Jakub Błaszczykowski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jakub Błaszczykowski
Jakub Błaszczykowski3.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1985-12-14) 14 Disember 1985 (umur 32)
Tempat lahirTruskolasy,[1] Poland
Ketinggian1.75 m (5 ft 9 in)
Posisi permainanPemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniWolfsburg
Nombor14
Kerjaya remaja
1993–2002Raków Częstochowa
2002Górnik Zabrze
2003KS Częstochowa
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2004KS Częstochowa24(11)
2005–2007Wisła Kraków51(3)
2007–2016Borussia Dortmund197(27)
2015–2016Fiorentina (dipinjam)15(2)
2016–VfL Wolfsburg1(0)
Pasukan kebangsaan
2004Poland B198(0)
2005–2006Poland B213(1)
2005Poland B1(0)
2006–Poland89(18)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 29 Ogos 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 14 November 2016

Jakub "Kuba" Błaszczykowski (ˈjakub bwaʂt͡ʂɨˈkɔfskʲi Pl-Jakub_Błaszczykowski.ogg; lahir 14 Disember 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Poland yang bermain untuk kelab Wolfsburg. Beliau menjadi kapten pasukan kebangsaan Poland ketika UEFA Euro 2012.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski telah dilahirkan di Truskolasy berdekatan Częstochowa. Ketika beliau berusia lapan tahun, beliau bersama abang beliau, David mula berlatih di Raków Częstochowa. Pada September 1996, ketika berusia 10 tahun, beliau kehilangan ibunya dalam satu tragedi dan beliau terpaksa tinggal bersama nenek beliau. Beliau terpaksa melupakan bola sepak tetapi pak cik beliau, Jerzy Brzęczek, bekas pemain pasukan kebangsaan Poland membenarkan Jakub berlatih di Raków Częstochowa selama dua bulan. Pada 2002, Jakub menyertai Górnik Zabrze dalam remaja. Pada awal 2003, beliau menyertai KS Częstochowa dan bermain di divisyen keempat Poland sehingga akhir 2004.

Wisła Kraków[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski akhirnya masuk ke pasukan Wisła yang bermain di Ekstraklasa iaitu liga tertinggi Poland. Jakub bersama Wisła memenangi gelaran Ekstraklasa dalam debut Jakub pada musim tersebut dan pasukan Jakub menjadi naib juara dalam musim berikutnya. Beliau telah memenangi "Pemain Tengah Terbaik" dalam divisyen teratas Poland. Beliau juga dinamakan dalam "Ekstraklasa Best XI" pada 2006–07 dalam undian Persatuan Bola Sepak Poland.[2]

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski bersama Borussia Dortmund pada 2007

Pada Februari 2007, Błaszczykowski menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Borussia Dortmund yang bermain di liga teratas Jerman, pada Julai 2007. Beliau kebiasaannya bermain di posisi sayap.

Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk Dortmund pada 25 April 2008 dalam keputusan seri 1–1 menentang Eintracht Frankfurt.

Pada Disember 2008, beliau telah diundi sebagai Pemain Terbaik Poland[3] dan sebulan kemudian pada Januari 2009, beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Borusia Dortmund oleh para peminat mengalahkan Neven Subotić dan Alexander Frei. Pemain tengah Poland itu menerima 35 peratus undian.

Dalam musim 2008–09, beliau telah mengalami kekoyakan pada otot.[4]

Błaszczykowski bersama Borussia Dortmund memenangi gelaran Bundesliga dua kali berturut-turut dalam musim 2010–11 dan 2011–12. Beliau juga memenangi DFB-Pokal 2011–12 dengan membuat dua hantaran dalam perlawanan akhir 5–2 ke atas Bayern Munich.[5] Sehingga 2012, beliau bermain dengan menggunakan nama jersinya, 'Kuba'.[6]

Pada Julai 2012, Błaszczykowski telah dinamakan oleh UEFA iaitu Anugerah 32 Pemain Terbaik Eropah.[7] Pada 24 Julai 2012, beliau menandatangani kontrak baru bersama Borussia Dortmund. Dengan itu, beliau bersama kelab Jerman itu sehingga 2016.[8][9]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski menjaringkan gol kedua untuk Dortmund dalam perlawanan DFB-Pokal pada 18 Ogos 2012.[10] Pada 25 Januari 2013, Błaszczykowski menjaringkan dua gol dalam 21 minit pertama menentang 1. FC Nürnberg dengan menghantar Dortmund ke tangga kedua liga dengan perbezaan sembilan mata kepada juara Bayern.[11]

Beliau menjaringkan gol ketiga Dortmund, 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk pada 5 Mac dengan melengkapkan agregat 5-2 ke atas juara Ukraine dan Dortmund berjaya melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara.[12] Keputusan itu memastikan pasukan Yellow-Blacks berjaya ke suku akhir buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun.[13]

