Robert Lewandowski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Robert Lewandowski
Robert Lewandowski FCB.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Robert Lewandowski
Tarikh lahir (1988-08-21) 21 Ogos 1988 (umur 29)
Tempat lahir Warsaw, Poland
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Bayern Munich
Nombor 9
Kerjaya remaja
1997–2005 Delta Warsaw
2005–2006 Legia Warsaw II
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006–2008 Znicz Pruszków 32 (21)
2008–2010 Lech Poznań 58 (32)
2010–2014 Borussia Dortmund 131 (74)
2014– Bayern Munich 96 (77)
Pasukan kebangsaan
2008 Poland B21 3 (0)
2008– Poland 87 (46)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 20:36, 8 November 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 8 November 2014

Robert Lewandowski (ˈrɔbɛrt lɛvanˈdɔfskʲi Robert-Lewandowski.ogg; lahir 21 Ogos 1988) merupakan pemain bola sepak Poland yang bermain sebagai penyerang di kelab Bundesliga iaitu Bayern Munich dan menjadi kapten pasukan untuk pasukan kebangsaan Poland.

Selepas menjadi penjaring terbanyak di divisyen kedua Poland apabila bersama dengan Znicz Pruszków, beliau berpindah ke liga atasan iaitu Lech Poznań dan menjadi penjaring terbanyak dan memenangi liga pada musim 2009-10. Pada 2010, beliau berpindah ke Borussia Dortmund dengan bayaran sebanyak €4.5 juta di mana beliau banyak membantu Dortmund untuk menjulang trofi Bundesliga. Sebelum bermulanya musim 2014, beliau berpindah ke Bayern Munich.

Beliau memasuki perlawanan antarabangsa penuh bersama Poland sejak 2008. Lewandowski telah memiliki lebih 60 kaps dan sebahagian dari pasukan Poland untuk UEFA Euro 2012 yang dianjurkan Poland bersama Ukraine.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bapa Lewandowski, Krzysztof (meninggal pada 1995),[2] merupakan seorang juara judo Poland dan bermain bola sepak untuk kelab Hutnik Warszawa di divisyen kedua.[3] Ibu Lewandowski, Iwona, merupakan bekas pemain bola tampar untuk AZS Warszawa dan kemudian menjadi naib presidenan Partyzant Leszno.[4][5] Kakak Lewandowski, Milena, juga bermain bola tampar dan termasuk dalam pasukan bawah-21.[6] Isteri Lewandowski, Anna Stachurska, memenangi pingat gangsa dalam Piala Dunia Karate 2009.[7] Mereka berkahwin pada 22 Jun 2013 di Warsaw..[8]

Lewandowski seorang penganut Katolik..[9][10] Beliau bertemu dengan Paus Francis pada Oktober 2014 ketika Bayern Munich melawat Kota Vatikan berikutan kemenangan 7-1 ke atas AS Roma.[11]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Lewandowski memulakan kerjayanya di Varsovia di mana di sana beliau bersama Varsovia selama tujuh tahun.[12] Berikutan tahunnya beliau berpindah ke Delta Warsaw di mana beliau akhirnya bersama satu pasukan bola sepak sebenar dengan menjaringkan empat gol.[13]

Pada musim 2006–07, Lewandowski menjadi penjaring terbanyak di divisyen ketiga Poland dengan menjaringkan 15 gol.[14] Musim berikutnya beliau menjadi penjaring terbanyak dalam divisyen kedua Poland dengan menjaringkan 21 gol.[15]

Lech Poznań[sunting | sunting sumber]

Lewandowski bermain untuk Lech Poznań pada musim 2009-10.

