TNB Remaco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd.
Anak syarikat
IndustriTenaga kuasa
Ditubuhkan1995; 24 tahun yang lalu (1995)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
Anuar Yusoff (Pengarah Urusan)
PerkhidmatanPembaikan dan penyelenggaraan
IndukTenaga Nasional Berhad
Laman sesawangwww.tnbremaco.com.my

TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd., juga dikenali sebagai TNB Remaco merupakan anak syarikat penyelenggaraan milik penuh Tenaga Nasional Berhad, yang terutamanya terlibat dalam industri tenaga. Ia menawarkan perkhidmatan dalam pembaikan dan penyelenggaraan (R&M) untuk peralatan loji kuasa. Syarikat itu juga giat membekalkan alat ganti dan operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan untuk pelbagai loji janakuasa.[1] TNB Remaco juga mempunyai operasinya di luar negara termasuk Pakistan, Arab Saudi dan Kuwait serta menjalankan kerja-kerja di Myanmar, Indonesia, Brunei, Yemen dan Singapura.[2]

TNB Remaco ditubuhkan sebagai unit di bawah Lembaga Letrik Negara (LLN) pada 1979 sebagai Kumpulan Penyelenggaraan Berpusat yang menjalankan kerja-kerja baik pulih dan perkhidmatan turbin. Sejajar dengan penswastaan LLN pada 1990, unit tersebut berkembang dan menjadi satu daripada syarikat swasta yang dikenali sebagai TNB Remaco pada 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh TNB. Pada tahun 2016, TNB Remaco menerima bagi kategori Kecemerlangan Industri dalam Kejuruteraan di Anugerah Perniagaan Utusan 2015.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Operation and Maintenance: TNB Remaco Tenaga Nasional Berhad. Dicapai pada 4 April 2014.
  2. ^ TNB Remaco to spread wings overseas KINIBIZ (8 Julai 2013). Dicapai pada 10 April 2014.
  3. ^ Zunaidah Zainon (2 Mac 2016). Anugerah Utusan lonjak nama TNB Remaco Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]