Pada 2 Jun 2013, Błaszczykowski menandatangani kontrak baru bersama Borussia Dortmund, beliau kekal bersama kelab Jerman itu sehingga 2018.[14]

2013–14[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2013, Błaszczykowski memenangi Piala Super DFL 2013 bersama Dortmund menewaskan musuh utama, Bayern Munich dengan keputusan 4-2.[15] Pada 26 Oktober 2013, Błaszczykowski menjaringkan satu gol untuk Dortmundscored dalam perlawanan Revierderby menentang musuh utama Schalke, 3–1 memihak kepada Dortmund.[16]

Pada 25 Januari 2014, Błaszczykowski telah mengalami kecederaan serius pada kaki dalam perlawanan seri 2–2 menentag Augsburg di mana beliau terpaksa berehat sepanjang musim 2013-14.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski bermain untuk Poland ketika menentang Hungary pada 2011

Błaszczykowski membuat debut untuk pasukan kebangsaan Poland pada 28 Mac 2006 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi. Walau bagaimanapun, Błaszczykowski tidak menerima panggilan untuk menyertai Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman disebabkan kecederaan.[17]

Błaszczykowski menjaringkan gol pertamanya untuk Poland pada 22 Ogos 2007 dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia.[18] Beliau merupakan pemain penting Poland dalam kempen kelayakan UEFA Euro 2008.[19] Beliau telah tersenarai dalam skuad Poland untuk UEFA Euro 2008 tetapi alami kecederaan.[20]

Błaszczykowski menjadi kapten pasukan Poland pada 2013

Pada 17 November 2010, dalam perlawanan persahabatan menentang Côte d'Ivoire, Błaszczykowski membuat debut sebagai kapten pasukan kebangsaan Poland.

Euro 2012[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Jun 2012, dalam perlawanan pembukaan UEFA Euro 2012 menentang Greece, beliau membuat hantaran kepada Robert Lewandowski, Poland seri 1-1. Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Rusia, beliau menjaringkan gol dari jarak jauh, seri 1-1. Beliau menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[21]

Kelayakan Piala Dunia 2014[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski menjadi penjaring terbanyak Poland dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dengan empat gol. Jaringan pertamanya ketika menentang Montenegro dengan keputusan 2-2. Gol keduanya hadir empat hari kemudian apabila Poland menumpaskan Moldova, 2-0. Beliau tidak memasuki perlawanan seri 1-1 menentang England akibat kecederaan. Beliau membuat hantaran kepada Piszczek ketika menewaskan Ukraine, 3-1. Beliau juga tidak memasuki perlawanan menentang San Marino akibat dibelenggu kecederaan ketika memanaskan badan sebelum perlawanan bermula. Pada 7 Jun 2013, beliau menjaringkan gol ketiganya ketika kempen kelayakan ketika menentang Moldova, Poland seri 1-1.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Błaszczykowski (kanan) bersama Wojciech Szczęsny sebelum perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland.
# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 22 Ogos 2007 Stadium Lokomotiv, Moscow, Rusia  Rusia 2–2 2–2 Persahabatan
2. 11 Oktober 2008 Stadium Silesian, Chorzów, Poland  Republik Czech 2–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia 2010
3. 3 Mac 2010 Stadion Polonii Warszawa, Warsaw, Poland  Bulgaria 1–0 2–0 Persahabatan
4. 9 Oktober 2010 Toyota Park, Chicago, Amerika Syarikat  Amerika Syarikat 2–2 2–2 Persahabatan
5. 10 Ogos 2011 Stadion Zagłębia Lubin, Lubin, Poland  Georgia 1–0 1–0 Persahabatan
6. 6 September 2011 PGE Arena Gdańsk, Gdańsk, Poland  Jerman 2–1 2–2 Persahabatan
7. 7 Oktober 2011 Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul, South Korea  Korea Selatan 2–2 2–2 Persahabatan
8. 11 Oktober 2011 BRITA-Arena, Wiesbaden, Jerman  Belarus 1–0 2–0 Persahabatan
9. 2 June 2012 Polish Army Stadium, Warsaw, Poland  Andorra 3–0 4–0 Persahabatan
10. 12 Jun 2012 Stadium Nasional, Warsaw, Poland  Rusia 1–1 1–1 UEFA Euro 2012
11. 7 September 2012 Stadium Podgorica City, Podgorica, Montenegro  Montenegro 1–0 2–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
12. 11 September 2012 Stadion Miejski, Wrocław, Poland  Moldova 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
13. 7 Jun 2013 Stadium Zimbru, Chișinău, Moldova  Moldova 1–0 1–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
14. 10 September 2013 Stadio Olimpico, Serravalle  San Marino 2–1 5–1 Kelayakan Piala Dunia 2014