Pada Jun 2008, Lech Poznań menandatangani Lewandowski dari Znicz dengan bayaran sebanyak 1.5 juta Złoty.[16][17] Dalam masa yang awal, ejen Lewandowski, Cezary Kucharski menawarkan beliau ke bekas kelab Kucharski, Sporting Gijón di mana kelab itu bermain di La Liga selepas 10 tahun di liga bawahan. Bagaimanapun, Sporting menolak tawaran itu.[18]

Beliau membuat debut pertama bersama Lech pada Julai 2008 sebagai pemain gantian dalam pusingan pertama kelayakan Piala UEFA menentang Khazar Lenkoran dari Azerbaijan. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pertamnya. Dalam debut di Ekstraklasa pula, ketika Lech menentang GKS Bełchatów, beliau menjaringkan gol ketika empat minit selepas memasuki separuh masa kedua. Dalam musim pertamnya di divisyen tertinggi Poland, beliau menjadi penjaring terbanyak kedua. Dalam musim seterusnya, beliau menjadi penjaring terbanyak dengan menjaringkan 18 gol dan membantu pasukannya untuk menjadi juara liga pada musim 2009–10.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Lewandowski bersama Borussia Dortmund pada 2010.

Banyak spekulasi menyatakan Lewandowski akan berpindah ke kelab lain[19][20] beliau menyertai kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada Jun 2010 dengan menandatangani kontrak selama empat tahun[21] dengan bayaran sebanyak sekitar 4.5 juta.[22] Pada 19 September, beliau menjaringkan gol pertamnya di Bundesliga dalam perlawanan menentang Schalke 04 dengan keputusan perlawanan 3-1.[23]

Musim 2011-12[sunting | sunting sumber]

Lewandowski meraikan kemenangan Bundesliga dan DFB-Pokal bersama Borussia Dortmund pada 2012

Lewandowski memulakan perlawanan liganya dalam perlawanan 2–0 menentang 1. FC Nürnberg pada 20 Ogos 2011.[24] Pada 1 Oktober, Lewandowski membuat hantaran dan hat-trick menentang FC Augsburg, 4-0[25] berikutan kekalahan 3-0 kepada Olympique de Marseille dalam Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.[26] Dortmund melonjak ke tangga kedua liga selepas kemenangan besar 5-0 ke atas 1. FC Köln pada 22 Oktober.[27] Dortmund jelajah ke SC Freiburg pada 17 Disember dan Lewandowski membuat hantaran untuk Kevin Großkreutz dan menjaringkan gol sebanyak dua kali, Dortmund menang mudah 4-1.[28] Dalam persembahan terbaik beliau, beliau disenaraikan sebagai "Pemain Terbaik Poland".[29]

Berikutan musim sejuk, pada 22 Janauri 2012, Dortmund membelasah Hamburger SV 5–1 untuk ke tangga ke atas bersama musuh ketat Bayern Munich.[30] Beliau menjaringkna gol kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich pada 11 April.[31] Keputusan itu memberikan Dortmund enam mata untuk menjadi gelaran juara dengan hanya empat perlawanan lagi.[32] Pada 21 April, Lewandowski membuat hantaran kepada Shinji Kagawa pada minit ke-59 dalam perlawanan menentang Borussia Mönchengladbach, 2-0.[33] Dalam perlawanan akhir kempen Bundesliga, Lewandowski menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan membelasah Freiburg 4–0.[34]

Lewandowski menghabiskan tahun tersebut sebagai pemain ketika sebagai penjaring gol terbanyak dengan 22 gol dan enam hantaran.[35]

Dalam perlawanan akhir musim buat Dortmund, Lewandowski menjaringkan hat-trick dalam perlawanan akhir DFB-Pokal, keputusan memihak kepad Dortmund menang 5–2 ke atas Bayern Munich di mana Dortmund memiliki dua trofi berturut-turut dalam satu musim.[36][37] Lewandowski menghabiskan DFB-Pokal dengan menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol daripada enam perlawanan.[38]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Lewandowski bersama Dortmund sedang menandatangani autograf, 2013.

Lewandowski membuat pemunculan pertama dalam kempen Bundesliga dalam perlawanan Dortmund menentang Werder Bremen 2-1 dalam hari pembukaan musim baru.[39] Jaringan pertamanya dalam perlawanan menentang Bayer Leverkusen, 3-0 pada 15 September 2012.[40] Beliau membuat rekod baru dengan menjaringkan gol berturut-turut dalam 12 perlawanan liga konsekutif mengalahkan rekod Friedhelm Konietzka dari musim 1964–65.[41] Beliau menghabiskan musim ini dengan 24 gol liga dengan satu gol untuk memotong penjaring terbanyak Bundesliga, Stefan Kießling. Walau bagaimanapun, Lewandowski tertinggal tiga perlawanan termasuk dua kad kuning dan satu kad merah.

