iPad 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
iPad 2
IPad 2 White on table.jpg
iPad generasi kedua
Pembangun Apple Inc.
Pengilang Foxconn
Keluarga produk iPad
Jenis Tablet
Tarikh jualan

11 Mac 2011 (2011-03-11) (Amerika Syarikat)[1]

29 April 2011 (2011-04-29) (Malaysia)[2]
Sistem pengendalian iOS 6.0.1
Kuasa

Bateri cas semula litium-polimer terbina dalam

25 W•h (90 kJ),jangka penggunaan 10 jam
Sistem-atas-cip Apple A5
CPU 1 GHz dual-core ARM Cortex-A9
Muatan storan Ingatan kilat
16 GB, 32 GB atau 64 GB
Ingatan 512 MB DDR2
Paparan

9.7 in (250 mm)
1,024 × 768 px; 132 ppi

IPS LCD pengcahayaan belakang LED
Grafik PowerVR SGX543MP2
Input Skrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital, kawalan fon kepala, mikrofon, giroskop, magnometer
Kamera Depan: Rakaman video VGA sehingga 30 fps dengan audio,
Gambar 0.3 MP
Belakang: Rakaman video, 1280x720 sehingga 30fps dengan audio,
Gambar 960x720 dengan 5x zum digital, 0.7 MP
Ketersambungan

Wi-Fi (802.11 a/b/g/n)
Bluetooth v2.1 + EDR
GSM model:
UMTS/HSDPA
(850, 1,900, 2,100 MHz)
GSM/EDGE
(850, 900, 1,800, 1,900 MHz)
CDMA model:
CDMA/EV-DO Rev. A

(800, 1,900 MHz)
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari, Game Center, Photo Booth, iCloud
Dimensi

9.50 in (241 mm) (t)
7.31 in (186 mm) (l)

0.34 in (8.6 mm) (d)
Berat Wi-Fi: 1.33 lb (600 g)
Wi-Fi + 3G (GSM): 1.35 lb (610 g)
Wi-Fi + 3G (CDMA): 1.34 lb (610 g)
Rencana berkait iPhone, iPad, iPod touch
Laman sesawang apple.com/ipad

iPad 2 adalah peranti generasi kedua dalam keluarga iPad, sebuah komputer tablet, direka, dibangunkan dan dipasarkan oleh Apple. iPad 2 mempunyai bateri polimer litium yang tahan sehingga 10 jam penggunaan penggunaan, pemproses dual-core Apple A5 dan kamera depan VGA dan kamera belakang 720p direka untuk panggian FaceTime. iPad 2 didatangkan dengan 2 model, Wi-Fi sahaja dan Wi-Fi dengan selular dan dilengkapi dengan saiz storan 16, 32 dan 64 GB. Bagaimanapun, apabila iPad (generasi ketiga) diperkenalkan, hanya model 16 GB dijual.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac 2011, Apple mengumumkan iPad 2 kepada umum. Dalam majlis tersebut juga, diumumkan bahawa jualan iPad (generasi pertama) dihentikan samada jualan secara online mahupun jualan oleh pengedar Apple yang sah. Tarikh jualan untuk pasaran Amerika Syarikat ditetapkan pada 11 Mac 2011. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga waktu penghantaran bagi pembelian secara dalam talian lewat antara 3 hingga 5 minggu.

