Redza Minhat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Redza Minhat
Akil-KIL.png
Redza sebagai Akil dalam filem KIL.
KelahiranShahredza Minhat
(1980-10-01) 1 Oktober 1980 (umur 38)
Ayer Tawar, Perak, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPenulis skrip, pelakon, model, penganalisa pelaburan
Tahun aktif2003 - kini
Terkenal kerana

Redza Minhat (lahir 1 Oktober 1980) merupakan seorang penulis skrip, pelakon, model dan penganalisa pelaburan Malaysia. Beliau pernah tercalon untuk beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Kemunculan dalam filem pertamanya, Pisau Cukur telah berjaya menyebabkan beliau dikenali ramai.[1]

Walaupun bekerja sebagai seorang penganalisa pelaburan di sebuah institusi kewangan tempatan, namun beliau tetap berlakon apabila mempunyai waktu terluang.[1] Selain itu, beliau juga bekerja sebagai penulis tetap dan pengarah kewangan di Playground Productions.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi bidang penulisan skrip sejak menuntut di sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar[3] dan pernah memenangi anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, Tat Nenas.[1] Selepas itu, beliau menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 yang diterimanya di Festival Teater Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah membuat teater tanpa bayaran sekitar tahun 2003/2004. Teater itu hanya dihadiri oleh enam orang penonton.[1]

Beliau telah berjaya menjadi graduan dalam pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan menghasilkan naskhah termasuklah Gadis Jalan Burmah, Toast dan I Lost The Plot. Beliau juga menceburi dunia lakonan menerusi teater pertamanya, Otak Tak Center. Melalui teater itu, beliau mengenali Bernard Chauly yang merupakan seorang pengarah filem dan drama. Selepas itu, Bernard mempelawanya untuk berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Gol & Gincu The Series dan Goda.[1]

Beliau pernah mengikuti bengkel teater Shakespeare yang diadakan secara percuma di Menara Duta, Sri Hartamas pada setiap Rabu dan Sabtu. Bengkel itu dikendalikan oleh guru teater yang bernama Chris Jacob.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Redza merupakan seorang anak yatim seawal umur tiga tahun apabila bapanya meninggal dunia. Sejak daripada itu, dia telah dibesarkan oleh ibunya.[4]

Beliau telah merancang majlis perkahwinannya sejak 2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Pada 17 Jun 2011, akhirnya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Aidira Khaidir, iaitu "junior"nya ketika menuntut di Universiti Multimedia. Beliau telah mengenali isterinya sejak 10 tahun yang lepas ketika mereka bersama-sama menyertai pementasan teater. Majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis akad nikah.[5]

Pada 7 Mac 2012, isteri beliau telah melahirkan anak pertama mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur[6] dan bayi tersebut diberi nama sebagai Ali. Ali dilahirkan pada pukul 2.13 petang dengan berat sebanyak 3.36 kilogram.

Pada 19 Mac 2017, isteri beliau telah melahirkan anak kedua mereka dan diberi nama Kurnia Amelie.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Nota Hasil
2004 Persembahan Terbaik Beliau telah memenangi kategori ini bersama Megat Sharizal melalui karya Tat Nenas. Kategori ini dicalonkan melalui Festival Teater Malaysia 2004.[7] Menang
2010 Pelakon Harapan Lelaki Kategori ini dicalonkan melalui Festival Filem Malaysia 2010. Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2010. Dicalonkan
2013 Best On-Screen Chemistry Award Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Cristina Suzanne hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh Shout! Awards 2013.[8] Dicalonkan
Hot Guy Award Anugerah ini diterimanya buat pertama kali oleh Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[8] Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2013. Dicalonkan

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan Catatan
2010 Pisau Cukur Faqir Grand Brilliance Sdn. Bhd.
2013 KIL Akil / Kil Grand Brilliance Sdn. Bhd. / Flux Visual Lab
2014 Terbaik Dari Langit Astro Shaw & Playground Film Lakon Layar
2018 Folklore HBO Asia Episod: "Toyol"

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2011 Lightbulb[9] Penyiasat Flux Visual Lab
2012 Pasport Ekspres[10] Narrator Red Films
Lupa ![11] Playground Productions

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Terbitan
2013 Aku, Dia & Tong Sampah Pengacara majlis TV9 Playground Productions
90 Hari Bani
2017 Kekasih Elektrik Amri Astro Citra/Mustika HD Playground Productions
Gadis Kosmos

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2005 Gol & Gincu The Series Red Communications
2008 Goda Red Communications

