Wangsa Windsor
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Wangsa Windsor (Inggeris: House of Windsor) merupakan wangsa diraja bagi alam Komanwel. Ia diasaskan oleh George V melalui pengisytiharan diraja pada 17 Julai 1917, apabila baginda menukar nama kerabatnya daripada Sachsen-Coburg dan Gotha (cabang daripada Wangsa Wettin) kepada Wangsa Windsor. Ini disebabkan oleh sentimen anti Jerman di United Kingdom ketika Perang Dunia Pertama. Pada masa kini, ahli wangsa ini yang paling terkenal adalah Ratu Elizabeth II yang kini memerintah alam Komanwel.
Pemerintahan[sunting | sunting sumber]
Senarai pemerintah alam Komanwel[sunting | sunting sumber]
Gambar | Nama | Tarikh memerintah | Hubungan dengan pendahulunya |
---|---|---|---|
![]() |
Raja Edward VII | 22 Januari 1901 - 6 Mei 1910 | anakanda lelaki Ratu Victoria dan Putera Albert |
![]() |
Raja George V | 6 Mei 1910 - 20 Januari 1936 | anakanda lelaki Edward VII; pengasas Wangsa Windsor. |
![]() |
Raja Edward VIII | 20 Januari 1936 - 11 Disember 1936 | anakanda lelaki George V; diturunkan takhtanya |
![]() |
Raja George VI | 11 Disember 1936 - 6 Februari 1952 | anakanda lelaki George V & adinda kepada Edward VIII yang diturunkan takhtanya |
![]() |
Ratu Elizabeth II | 6 Februari 1952 hingga sekarang | anakanda perempuan George VI |
Garis masa pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Nama kerabat diraja - royal.gov.uk
- Wangsa Windsor - royal.gov.uk
- Salasilah Wangsa Windsor - royal.gov.uk [Lord Culloden & Albert+Leopold Windsor telah hilang]
Wangsa diraja Wangsa Windsor Cabang kadet bagi Wangsa Wettin
| ||
Didahului oleh Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha |
Wangsa yang memerintah United Kingdom dan negara alam Komanwel yang lain. 1917–kini |
Diikuti oleh: Tiada |