Ibrahim Menudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Ibrahim Menudin adalah ahli politik Malaysia dari negeri Sabah, pulau Borneo. Beliau pernah menjadi Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah dan pernah terlibat membawa masuk parti UMNO ke negeri Sabah .

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.

Usahawan[sunting | sunting sumber]

Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah. Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Ibrahim Menudin pernah menjadi Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004. Selain itu menjadi Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo. Suria Capital Holdings Berhad adalah pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.

Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007.[1]

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009.

Menyertai PKR[sunting | sunting sumber]

Pada September 2012, di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim Menudin, Datuk Yahya Lampong dan beberapa pemimpin utama parti itu mengumumkan menyertai PKR pada satu majlis Kampung Batu Arang,pulau Labuan, Sabah. Sebelum ini, pada 2012, Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.[2] Senator UMNO, Datuk Maijol Mahap turut menyertai PR. Beliau berpotensi dicalonkan bertanding di Labuan mewakili PKR.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Sri Ibrahim Menudin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-22. Dicapai pada 2012-09-16.
  2. ^ Pemimpin korporat Umno Sabah sertai pembangkang