Dalam Liga Juara-Juara musim 2012-13, Lewandowski menjadi penyelamt Dortmund dengan menjaringkan gol kemenangan 1-0 pada minit ke-87 ketika menetang Ajax.[42] Direktor Borussia Dortmund Michael Zorc menyatakan Lewandowski tidak akan memperbaharui kontraknya dan akan meninggalkan Dortmund pada musim panas 2013 atau selepas musim 2013-14.[43]

Pada 24 April 2013, Lewandowski menjadi pemain pertama menjadi hat-trick dalam separuh akhir Liga Juara-Juara ketika Dortmund menewaskan juara Sepanyol, Real Madrid 4–1 dalam perlawanan pertama.[44][45] Pada 25 Mei, beliau bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara namun Dortmund tewas 2-1 oleh Bayern Munich.[46]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Lewandowski bersama Dortmund pada 2013.

Pada 27 Julai 2013, Lewandowski bersama Dortmund memenangi Piala Super DFL ke atas Bayern Munich, 4-2.[47] Jaringan pertamanya dalam musim 2013-14 apabila Dortmund menewaskan Augsburg 4-0 dalam perlawanan pembukaan Bundesliga pada 10 Ogos.[48] Pada 1 November, beliau menjaringkan hat-tricknya dalam perlawanan Bundesliga 6–1 ke atas VfB Stuttgart.[49]

Pada 25 Februari 2014, Lewandowski menjaringkan gol sebanyak dua kali dalam perlawanan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Zenit Saint Petersburg di mana Lewandowski menjadi penjaring terbanyak BVB di kejohanan Eropah mengalahkan Stéphane Chapuisat dengan 16 rekod gol.[50] Beliau menjaringkan gol ke-100nya bersama Dortmund dalam pemunculan ke-182nya dalam perlawanan menumpaskan VfL Wolfsburg dalam separuh akhir DFB-Pokal pada 16 April 2014 dan memakai jersi bernombor 100 pada hari tersebut.[51]

Lewandowski menghabiskan musim 2013–14 sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dengan memiliki 20 gol.[52] Beliau juga menjaringkan enam gol di Liga Juara-Juara dan berjaya membantu Dortmund melangkah ke suku akhir.[53] Dalam perlawanan kedua perlawanan 16 terbaik di antara Borussia Dortmund dan Zenit, Lewandowski menerima kad kuning kedua dan beliau terpaksa melupakan perlawanan pertama suku akhir menentang Real Madrid.

Lewandowski bermain untuk perlawanan terakhirnya bersama Dortmund pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2014 menentang Bayern Munich pada 17 Mei, Dortmund tewas 0-2.[54]

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Dalam November 2013, Lewandowski memastikan beliau menandatangani kontrak baru bersama Bayern Munich iaitu musuh utama Borussia Dortmund,[55] di mana berlaku pada 3 Januari 2014 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan menyertai Bayern pada musim 2014–15.[56] Lewandowski menjadi pemain rasmi Bayern Munich pada 9 Julai 2014.[57]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Lewandowski bersama Bayern pada 2014.

Lewandowski memulakan debut pra-musimnya pada 21 Julai 2014.[58] Beliau membuat debut pertama bersama kelab barunya dalam perlawanan tewas 2-0 kepada kelab lama Lewandowski, Borussia Dortmund dalam Piala Super DFL pada 13 Ogos 2014.[59] Beliau menjaringkna gol pertamnya dalam perlawanan seri 1-1 menentang Schalke 04 dalam perlawanan liga kedua pada 30 Ogos.[60] Pada 1 November, dalam perlawanan liga pertama menetang Dortmund, Lewandowski menjaringkan satu gol untuk Bayern dengan keputusan 2-1 di mana Bayern mengutip empat mata ke tangga teratas liga manakala kelab lama Lewandowski di tangga tercorot dan mungkin ke divisyen kedua.[61]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Lewandowski (kanan) bermain untuk Poland menentang Hungary pada 2011