Gempa bumi besar yang melanda bahagian utara Jepun pada 11 Mac 2011 menyebabkan jualan di Jepun yang telah ditetapkan pada 25 Mac 2011 terpaksa ditangguhkan.[4] Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa gempa bumi tersebut menjejaskan pengeluaran beberapa komponen iPad 2 berikutan komponen-komponen tersebut dibuat oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Toshiba.[5]

iPad 2 kemudiannya mula dipasarkan di Jepun pada 29 April 2011. Pada tarikh ini juga, iPad 2 mula dijual di Malaysia.[2]

Model 32 dan 64 GB dihentikan pada 7 Mac 2012 berikutan pengumuman iPad generasi ketiga.[6] iPad 2 masih dalam pengeluaran ketika iPad generasi keempat diumumkan.[7]

Ciri-Ciri[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Perbandingan antara iPad generasi pertama (kiri) dengan iPad 2 (kanan)

iPad 2 adalah 15% lebih ringan dan 33% lebih nipis daripada iPad yang sebelumnya.[8] Berat bagi versi Wi-Fi adalah 601 g. Manakala Wi-Fi + 3G (GSM) pula adalah 613 g. Saiz iPad juga agak kecil daripada iPad yang sebelumnya dengan ukuran 9.50×7.31×0.34 in (241.2×185.7×8.8 mm), berbanding iPad yang berukuran 9.56×7.47×0.5 in (242.8×189.7×13.4 mm).

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap iPad 2 berbanding dengan iPad yang sebelumnya ialah iPad 2 dilengkapi 2 kamera, depan dan belakang membolehkan iPad 2 digunakan untuk membuat panggilan FaceTime. Kamera depan berukuran 0.3 MP, berupaya mengambil video berkualiti VGA dengan kadar 30 bingkai per saat (FPS). Kamera belakang pula berukuran 0.7 MP, berupaya mengambil video HD berkualiti 720p dengan kadar 30 bingkai per saat (FPS).[9] Ia juga dilengkapi dengan zum digital 5 kali ganda. Nisbah bidang kamera depan adalah 4:3 manakala kamera belakang adalah 16:9 setara dengan keupayaan untuk mengambil video HD.

iPad 2 dilengkapkan dengan SoC Apple A5 yang mengandungi CPU dual-core ARM Cortex A9, RAM 512 MB dan GPU PowerVR SGX543MP2. Prestasi GPU iPad 2 adalah 3 kali lebih pantas dari iPad (generasi pertama),[10] manakala prestasi CPU meningkat 66%.[11]

Perisian[sunting | sunting sumber]

Semasa pelancaran iPad 2, ia beroperasi dengan menggunakan sistem pengendalian iOS 4.3 yang memperkenalkan FaceTime, Airplay disamping beberapa ciri yang lain.[12] Pada 12 Oktober 2011, sistem pengendalian iPad boleh dikemaskini ke iOS 5 yang membawa lebih 200 ciri-ciri baru termasuk Pusat Pemberitahuan dan sistem pemberitahuan yang baru. Akan tetapi, ini tidak termasuk Siri.[13]

iPad 2, seperti generasi sebelumnya, didatangkan dengan beberapa aplikasi asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, YouTube, Muzik, iTunes, Peta dan Kalendar. Apple juga memperkenalkan beberapa aplikasi baru didatangkan bersama iPad 2. Aplikasi panggilan video FaceTime dan juga aplikasi foto dan video Photo Booth disediakan selaras dengan adanya kamera untuk iPad 2. Aplikasi menyunting video iMovie pula boleh dimuat turun dari App Store.[14]

Aksesori[sunting | sunting sumber]

Apple telah memperkenalkan beberapa aksesori untuk iPad 2, antaranya adalah Smart Cover. Smart Cover adalah pelindung skrin yang melekat pada permukaan skrin iPad menggunakan magnet. Pelindung ini boleh dilipat tiga untuk dijadikan sebagai penyangga iPad. Smart Cover direka supaya lebih minimal, mudah ditanggal, dan hanya melindungi skrin sahaja. Apabila pelindung ini dialihkan, ia akan membangkitkan iPad daripada tidur. Smart Cover didatangkan dalam 5 warna.[15]

Penyesuai AV Digital (Digital AV Adapter) juga diperkenalkan. Ini membenarkan video dan audio dari iPad dikeluarkan ke Televisyen definisi tinggi atau paparan lain yang mempunyai sambungan HDMI.[15]

