Integrax

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Integrax Berhad
Anak syarikat
Didagangkan sebagaiMYX: 9555
IndustriTenaga kuasa
PendahuluGanz Technologies Sdn. Bhd. (1979-1994)[1]
Ditubuhkan1994; 25 tahun yang lalu (1994)[1]
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tempat dibekalkan
Malaysia
Perancang utama
Ir. Azman Mohd (Pengerusi)
PerkhidmatanPelabuhan dan terminal, pengurusan arang
IndukTenaga Nasional
Laman sesawangwww.integrax.com.my

Integrax Berhad (MYX: 9555) merupakan syarikat tenaga Malaysia yang ditubuhkan pada 1994.[1] Perniagaan utamanya termasuk pengurusan pelabuhan, logistik dan pengendalian arang batu. Syarikat ini juga membina nilai asas dan mencapai pertumbuhan pendapatan menerusi pelaburan jangka panjang di Infrastruktur (pelabuhan serbaguna, terminal dan aktiviti yang berkaitan) untuk pendapatan, nilai dan pelaburan berdaya tahan jangka panjang di Sumber dan Perkhidmatan yang kebanyakannya terdapat di Wilayah Asia Tenggara. Ia dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad, syarikat utiliti tenaga terbesar Malaysia.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pemerolehan oleh Tenaga Nasional[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2015, Integrax bersetuju untuk dibeli oleh Tenaga Nasional dengan tawaran yang dinaikkan sebanyak RM32.5 sesaham berbanding tawaran asal sebanyak RM27.5 sesaham.[3] Pada 5 Mac 2015, Harga saham TNB di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal selepas jemaah lembaga Integrax mencadangkan agar pemegang saham menolak tawaran disemak semula pada RM3.25 oleh TNB.[4] Pemerolehan Integrax oleh TNB turut disokong oleh EXCO Perak yang yakin bahawa jika rancangan pengambilalihan Integrax Bhd yang menguasai Pelabuhan Lumut diluluskan oleh pemegang sahamnya, ianya akan melonjakkan ekonomi Perak dengan memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perkhidmatan kepada penduduk.[5]

Pada 30 Mac, sebanyak 50% peratus saham Integrax dikawal oleh Tenaga Nasional, sekali gus memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tawaran semulanya untuk membeli baki semua saham biasa dalam pengendali pelabuhan Lumut itu pada harga RM3.25 sesaham.[6] Pada 8 April 2015, TNB mengumumkan sebahagian besar operasi perniagaan Integrax akan dikekalkan dan tarikh akhir bagi para pemegang saham syarikat itu untuk menerima tawaran semakan semula TNB ialah RM3.25 sesaham pada 13 April.[7] Pemerolehan tersebut telah dimuktamadkan dan Integrax menjadi anak syarikat TNB pada Februari 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Integrax: Company history Integrax Berhad. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  2. ^ Leong Hung Yee (4 April 2015). "What will TNB do with Integrax?". The Star Online. Dicapai 22 Mei 2015. 
  3. ^ Ahmad Fiesal Othman (6 Mac 2015). "TNB yakin ambil alih Integrax". Berita Harian. Dicapai 22 Mac 2015. 
  4. ^ "Saham TNB susut suslan keputusan Integrax". Berita Harian. 5 Mac 2015. Dicapai 22 Mac 2015. 
  5. ^ "EXCO Perak sokong TNB beli Integrax". Berita Harian. 8 Mac 2015. Dicapai 22 Mac 2015. 
  6. ^ "TNB Penuhi Syarat Pegangan Saham 50 Peratus Dalam Tawaran Semula Integrax". mStar Online. 30 Mac 2015. Dicapai 1 April 2015. 
  7. ^ "Operasi Integrax kekal". Harian Metro. 8 April 2015. Dicapai 1 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]