Lewandowski membuat tiga pemunculan untuk pasukan bawah-21 Poland dalam perlawanan persahabatan menentang England, Belarus dan Finland. Dalam debut Lewandowski untuk pasukan senior pada 10 September 2008, tiga minggu selepas hari lahirnya ke-20 menentang San Marino di mana beliau sebagai pemain gantian dan menjaringkan satu gol.[62][63]

Bermain di Warsaw dalam perlawanan pembukaan kejohanan UEFA Euro 2012 menentang Greece di mana Lewandowski menjaringkan gol dengan menerima hantaran dari Jakub Błaszczykowski dan menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[64] Beliau bermain tiga perlawanan untuk Poland dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan itu, namun Poland tersingkir selepas tewas kepada Republik Czech, Poland sekadar mengutip dua mata.[65][66]

Lewandowski menjaringkan dua gol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino. Kedua-dua gol Lewandowski ialah penalti. Dalam kempen seterusnya pada 6 September, Lewandowski menjaringkan gol menentang Montenegro 1-1.[67]

Pada 7 September 2014, dalam perlawanan pertama Poland dalam kelayakan Euro 2016, Lewandowski menjaringkan gol hat-trick buat pasukan kebangsaan buat pertama kalinya ketika menentang Gibraltar[68]

Kerjaya statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Liga Piala Eropah Lain1 Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Znicz Pruszków 2007–08 I Liga 32 21 2 0 34 21
Jumlah 32 21 2 0 34 21
Lech Poznań 2008–09 Ekstraklasa 30 14 6 2 12 4 48 20
2009–10 28 18 1 0 4 2 1 1 34 21
Jumlah 58 32 7 2 16 6 1 1 82 41
Borussia Dortmund 2010–11 Bundesliga 33 8 2 0 8 1 43 9
2011–12 34 22 6 7 6 1 1 0 47 30
2012–13 31 24 4 1 13 10 1 1 49 36
2013–14 33 20 4 2 8 6 1 0 46 28
Jumlah 131 74 16 10 35 18 3 1 185 103
Bayern Munich 2014–15 Bundesliga 31 17 5 2 12 6 1 0 49 25
2015–16 32 30 6 3 12 9 1 0 51 42
2016–17 33 30 4 5 9 8 1 0 47 43
Jumlah kerjaya 334 219 43 23 85 47 7 2 479 291

1 Termasuk Piala Super Poland, Piala Super DFL.

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Poland Tahun Persahabatan Kelayakan Kejohanan Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
2008 1 1 3 1 - - 4 2
2009 6 0 6 1 - - 12 1
2010 13 6 - - - - 13 6
2011 11 4 - - - - 11 4
2012 4 1 3 0 3 1 10 2
2013 4 0 6 3 - - 10 3
2014 1 1 3 4 - - 4 5
Jumlah 40 13 21 9 3 1 64 23