Kerjaya statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Liga Domestik Piala Domestik[22] Eropah[nb 1] Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
KS Częstochowa 2002–03 III Liga 2 0 2 0
2003–04 13 5 13 5
2004–05 9 6 9 6
Wisła Kraków 2004–05 Ekstraklasa 11 1 4 1 15 2
2005–06 17 0 2 0 1 0 20 0
2006–07 23 2 1 1 8 0 32 3
Borussia Dortmund 2007–08 Bundesliga 24 1 3 0 27 1
2008–09 27 3 0 0 2 0 29 3
2009–10 32 1 2 0 34 1
2010–11 29 3 1 0 7 0 37 3
2011–12 29 6 6 0 5 1 40 7
2012–13 27 11 4 2 10 1 41 14
2013–14 6 1 1 0 2 0 9 1
Jumlah KS Częstochowa 24 11 24 11
Jumlah Wisła Kraków 51 3 7 2 9 0 67 5
Jumlah Borussia Dortmund 174 26 17 2 26 2 217 30
Jumlah kerjaya 249 40 24 4 35 2 308 46

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Wisła Kraków
Borussia Dortmund
Individu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="bio">"Informacje – Jakub Błaszczykowski". Dicapai 27 July 2011. 
  2. ^ "Wyniki wyborów". pzp.info.pl. Dicapai 16 June 2012. 
  3. ^ name=poty>"Błaszczykowski najlepszym piłkarzem roku". Wirtualna Polska (dalam bahasa Polish). 13 December 2008. Dicapai 13 March 2009. 
  4. ^ name=tlm>"Beenhakker names Poland World Cup qualifying squad". The Associated Press. 13 March 2009. Dicapai 13 March 2009. 
  5. ^ "Król Lewandowski, Borussia z pucharem!" (dalam bahasa Polish). przegladsportowy.pl. 12 May 2012. Dicapai 12 May 2012. 
  6. ^ "Wraca nazwisko. Czy w Borussii?". kubablaszczykowski.pl. Dicapai 17 July 2012. 
  7. ^ "UEFA Best Player in Europe Award contenders". uefa.com. Dicapai 17 July 2012. 
  8. ^ "Blaszczykowski signs new Dortmund deal until 2016". Goal.com. 24 July 2012. Dicapai 24 July 2012. 
  9. ^ "Blaszczykowski signs new deal". ESPN Soccernet. 24 July 2012. Dicapai 24 July 2012. 
  10. ^ "SHOCK FOR HOFFENHEIM AS DFB CUP CRANKS INTO GEAR". Bundesliga. 18 August 2012. Dicapai 6 March 2013. 
  11. ^ "Dortmund up to second". ESPN FC. 25 January 2013. Dicapai 6 March 2013. 
  12. ^ "Borussia Dortmund 3 Shakhtar 0 (agg 5–2): Gotze and Co show ruthless streak to seal progression to quarter-finals". Daily Mail. 5 March 2013. Dicapai 6 March 2013. 
  13. ^ "Devastating Dortmund sweep Shakhtar aside". UEFA. 5 March 2013. Dicapai 6 March 2013. 
  14. ^ "Transfer news: Jakub Blaszczykowski signs five-year deal with Borussia Dortmund". SkySports. 3 June 2013. Dicapai 3 June 2013. 
  15. ^ "Dortmund prevail over Bayern in Supercup thriller". bundesliga.com. 27 July 2013. Dicapai 5 November 2013. 
  16. ^ "Dortmund trump Schalke in Ruhr derby". bundesliga.com. 26 October 2013. Dicapai 30 October 2013. 
  17. ^ "Janas: Błaszczykowski i Janczyk mogli jechać na mundial". pilka.pl. Dicapai 13 June 2012. 
  18. ^ name=russia>"Poland rallies to draw 2–2 with Russia in friendly ahead of key Euro 2008 qualifiers". Associated Press. 22 August 2008. Dicapai 13 October 2008. 
  19. ^ name=injury
  20. ^ name=injury>Milosavljevic, Zoran (5 June 2008). "Blaszczykowski out of finals". Reuters. Dicapai 13 October 2008. 
  21. ^ "'Kuba' crowned for captain's performance". uefa.com. Dicapai 13 June 2012. 
  22. ^ group="nb">Termasuk DFB-Pokal dam Piala Super DFL
  23. ^ name=r1>"Wyniki plebiscytu na najlepszych zawodników 2010 roku". pzpn.pl. Dicapai 16 June 2012. 
  24. ^ name=r1
  25. ^ "Kuba Błaszczykowski wygrał plebiscyt Sportu". gazeta.pl. Dicapai 31 August 2011. 
  26. ^ "Jakub Błaszczykowski wygrał plebiscyt "Sportu"". sportowefakty.pl. Dicapai 31 August 2011. 
  27. ^ "Kuba piłkarzem roku Borussii!". sport.interia.pl. Dicapai 31 August 2011. 


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "nb" ada tetapi tag <references group="nb"/> yang sepadan tidak disertakan