Program realiti televisyen bersiri[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Nota Terbitan
2012 Hot Guys Who Cook (Musim 1 ; Episod 6) Redza Minhat Diva Universal Dalam rancangan ini, beliau telah menyediakan masakan yang ringkas iaitu mi segera. Antara bahan yang beliau gunakan termasuklah telur, bawang, bawang putih, cili, lobak merah dan sayur-sayuran berdaun dan satu lagi bahan yang dirahsiakan olehnya. Hidangan ini dianggap sebagai cara paling mudah untuk menikmati satu hidangan lengkap dengan adanya daging dan sayur-sayuran.[12] Diva Universal
2013 The Disko Baldi Show Pelbagai 8TV Rancangan ini memaparkan pelbagai isu sosial yang diselitkan dengan jenaka di atas pentas.[13] PhuturePhlow Films

Iklan komersial[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota Terbitan
2011 Diva Universal Raya Promo Akil Beliau telah berlakon bersama Cristina Suzanne untuk iklan yang bertemakan hari raya oleh Diva Universal.[14] Diva Universal
2012 PETRONAS 2012 Deepavali Erman Beliau membuat ucapan khas sempena perayaan Deepavali.[15][16] Petronas
Strangers Beliau menjalankan proses penggambaran di Uzbekistan yang bertemakan hari raya serta ditaja oleh Petronas.[17]

Teater[sunting | sunting sumber]

Terdapat sesetengah persembahan yang beliau tidak berlakon dan hanya menjadi penulis skrip.[2][18]
Tajuk Anjuran
Tat Nenas AROMA Theatre Works
Kelab Malam AROMA Theatre Works
Romeo & Juliet UM
Tunku Kudin UM
Bercakap Dengan Pria AROMA Theatre Works
Otak Tak Center Dramalab
Coffee & Toast! Dramalab
Gadis Jalan Burmah Dramalab / The Actor's Studio
I Lost The Plot Dramalab
ALLAH! The Actor's Studio
Wacky Bar PJ Live Arts
Rancangan Harijadi Terhebat Adli The Actor's Studio
RPT: Scandalicious Issue PJ Live Arts
Medea The Actor's Studio
Money Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Energia Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Serangan Zombi Pertama di Kuala Lumpur The Actor's Studio
KLUE, DOH! PJ Live Arts
Projek Disko Baldi Dreams PJ Live Arts
Projek Disko Baldi in Love PJ Live Arts

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Siti Azira Abdul Aziz (19 November 2009). "Dua 'Dunia' Redza Minhat". The Star. Dicapai 2 Disember 2013. 
  2. ^ a b "Basic Info : Playground Productions". Facebook. Dicapai 2 Disember 2013. 
  3. ^ Dennis Chua (1 Jun 2013). "SHOWBIZ: Cristina's silver screen debut". New Straits Times. Dicapai 3 Disember 2013. 
  4. ^ http://poskod.my/features/im-coming-redza-minhat/
  5. ^ Sudyr (8 Disember 2011). "Redza Minhat Sudah Kahwin 5 Bulan Lepas". Media Hiburan. Dicapai 4 Disember 2013. 
  6. ^ Sudyr (7 Mac 2012). "Isteri Redza Minhat Selamat Lahirkan Bayi Lelaki". OHBULAN!. Dicapai 4 Disember 2013. 
  7. ^ "Pelakon "Banduan Akhir di Sel Akhir": Tuan "Tapai" Faisal". Blogger. 23 September 2010. Dicapai 2 Disember 2013. 
  8. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (19 Oktober 2013). "Shout Awards 2013: Johan & Zizan Ungguli Empat Pencalonan". The Star. Dicapai 30 November 2013. 
  9. ^ Rewan Ishak (2011). LIGHTBULB - Short Film (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Flux Visual Lab. Dicapai 2 Disember 2013. 
  10. ^ Rewan Ishak (2012). SHORT FILM: PASPORT EKSPRES (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Red Films. Dicapai 2 Disember 2013. 
  11. ^ KL48HourFilm (2012). Lupa! (Official Trailer) (dalam bahasa Inggeris). Playground Productions. Dicapai 8 Februari 2014. 
  12. ^ "Show Guide : Episodes". Diva Universal (Asia). Dicapai 3 Disember 2013. 
  13. ^ projekdiskobaldi (2013). The Disko Baldi Show, Sundays, 10.30pm, 8TV (dalam bahasa Inggeris & Melayu). PhuturePhlow Films. Dicapai 8 Februari 2014. 
  14. ^ Rewan Ishak (2011). DIVA UNIVERSAL iklan raya 2011 (dalam bahasa Melayu). Diva Universal (Asia). Dicapai 2 Disember 2013. 
  15. ^ PETRONASOfficial (2012). PETRONAS 2012 Deepavali Group Audition (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Petronas. Dicapai 8 Februari 2014. 
  16. ^ PETRONASOfficial (2012). PETRONAS Deepavali 2012 Greetings: Erman (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Petronas. Dicapai 8 Februari 2014. 
  17. ^ PETRONASOfficial (2012). Strangers (dalam bahasa Inggeris and Melayu & Uzbek). Petronas. Dicapai 2 Disember 2013. 
  18. ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2011). "Kepuasan Main Dalam Stor". Berita Harian. Dicapai 3 Disember 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]