Jaffar Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jaffar Shah
Jaafar Shah pada 1950an
Kelahiran
Jaffar Bin Ahmad Shah

(1928-12-16)16 Disember 1928
Meninggal dunia9 November 1951(1951-11-09) (umur 22–23)
Sebab kematianKemalangan Jalanraya
Tahun aktif1950an
Anak-anakJuliana Jaffar

Jaafar Shah atau nama sebenarnya Jaafar bin Ahmad Shah (16 Disember 1928 – 09 November 1951) Merupakan pelakon filem era 50an dan merupakan datuk daripada pelakon filem dan televisyen, Dato' Aaron Aziz.[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jaffar Shah dilahirkan di Singapura pada 16 Disember 1928. Nama sebenarnya ialah Jaffar Bin Ahmad Shah. Beliau berpendidikan sekolah Melayu darjah enam sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris namun terhenti berikutan penjajahan Jepun ke atas Malaya.

Sebelum menjadi pelakon filem di Malay Film Productions, beliau terlebih dahulu pernah menjadi kelas kapal dan juruteknik di kilang membuat tayar.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dengan berbekalkan bakat dan wajah yang tampan, beliau telah berjaya dalam uji bakat di Studio Jalan Ampas untuk filem tarzan yang berjudul Rimba bersama seniman M. Shariff atau lebih dikenali dengan nama Shariff Dol. Namun begitu filem Rimba dipercayai tidak berjaya dihasilkan dan beliau ditawarkan peranan penjahat/kru di dalam filem Manusia di samping Kasma Booty dan Omar Rojik. Peluang berlakon di samping primadona filem Melayu Kasma Booty merupakan batu loncatan buat beliau untuk dikenali oleh peminat filem Melayu.

Namun begitu, kelibat beliau kini hanya dapat di tonton menerusi filem Aladdin sahaja kerana filem Manusia dan Shorga Dunia telah pupus. Beliau pernah menyatakan hasrat untuk memegang peranan baik di dalam filem seterusnya.

Lakonan berkesan beliau dalam filem Manusia telah menaikkan popularitinya sebagai pelakon penjahat. Gaya lakonan watak jahat yang dibawanya telah berjaya menimbulkan kebencian para penonton zaman itu.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 9 November 1951, Dalam usia 23 tahun, Jaffar Shah telah meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal di Mountbatten Road, Singapura. Allahyarham telah gagal mengawal motorsikal yang ditungganginya pada kelajuan 65 km/jam dan tercampak sejauh 171 kaki sebelum terhumban ke dalam longkang.

Berita kematian beliau telah mengejutkan rakan artis di Merdeka Film Productions dan para peminat filem Melayu. Beliau disifatkan sebagai mesra dan peramah serta seorang yang pemurah. Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah perkuburan Bidadari, Singapura pada 10 November 1951.

Rakan-rakan artis dari Malay Film Productions turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berusia 3 bulan.

Namun ketika baru hendak meniti tangga-tangga kemashyuran, beliau telah dijemput menemui Maha Pencipta. Ketika kematiannya, filem Shorga Dunia dan Aladdin masih belum ditayangkan lagi di panggung. Oleh itu, beliau tidak berkesempatan untuk melihat reaksi penonton filem atas lakonannya.

Gelar[sunting | sunting sumber]

Seniman Jaffar Shah digelar sebagai "James Dean of Malaya" Karena mempunyai ciri-ciri serupa pelakon Hollywood, James Bryron Dean.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Bagi mengenang jasa Seniman Jaffar Shah, satu persembahan amal telah di adakan di Happy World, Singapura. Persembahan amal ini berlangsung selama 3 malam berturut-turut mulai dari 3 - 5 Februari 1952. Acara amal ini bertujuan untuk membuat kutipan derma buat balu dan anak perempuannya.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Catatan
1951 Manusia Filem pertama sebelum kematian beliau
1952 Shorga Dunia Ditayangkan selepas kematian beliau
Aladdin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kisah Hidup Jaffar Shah "James Dean of Malaya", Datuk Kepada Aaron Aziz #AaronAziz #JaffarShah, dicapai pada 2024-04-03
  2. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-03.
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-03.