Istana kota Windsor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana kota Windsor
Windsor, Berkshire in England
Windsor Castle at Sunset - Nov 2006.jpg
Dilihat dari Jalan Jauh
Ralat Lua pada baris 442 di Modul:Location_map: Unable to find the specified location map definition. Neither "Module:Location map/data/Berkshire" nor "Templat:Peta lokasi Berkshire" exists.
Lokasi dalam Berkshire
Koordinat 51°29′0″N 000°36′15″W / 51.48333°N 0.60417°W / 51.48333; -0.60417Koordinat: 51°29′0″N 000°36′15″W / 51.48333°N 0.60417°W / 51.48333; -0.60417
Jenis Three bailey was dengan Menara Ibu bulat
Maklumat tapak
Pemilik Queen Elizabeth II in right of the Crown
Pengguna Royal Household
Dibuka kepada
orang awam
Capaian terhad
Sejarah tapak
Diguna sejak Akhir kurun ke-11 - kini
Bahan Batu Bagshot Heath
Peristiwa First Barons' War, Perang Saudara England

Istana kota Windsor merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Sebagai tempat tinggal DiRaja tertua di Britain yang kekal didiami secara kerap oleh Raja Memerintah berturutan, Istana kota Windsor mewakili perubahan menakjubkan dari pertahanan kuat asas Norman kepada kediaman moden mewah. Dibina sebagai istana kota Busut dan Bertembok (Motte and Bailey) dari kayu sekitar 1080, reka bentuk itu luar biasa berdasarkan fakta bahawa ia memiliki dua laman, wad atas dan wad bawah. Bahagian tertua dari istana kota Henry II yang masih tinggal adaah menara bulat yang masih menduduki busut tanah. Ianya pada zaman Henry yang dua blok apartment mewah berasingan dibina, satu bagi digunakan untuk menghiburkan pembesar istananya di wad bawah, dan satu lagi di wad atas bagi kegunaan peribadi Keluarga DiRaja.

Henry III meneruskan kerja pembinaan membesarkan istana kota tersebut, dan membina gereja kecil (chapel), tetapi perubahan paling dramatik dilakukan semasa pemerintahan Edward III pada kurun ke empat belas. Pada tahun 1348 wad bawah diubah menjadi kolej baru St George, dan pada tahun 1357 kerja bermula bagi istana baru gothik di wad atas, di bawah penyeliaan Bishop dari Winchester. Selepas siap kerja besar ini, hanya sedikit berubah sepanjang tempoh zaman pertengahan. Edward IV membina gereja kecil St George masa kini, Henry VII dan cucu perempuannya, Elizabeth I, mengubahsuai apartment negara, Henry VIII membina pintu laluan masuk ke wad bawah, dan Mary Tudor membina tumpangan di sebelah selatan wad bawah.

Ditawan oleh pasukan perliment dan digunakan sebagai penjara semasa Perang Saudara, Istana kota Windsor menerima pembaikpulihan besar selepas pembentukan semula Raja pada tahun 1660. Charles II mengambil masa selama sebelas tahun untuk membina dalaman Baroque terbaik yang pernah dilihat di England, hiasan mewah dengan kayu ukiran Grinling Gibbons, dan lukisan siling oleh Antonio Verrio, sebahagiannya masih kekal sehingga hari ini.

Raja Stuart dan Hanoverian Awal cenderung untuk tinggal di Istana Hampton Court dan kepentingan Istana kota Windsor dengan itu merosot. Bagaimanapun, menjelang pengakhiran pemerintahan George III, istana kota ini sekali lagi digunakan bagi kediaman utama Keluarga Diraja. George IV meneruskan tradisi ini, mendudukinya pada tahun 1828. Ianya pada tempoh ini Istana kota Windsor diberikan luaran gothik menonjol, masa kini.

Dengan permahkotaan Ratu Victoria ke takhta, Istana kota Windsor menikmati kemuncaknya. Empayar British berada pada puncaknya, anak-anak Ratu yang ramai telah mengahwini kebanyakan keluarga diraja Eropah, dan kepopularan Victoria menjadikan dirinya dan Windsor, sebagai pusat perhatian seluruh dunia. Tempoh penguasaan Raja dan kejayaannya disedihkan dengan kematian awal Putera Albert di Windsor, pada 14 Disember 1861.

Tidak banyak akan berubah sejak hari itu sehingga kini sekiranya tidak disebabkan kebakaran dashyat 1992. Dengan banyak bilik rasmi negara staterooms) di wad atas binasa, projek pembinaan semula besar-besaran bermula dan disiapkan pada 20 November 1997, tepat lima tahun termasuk hari dari bilamana api marak membakar Istana kota ini. ia merupakan hari yang penuh kegembiraan bagi Ratu, bukan saja menyaksikan hasil pelbagai kemahiran dan kerja keras yang terbabit bagi pemulihan yang lama dan mahal ini, tetapi ia juga bertepatan dengan Perayaan Perkahwinan ke-50 tahunnya. Hari ini Keluarga DiRaja digelar sebagai Rumah Windsor (‘House of Windsor’), dan istana kota ini manarik beribu-ribu pelawat dari seluruh dunia yang ingin menikmati apartment negara yang mengkagumkan dan seni bina mengkagumkan Gereja kecil St George.


Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]