Interchange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Interchange
Interchange.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahDain Said
PenerbitNandita Solomon
Michael Lake
PenulisDain Said[1]
Lakon layar oleh
Dibintangi oleh
SinematografiJordan Chiam
Disunting olehHerman K. Panca
Syarikat
penerbitan
Apparat
PengedarGSC Movies (Malaysia)[2]
Reel Suspect (Antarabangsa)[3]
XYZ Films (Amerika Utara)[4]
Mula ditayangkan
1 Disember 2016
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 3.1 Juta
Pecah panggungRM 497,135

Interchange merupakan sebuah filem seram ngeri misteri Malaysia 2016[5] arahan Dain Said dengan skrip oleh Dain, Nandita Solomon, Redza Minhat dan June Tan. Dibintangi oleh Iedil Putra, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Junad M. Nor. Filem ini mengisahkan kehidupan Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang tergangu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) dalam melakukan siasatan dalam beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur. Ketika ini, dia bertemu dengan Iva (Prisia Nasution), seorang pawang yang ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra). Iva pula dalam perjalanan membebaskan jiwa suku kaumnya dari dalam plat kaca negatif pada masa lampau.[6] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Disember 2016.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang kerjayanya setiap hari ialah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa kameranya. Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man (Shaheizy Sam) yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.

Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva (Prisia Nasution) yang merupakan jiran barunya. Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta. Iva mendedahkan bahawa dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun. Dirinya ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra).

Seabad yang lalu, seorang etnografi dari Eropah telah mengambil gambar suku kaumnya sehingga telah memerangkap jiwa mereka ke dalam plat kaca negatif. Sejak hari itu, Iva telah mengembara ke seluruh Asia untuk berusaha mengembalikan jiwanya supaya dia boleh mati dengan tenang. Belian, semangat suku kaumnya merupa bentuk sebagai manusia untuk memastikan dia tidak menyeleweng daripada tugasnya. Adam mahu membantu Iva mencapai usahanya untuk mati dengan tenang. Untuk berbuat demikian, Adam perlu melangkah ke dalam dunia Iva yang penuh dengan pembunuhan, keghairahan dan ilmu hitam. [7]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Nadiya Nisaa turut berlakon dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mula dibincangkan di internet pada April 2012.[11]

Draf skrip untuk filem ini telah mula dihasilkan oleh Daim Said ketika dia membuat suntingan untuk filem Bunohan selama tiga minggu di Thailand.[12] Tajuk Interchange dipilih kerana kelihatan stesen Metropolitan Rapid Transit Bangkok dari bilik hotelnya. Filem ini digambarkannya sebagai filem bandar dan lebih komersial jika dibandingkan dengan Bunohan.

Filem ini menjalani pengambaraan di Kuala Lumpur pada Bulan Mac hingga April 2015. Pasca produksi pula selesai pada bulan September 2015[13][14]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Teaser pertama filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 12 Mei 2016.[15] Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Locarno pada bulan Ogos 2016.[16] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Disember 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]