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 10 September 2008 Stadio Olimpico, Serravalle, San Marino  San Marino 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
2. 19 November 2008 Croke Park, Dublin, Ireland  Ireland 3–1 3–2 Persahabatan
3. 1 April 2009 Arena Kielc, Kielce, Poland  San Marino 4–0 10–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
4. 23 Januari 2010 80th Birthday Anniversary Stadium, Nakhon Ratchasima, Thailand  Singapura 1–0 6–1 2010 King's Cup
5. 2–0
6. 3 Mac 2010 Stadion Polonii Warszawa, Warsaw, Poland  Bulgaria 2–0 2–0 Persahabatan
7. 7 September 2010 Stadion Miejski, Kraków, Poland  Australia 1–1 1–2 Persahabatan
8. 17 November 2010 Stadion Miejski, Poznań, Poland  Ivory Coast 1–0 3–1 Persahabatan
9. 3–1
10. 9 Februari 2011 Estádio Algarve, Faro, Portugal  Norway 1–0 1–0 Persahabatan
11. 6 September 2011 PGE Arena Gdańsk, Gdańsk, Poland  Jerman 1–0 2–2 Persahabatan
12. 7 Oktober 2011 Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul, Korea Selatan  Korea Selatan 1–0 2–2 Persahabatan
13. 11 Oktober 2011 BRITA-Arena, Wiesbaden, Jerman  Belarus 2–0 2–0 Persahabatan
14. 2 Jun 2012 Pepsi Arena, Warsaw, Poland  Andorra 2–0 4–0 Persahabatan
15. 8 Jun 2012 Stadion Narodowy, Warsaw, Poland  Greece 1–0 1–1 UEFA Euro 2012
16. 26 Mac 2013 Stadion Narodowy, Warsaw, Poland  San Marino 1–0 5–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
17. 3–0
18. 6 September 2013 Stadion Narodowy, Warsaw, Poland  Montenegro 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
19. 6 Jun 2014 PGE Arena, Gdańsk, Poland  Lithuania 2–1 2–1 Persahabatan
20. 7 September 2014 Estádio Algarve, Faro, Portugal  Gibraltar 3–0 7–0 Kelayakan UEFA Euro 2016
21. 4–0
22. 6–0
23. 7–0
24. 13 Jun 2015 Stadion Narodowy, Warsaw, Poland  Georgia 2–0 4–0 Kelayakan UEFA Euro 2016
25. 3–0
26. 4–0
27. 4 September 2015 Commerzbank-Arena, Frankfurt, Jerman  Jerman 1–2 1–3 Kelayakan UEFA Euro 2016
28. 7 September 2015 Stadion Narodowy, Warsaw, Poland  Gibraltar 3–0 8–1 Kelayakan UEFA Euro 2016
29. 4–0
30. 8 Oktober 2015 Hampden Park, Glasgow, Scotland  Scotland 1–0 2–2 Kelayakan UEFA Euro 2016
31. 2–2
32. 11 Oktober 2015 Stadion Narodowy, Warsaw, Poland  Ireland 2–1 2–1 Kelayakan UEFA Euro 2016

