian VoIP seperti Skype untuk membuat panggilan.

Siri, sebuah perisian kawalan suara tidak tersedia dengan iPad ini walaupun iPhone 4S, yang dilancarkan beberapa bulan sebelum iPad (Generasi ketiga) mempunyai fungsi ini. Pada 19 September 2012, iOS 6 dikeluarkan. iOS 6 membenarkan Siri untuk iPad (Generasi ketiga).[15]

Aksesori[sunting | sunting sumber]

Aksesori yang telah diperkenalkan untuk iPad 2 boleh digunakan juga untuk iPad (Generasi ketiga) ini. Antaranya adalah Smart Cover. Smart Cover adalah pelindung skrin yang melekat pada permukaan skrin iPad menggunakan magnet. Pelindung ini boleh dilipat tiga untuk dijadikan sebagai penyangga iPad. Smart Cover direka supaya lebih minimal, mudah ditanggal, dan hanya melindungi skrin sahaja. Apabila pelindung ini dialihkan, ia akan membangkitkan iPad daripada tidur. Smart Cover didatangkan dalam 5 warna.[16]

Apple juga memperkenalkan beberapa aksesori yang lain, kebanyakannya dibuat untuk penyambung dok 30-pin, satu-satunya port yang ada selain daripada bicu fon kepala.

Keupayaan 4G[sunting | sunting sumber]

Apple mengumumkan bahawa iPad (Generasi ketiga) menyokong sambungan 4G . Istilah 4G banyak merujuk kepada LTE. Akan tetapi, iPad (Generasi ketiga) hanya menyokong 2 gelombang LTE, 700 dan 2100 MHz sahaja. Dua gelombang ini banyak digunakan di Amerika Syarikat, manakala di Eropah dan negara-negara luar Amerika Syarikat, gelombang yang digunakan untuk LTE adalah 800, 1800 dan 2600 MHz.[11] Apple juga ada menyatakan bahawa jaringan HSPA+ juga adalah 4G.[17] Akan tetapi kelajuan HSPA+ buat masa kini masih kurang jika hendak dibandingkan dengan LTE.

Berikutan ini, Apple telah dikenakan tindakan di beberapa negara memaksa Apple menukarkan perkataan "4G" kepada "Selular" di laman sesawang mereka seperti yang dapat dilihat kini.[12]

Di Malaysia, tiada satu pembekal perkhidmatan selular yang memberi perkhidmatan jaringan 4G. Walapun ada pembekal perkhidmatan yang memasarkan perkhidmatan mereka sebagai 4G, ia tidak menggunakan LTE, sebaliknya menggunakan WiMAX dan ini tidak menepati piawaian 4G serta tidak disokong iPad. Perkhidmatan 4G di Malaysia akan menggunakan LTE 2600 MHz dimana perkhidmatan ini hanya mula diberikan pada tahun 2013.[18]

Jualan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

iPad mula dijual di Malaysia pada 20 April 2012.[2] Harga yang ditawarkan kepada pengguna Malaysia[19] adalah:

Wi-Fi

  • 16GB - RM1499
  • 32GB - RM1799
  • 64GB - RM2099

Wi-Fi + Selular

  • 16GB - RM1899
  • 32GB - RM2199
  • 64GB - RM2499

Penambahbaikan terhadap iPad kali ini terutamanya paparan Retina menarik minat para pengguna Malaysia. Kebanyakan pembeli iPad kali ini terdiri daripada peminat Apple dan iPad. Terdapat laporan bahawa pembeli telah beratur lebih 12 jam untuk membelinya walaupun stok kali ini mencukupi.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "New iPad Arrives in the US & Nine Additional Countries on Friday" (Press release). Apple Inc. 14 Mac 2012. Dicapai pada 14 November 2012. 
  2. ^ a b c "New iPad hits South Korea, 11 more countries on Friday". CNET. 16 April 2012. Dicapai pada 14 November 2012. 
  3. ^ "iOS 6: Talking to Siri -- Settings". TUAW. 19 September 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012. 
  4. ^ "ASA forces Apple to withdraw claims new iPad has '4G capability'". The Guardian. 2 Mei 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012. 
  5. ^ "New iPad Tops Three Million" (Press release). Apple Inc. 19 Mac 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012. 
  6. ^ a b "3rd Generation iPad discontinued, refurbished models available starting at $379". The Verge. 23 Oktober 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012. 
  7. ^ "Apple to Announce iPad 3 First Week in March". 9 Februari 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012.  Teks "All Things D" diabaikan (bantuan)
  8. ^ "Apple prepares Yerba Buena Center for March 7 next-gen iPad unveiling". 9To5 Mac. 2 Mac 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012. 
  9. ^ "Looming iPad 3 launch sparks tablet trade-in stampede". Computerworld. 29 Februari 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012. 
  10. ^ "Why doesn't the 'new iPad' have a name?". CNN. 7 Mac 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012. 
  11. ^ a b "Will 4G LTE devices ever roam internationally?". CNET. 12 Mac 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012. 
  12. ^ a b "Apple drops 4G tag from iPad name, now 'Wi-Fi + Cellular'". Tech Radar. 13 May 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012. 
  13. ^ "Why the iPad 3 Retina display changes everything". Extreme Tech. Dicapai pada 8 Disember 2012.  Teks "date7 Mac 2012" diabaikan (bantuan)
  14. ^ "New iPad : Apple A5X GPU Scrutinised, 166MHz PowerVR SGX543MP4?". IT Pro Portal. 8 Mac 2012. Dicapai pada 8 Disember 2012. 
  15. ^ "http://www.todaysiphone.com/2012/09/ios-6-overview-siri-for-ipad-3/". Today's iPhone. 19 September 2012. Dicapai pada 8 Disember 2012.  Pautan luar dalam |title= (bantuan)
  16. ^ "Smart Cover, Digital AV adapter accompany iPad 2 launch". Macworld. 2 Mac 2011. Dicapai pada 28 November 2012. 
  17. ^ "Apple Defends 4G Label on Australian iPad". Mashable. 20 April 2012. Dicapai pada 6 Disember 2012. 
  18. ^ "Nine ISPs to offer 4G-LTE in Malaysia [Insider]". Malaysian Wireless. 20 November 2012. Dicapai pada 5 Disember 2012. 
  19. ^ "iPad Terbaru Generasi 3 Kini Dijual Di Malaysia, Bermula RM1499 Versi 16GB". iAwani. 20 April 2012. Dicapai pada 6 Disember 2012. 
  20. ^ "New iPad hits Malaysian stores". New Straits Times. 20 April 2012. Dicapai pada 6 Disember 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]