TNB Integrated Learning Solution

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Institut Latihan Sultan Ahmad Shah", "ILSAS" dan "TNB ILSAS" dilencongkan di sini.
TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.
Anak syarikat
PendahuluInstitut Latihan Sultan Ahmad Shah
Ditubuhkan1978; 41 tahun yang lalu (1978)
Ibu pejabatBangi, Selangor, Malaysia
Perancang utama
Ir. Dr. Mohamed Fuad Faisal (Pengarah Urusan)
PerkhidmatanLatihan dan perundingan
IndukTenaga Nasional Berhad
Laman sesawangwww.tnbilsas.com.my

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai TNB ILSAS; dahulu dikenali sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah) ialah cabang latihan dan perundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ditubuhkan pada tahun 1978 dan diperbadankan sebagai anak syarikat TNB pada September 2008, ILSAS telah menjalankan perniagaan latihan dan perundingan di Malaysia selama hampir empat dekad.[1]

Ia merekabentuk dan memudahkan program latihan untuk TNB, Suruhanjaya Tenaga , Agensi Kerajaan dan Pembekal Kuasa Bebas (IPP) mengenai program kecekapan teknikal. ILSAS juga membina modal insan bagi pasaran modal Malaysia menerusi Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik, Program Jurutera Elektrik Kompeten dan Program Kekompetenan Pencantum Kabel. Di samping itu, ILSAS bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membangun, menyelenggara dan mengendalikan Peperiksaan Kompetensi ST sebagai sebahagian daripada operasi pelesenan.[1]

Antara klien-klien TNB ILSAS termasuk Agensi Nuklear Malaysia, Balai Seni Visual Negara, BASF Petronas Chemicals, DRB-HICOM Defence Technologies, Istana Budaya, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysian Newsprint Industries, Proton, Perodua, Tesco, Universiti Multimedia dan lain-lain.[2]

ILSAS diiktiraf oleh Institute of Leadership & Management (ILM) UK Approved Centre di Malaysia sebagai pusat latihan untuk kursus-kursus berkaitan kepemimpinan dan pengurusan.[3][4] ILSAS juga telah menerima pentauliahan daripada satu lagi badan antarabangsa, City & Guilds bagi program latihan teknikal.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "TNB ILSAS: Company profile". TNB ILSAS. Dicapai 23 Mac 2018. 
  2. ^ "TNB ILSAS: List of clients". TNB ILSAS. Dicapai 23 Mac 2018. 
  3. ^ "TNB ILSAS diiktiraf pusat latihan ILM UK". Utusan Malaysia. 30 Januari 2019. Dicapai 15 Mei 2019. 
  4. ^ "TNB ILSAS diiktiraf pusat latihan ILM UK". Berita Harian. 30 Januari 2019. Dicapai 15 Mei 2019. 
  5. ^ Shahrizan Salian (25 November 2017). "Program ILSAS terima akreditasi City & Guilds". Berita Harian. Dicapai 15 Mei 2018. 
  6. ^ "TNB's ILSAS received international recognition". New Straits Times. 24 November 2017. Dicapai 15 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]