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Znicz Pruszków
Lech Poznań[69]
Borussia Dortmund[70]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Player profile". Bayern München. Dicapai pada 7 October 2014. 
  2. ^ name=bajka
  3. ^ name=background>Schuth, Joachim; Weiler, Jörg (7 July 2010). "Ricken und Sammer sind meine Idole". Bild (dalam bahasa German). Dicapai pada 13 July 2010. 
  4. ^ name=bajka
  5. ^ name=background
  6. ^ name=background
  7. ^ name=background
  8. ^ name=wedding>"Lewandowski heiratet seine Anna" [Lewandowski marries his Anna] (dalam bahasa German). BILD. 22 June 2013. Dicapai pada 22 June 2013. 
  9. ^ name=wiad120606
  10. ^ name=wiara120608
  11. ^ "Bayern Munich: Pope praises German club after win over Roma". BBC Sport. 22 October 2014. Dicapai pada 24 October 2014. 
  12. ^ name=bajka
  13. ^ Kuna, Tomasz. ".: liga polska" (dalam bahasa Polish). 90minut.pl. Dicapai pada 19 November 2012. 
  14. ^ name=krol>Lesniowski, Piotr (26 May 2008). ""Kolejorz" walczy o króla". Gazeta Wyborcza (dalam bahasa Polish). Dicapai pada 1 December 2013. 
  15. ^ name=krol
  16. ^ name=bajka>Ceglinski, Lukasz (11 September 2008). "Bajka o Robercie Lewandowskim". Gazeta Wyborcza (dalam bahasa Polish). Dicapai pada 1 May 2012. 
  17. ^ name=official>"Robert Lewandowski piłkarzem Kolejorza". Lech Poznań (dalam bahasa Polish). 18 June 2008.  [pautan putus]
  18. ^ "Lewandowski was offered to Preciado's Sporting". Terra. 25 April 2013. Dicapai pada 14 September 2013. 
  19. ^ name=republicca>Adamoli, Gessi (14 April 2010). "Accordo con Lewandowska è arrivato il bomber polacco". la Repubblica (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 19 May 2010. 
  20. ^ name=blackburn>"Blackburn target Lewandowski cancels trip to UK". ESPN FC. 17 April 2010. Dicapai pada 19 May 2010. 
  21. ^ name=officialborussia>"Dortmund macht Lewandowski-Transfer perfekt". focus.de (dalam bahasa German). 11 June 2010. Dicapai pada 11 June 2010. 
  22. ^ "Borussia Dortmund striker Robert Lewandowski hits double as Poland beat Ivory Coast (video)". imscouting.com. 18 November 2010. Dicapai pada 1 May 2012. [pautan putus]
  23. ^ "Schalke 04 1–3 Borussia Dortmund". ESPN FC. 19 September 2010. Dicapai pada 1 December 2013. 
  24. ^ "Borussia Dortmund 2 – 0 Nurnberg". ESPN FC. 20 August 2011. Dicapai pada 17 May 2012. 
  25. ^ "Borussia Dortmund 4–0 Augsburg: Lewandowski Hat-Trick Seals Emphatic Victory For Defending Champions". Goal.com. 1 October 2011. Dicapai pada 17 May 2012. 
  26. ^ "Borussia Dortmund 4 – 0 FC Augsburg". ESPN FC. 1 October 2011. Dicapai pada 17 May 2012. [pautan putus]
  27. ^ "Borussia Dortmund 5–0 Koln: Five-star champions move second in Bundesliga table". Goal.com. 22 October 2011. Dicapai pada 17 May 2012. 
  28. ^ "Report: SC Freiburg 1 – 4 Borussia Dortmund". ESPN FC. 17 December 2011. Dicapai pada 17 May 2012. 
  29. ^ "Lewandowski ist Polens Bester" (dalam bahasa German). kicker. 12 December 2011. Dicapai pada 10 November 2012. 
  30. ^ "Report: Hamburg SV 1 – 5 Borussia Dortmund". ESPN FC. 22 January 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  31. ^ "Borussia Dortmund see off Bayern Munich to close on successive title". The Guardian. 11 April 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  32. ^ "Borussia Dortmund 1 – 0 Bayern Munich". ESPN FC. 11 April 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  33. ^ "Borussia Dortmund 2–0 Borussia Monchengladbach: Perisic and Kagawa trigger celebrations as Jurgen Klopp's men retain Bundesliga crown". Goal.com. 21 April 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  34. ^ "Borussia Dortmund 4 – 0 SC Freiburg". Sky Sports. 5 May 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  35. ^ "Goals & Assists". bundesliga.de. Dicapai pada 12 May 2012. [pautan putus]
  36. ^ "Dortmund complete double". Sky Sports. 12 May 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  37. ^ "Borussia Dortmund rout Bayern Munich to claim double". ESPN FC. 12 May 2012. Dicapai pada 17 May 2012. 
  38. ^ "DFB-Pokal – Torjäger" (dalam bahasa German). kicker.de. Dicapai pada 17 May 2012. 
