Hasan Arifin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Dato' Sri

Hasan bin Arifin

SSAP (Pahang)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rompin, Pahang
Memegang jawatan
5 Mei 2015
Didahului olehJamaluddin Mohd Jarjis
Majoriti8,895
Pengerusi
Tenaga Nasional Berhad
Memegang jawatan
1 Oktober 2021
Didahului olehDato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid
Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Dalam jawatan
19 Oktober 2015 – 5 Mei 2018
Didahului olehDatuk Nur Jazlan Mohamed
Digantikan olehDatuk Ronald Kiandee
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Bukit Ibam
Dalam jawatan
1990–2004
Didahului olehAbdul Jabbar Ibrahim
Digantikan olehMohamad Sahfri Ab Aziz
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Dalam jawatan
2000–2003
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang
Memegang jawatan
1999
Timbalan Menteri Besar Pahang
Dalam jawatan
1995–1999
Ketua UMNO Bahagian Rompin
Memegang jawatan
1990
Didahului olehTan Sri Ir Jamaluddin bin Mohd Jarjis
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan
Dalam jawatan
1984–1986
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan
Dalam jawatan
1978–1984
Butiran peribadi
Lahir (1953-04-28) 28 April 1953 (umur 68)
Kg Simpang Sepayang Kuala Rompin, Pahang Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Sri Rozidah Binti Karim
Alma materUniversiti Malaya, Asian Institute Of Management, Manila, Filipina
PekerjaanAhli politik

Dato' Sri Hasan Arifin (lahir 28 April 1953) merupakan seorang ahli politik UMNO dan ahli Parlimen Rompin. Beliau dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)[1], pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin dan juga mantan Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999), mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Pahang, mantan Ketua Bahagian UMNO Rompin dari 1990-2004, mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Kebangsaan dan mantan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang.[2]Pada peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang.

Selain itu dalam dunia korporat, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang, Ahli Lembaga Pengarah Felda, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hasan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, Manila, Filipina.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Korporat[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Di TNB, beliau menggantikan Dato' Seri Mahdzir Khalid yang melepaskan jawatan pada 30 September 2021 apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Politik[sunting | sunting sumber]

Hasan mula menyertai Umno pada tahun 1976 dan kemudian dilantik menjadi ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan pada 1978. Beliau menjadi Ketua Pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin dengan memegang jawatan yang sama pada 1986.

Semasa menjadi ADUN Bukit Ibam, Hasan berjaya membangunkan Projek Sawah Padi Paya Laka seluas 4,451.4 hektar di Kampung Sepayang Kuala Rompin dan 6,070 hektar sawah padi di Paya Setajam, Kampung Setajam. Beliau juga bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng yang sehingga kini menjadi antara nadi kegiatan ekonomi Pahang. Selain itu memainkan peranan untuk memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara[sunting | sunting sumber]

Hasan telah dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk mengetuai jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan dilantik oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia pada 19 Oktober 2015. Beliau mengambil alih dari Nur Jazlan Mohamed yang meletak jawatan dari PAC selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri oleh Najib.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi PAC (Oktober 2015-Mei 2018)
  • Ahli Majlis tertinggi UMNO (2000-2003)

Penjawat awam[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya beliau memulakan kerjayanya dengan agensi perkayuan Pahang iaitu Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA).

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Semasa jawatannya sebagai pengerusi PAC, Hasan dituduh mengganggu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad yang melibatkan Perdana Menteri Najib ketika itu oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan ahli PAC Tony Pua.[3] Dia dituduh mempunyai, antara yang lain, enggan menelepon saksi tambahan sebelum PAC,[4] memotong bukti dari laporan 1MDB PAC[5] dan mengabaikan bukti yang penting untuk siasatan.[6] Berikutan pelantikannya, permintaan untuk membuka semula siasatan ditolak[7] dan kemudiannya mendedahkan bahawa dia telah membuat percubaan untuk melindungi Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, lelaki yang menjadi pusat kepada skandal 1MDB, dengan menyunting bahagian yang melibatkan Low dalam laporan PAC.[8] Terdahulu, beliau juga telah membatalkan keputusan pendahulunya untuk memanggil Low kepada PAC untuk disoal siasat.[9]

Menurut bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi, pendengaran PAC mengenai kegagalan 1MDB pada tahun 2010 dan 2015 tidak ada kekecohan di mana Hassan sebagai Pengerusi PAC bersama anggota PAC Abdul Rahman Dahlan bersama ahli perniagaan buruan, Jho Low berkomplot untuk merancang hasil perbincangan.[10] Hassan dan Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen dari BN, didedahkan oleh Shahrol untuk menjadi konflik kepentingan kerana mereka adalah sebahagian daripada ahli PAC yang melatihnya mengenai apa yang dikatakan semasa pendengaran PAC.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/sp/newssports.php?id=1180330
  2. ^ "Hasan taruhan BN di Rompin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-19. Dicapai pada 2015-04-19.
  3. ^ "PAC never had the chance to question Najib over 1MDB, says Pua". The Malaysian Insight. 24 March 2018. Dicapai pada 26 March 2019.
  4. ^ "More witnesses will delay 1MDB probe report, says PAC chief". Malaysiakini. 9 February 2016. Dicapai pada 26 March 2019.
  5. ^ "Pua: Lines deleted by PAC chief from 1MDB report are crucial". Malaysiakini. 20 April 2016. Dicapai pada 26 March 2019.
  6. ^ "Malaysia's Probe into 1MDB Fund Was Flawed". Tom Wright and Bradley Hope. 26 May 2016. Dicapai pada 26 March 2019.
  7. ^ "No need to reopen 1MDB investigations: Malaysia's Public Accounts Committee". Channel NewsAsia. 15 June 2017. Dicapai pada 26 March 2019.
  8. ^ "Sarawak Report reveals alleged second Bank Negara letter". Malaysiakini. 8 July 2016. Dicapai pada 26 March 2019.
  9. ^ "'I'll never give it a rest,' Pua tells Johari on 1MDB". Free Malaysia Today. 21 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-26. Dicapai pada 26 March 2019.
  10. ^ Emir Zainul (1 October 2019). "1MDB Watch: Shahrol met with PAC chairman after hearing to discuss report". The Edge Markets. Dicapai pada 3 October 2019.
  11. ^ "Shahrol: I was coached before and after PAC meetings". The Star Online. 2 October 2019. Dicapai pada 3 October 2019.
  12. ^ Emir Zainul (2 October 2019). "Shahrol told to leave the country to avoid PAC hearing". The Edge Financial Daily. EdgeProp.My. Dicapai pada 3 October 2019.