Jualan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

iPad 2 mula dijual di Malaysia pada 29 April 2011.[2] Harga yang ditawarkan kepada pengguna Malaysia adalah:

Wi-Fi

  • 16GB - RM1499
  • 32GB - RM1799
  • 64GB - RM2099

Wi-Fi + 3G

  • 16GB - RM1899
  • 32GB - RM2199
  • 64GB - RM2499

iPad 2 mendapat sambutan yang baik dan ada laporan menyatakan bahawa ada kedai yang kehabisan stok dalam masa 5 jam sahaja.[16]

Pada 8 Mac 2012, iPad yang baru diumumkan dan Apple memaklumkan bahawa harga iPad 2 diturunkan. iPad 2 diturunkan kepada RM1119 (Wi-Fi 16GB) dan bagi model Wi-Fi+3G pula diturunkan kepada RM 1599.[17] Harga ini tidak berubah walaupun dengan pelancaran iPad generasi yang keempat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "iPad 2 Arrives Tomorrow" (Press release). Apple Inc. 10 Mac 2011. Dicapai pada 14 November 2012. 
  2. ^ a b c "iPad 2 Arrives in Japan, Hong Kong, Korea, Singapore & Eight Other Countries This Week" (Press release). Apple Inc. 27 April 2011. Dicapai pada 14 November 2012. 
  3. ^ "Apple drops 16GB iPad 2 to $399, $529 for Wi-Fi + 3G". 9to5Mac. 7 Mac 2011. Dicapai pada 28 November 2012. 
  4. ^ "Apple Postpones iPad 2 Launch in Japan". All Things D. 15 Mac 2011. Dicapai pada 3 Disember 2011. 
  5. ^ "Japanese Earthquake Poses Potential Supply Problems for iPad 2" (Press release). iSuppli. 17 Mac 2011. Dicapai pada 3 Disember 2012. 
  6. ^ "Live! Pelancaran iPad Terbaru". iAwani. 8 Mac 2012. Dicapai pada 3 Disember 2012. 
  7. ^ "Apple iPad mini: Winners and losers". ZDNet. 24 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Disember 2012. 
  8. ^ "'Should I upgrade my iPad to the iPad 2?'". ZDNet. 2 Disember 2011. Dicapai pada 29 November 2012. 
  9. ^ "What you need to know about the iPad 2". MAcworld. 3 Mac 2011. Dicapai pada 1 Disember 2012. 
  10. ^ "Apple iPad 2 GPU Performance Explored: PowerVR SGX543MP2 Benchmarked". ANANDTECH. 12 Mac 2011. Dicapai pada 1 Disember 2012. 
  11. ^ "Early iPad 2 & Apple A5 Benchmarks – Up to 65-Percent Faster than iPad & Apple A4". iOSnoops. 12 Mac 2011. Dicapai pada 1 Disember 2012. 
  12. ^ "Apple iOS 4.3 coming March 11 with iPad 2, includes new AirPlay features and FaceTime". Engadget. 2 Mac 2011. Dicapai pada 29 November 2012. 
  13. ^ "Everything You Need to Know About iOS 5 in Seven Minutes". lifehacker. 12 Oktober 2011. Dicapai pada 29 November 2012. 
  14. ^ "Apple iPad 2 Revealed, 33% Thinner, in Black and White, Starting at $499, in Stores March 11". Fast Company. 2 Mac 2011.  Parameter |accessdtae= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  15. ^ a b "Smart Cover, Digital AV adapter accompany iPad 2 launch". Macworld. 2 Mac 2011. Dicapai pada 28 November 2012. 
  16. ^ "iPad 2 sold out in five hours". The Star Online. 30 April 2011. Dicapai pada 2 Disember 2012. 
  17. ^ "Harga iPad 2 Di Malaysia Turun". iAwani. 8 Mac 2012. Dicapai pada 2 Disember 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]