Dain Iskandar Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Dain Said" dilencongkan di sini.
Dain Said
KelahiranDain Iskandar bin Said
Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanFilem dan Fotografi
Pusat pendidikanUniversiti Westminster, London
PekerjaanPengarah filem, penulis skrip, penerbit, pelakon
Tahun aktif2006–kini

Dain Iskandar Said (juga dikenali sebagai Dain Said) merupakan seorang pengarah filem Malaysia. Dari kerjayanya sebagai seorang sutradara, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera pertamanya, Dukun (2007) dan mula mencuri perhatian peminat filem Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Beliau bersama Nandita Solomon menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan filem.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan berkelulusan dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster di London pada tahun 1990.[1]

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[2] Filem kedua arahannya, Bunohan[3] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[4]

Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[5] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[6]

Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penulis skrip Penerbit Pelakon Watak Catatan
2007 Dukun Ya Tidak Tidak Tidak Filem arahan pertama, diharamkan tayangan
2012 Bunohan Ya Ya Eksekutif Tidak
2014 Terbaik Dari Langit Tidak Tidak Tidak Ya Kemunculan khas
2016 Mrs K Tidak Tidak Tidak Ya Loan Shark
Interchange Ya Ya Tidak Tidak
2019 Fly By Night Tidak Ya Tidak Tidak
Wira Tidak Tidak Tidak Ya Raja Kemunculan khas, pos-produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penulis skrip Penerbit Pelakon Watak Saluran TV Catatan
2018 Iman Untuk Bulan Ya Tidak Tidak Tidak Astro First Ekslusif

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Filem Terbaik (Dukun) Menang
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik (Dukun) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]