  39. ^ "Borussia Dortmund 2–1 Werder Bremen". ESPN FC. 24 August 2012. Dicapai pada 24 November 2012. 
  40. ^ "Dortmund 3–0 Leverkusen". ESPN FC. 15 September 2012. Dicapai pada 24 November 2012. 
  41. ^ "BVB-Torjäger Lewandowski überholt Konietzka" (dalam bahasa German). ruhrnachrichten.de. 17 March 2013. Dicapai pada 28 April 2013. 
  42. ^ James, Andy (18 September 2012). "Dortmund leave it late to defeat Ajax". UEFA. Dicapai pada 25 April 2013. 
  43. ^ "Borussia Dortmund say Robert Lewandowski will not sign new contract". Sky Sports. 28 February 2013. Dicapai pada 6 March 2013. 
  44. ^ James, Andy (24 April 2013). "Four-goal Lewandowski leaves Madrid reeling". UEFA. Dicapai pada 25 April 2013. 
  45. ^ Hallam, Mark (25 April 2013). "Dortmund hero Lewandowski linked more loudly with move". Deutsche Welle. Dicapai pada 6 January 2014. 
  46. ^ "Borussia Dortmund 1 – 2 Bayern Munich". BBC. 25 May 2013. Dicapai pada 11 May 2014. 
  47. ^ "Dortmund prevail over Bayern in Supercup thriller". bundesliga.com. 27 July 2013. Dicapai pada 5 November 2013. 
  48. ^ "Aubameyang hat-trick has Dortmund flying". Bundesliga. 10 August 2013. Dicapai pada 1 May 2014. 
  49. ^ "Lewandowski shines as Stuttgart hit for six". bundesliga.com. 1 November 2013. Dicapai pada 5 November 2013. 
  50. ^ "Lewandowski najlepszym strzelcem BVB w Europie!" (dalam bahasa Polish). sport.wp.pl. 25 February 2014. Dicapai pada 25 February 2014. 
  51. ^ "Lewandowski scores 100th goal for Borussia Dortmund". Polskie Radio. 16 April 2014. Dicapai pada 24 October 2014. 
  52. ^ "Lewandowski top of the charts as Dortmund thrash Hertha". Bundesliga. 10 May 2014. Dicapai pada 11 May 2014. 
  53. ^ "Robert Lewandowski". UEFA. Dicapai pada 11 May 2014. 
  54. ^ "Bayern Munich and Borussia Dortmund set for German Cup final". BBC Sport. 16 May 2014. Dicapai pada 16 May 2014. 
  55. ^ Smith, Paul (November 10, 2013). "Bayern Munich win the race to sign Borussia Dortmund striker Robert Lewandowski". Mirror. Dicapai pada 5 January 2014. 
  56. ^ "Robert Lewandowski unterschreibt bis 2019". Süddeutsche Zeitung (dalam bahasa German). 4 January 2014. Dicapai pada 6 May 2014. 
  57. ^ name="Robert Lewandowski expects to win many titles as Pole is unveiled at Bayern Munich">"Robert Lewandowski expects to win many titles as Pole is unveiled at Bayern Munich". The Daily Mail. 9 July 2014. Dicapai pada 24 July 2014. 
  58. ^ "Ein Treffer zum Einstand" (dalam bahasa German). Süddeutsche Zeitung. 21 July 2014. Dicapai pada 24 July 2014. 
  59. ^ "Aubameyang köpft BVB zum Supercup-Sieg". kicker (dalam bahasa German). 13 August 2014. Dicapai pada 30 August 2014. 
  60. ^ "Bayern Munich denied win as Schalke claim 1–1 draw in Alonso debut". ESPN FC. PA Sports. 30 August 2014. Dicapai pada 30 August 2014. 
  61. ^ "Bayern Mun 2–1 Bor Dortmd". BBC Sport. 1 November 2014. Dicapai pada 1 November 2014. 
  62. ^ "San Marino – Poland 0:2 (0:1)". FIFA. 10 September 2008. Dicapai pada 1 December 2013. 
  63. ^ "San Marino-Poland 0:2. A Torture For Fans". World Cup Blog. 11 September 2008. Dicapai pada 1 December 2013. 
  64. ^ Hart, Simon (8 June 2012). "Greece fightback foils Poland". UEFA.com. Dicapai pada 1 December 2013. 
  65. ^ Holyman, Ian (16 June 2012). "Czechs through as Poland check out". UEFA.com. Dicapai pada 1 December 2013. 
  66. ^ O'Henley, Alex (17 June 2012). "Over and out for Poland". UEFA.com. Dicapai pada 1 December 2013. 
  67. ^ Olkowicz, Łukasz; Żelazny, Piotr (6 September 2013). "Polska – Czarnogóra 1:1. Futbol po raz kolejny okazał się okrutny" [Poland – Montenegro 1:1. Football has once again proved to be cruel] (dalam bahasa Polish). przegladsportowy.pl. Dicapai pada 1 December 2013. 
  68. ^ "Poland's Robert Lewandowski scores four in seven-goal rout of Gibraltar". The Guardian. Press Association. 7 September 2014. Dicapai pada 11 October 2014. 
  69. ^ name="Soccerway">"R. Lewandowski". Soccerway. Dicapai pada 18 July 2014. 
  70. ^ name="Soccerway"
  71. ^ "Lewandowski schießt sich für die Bayern warm" (dalam bahasa Jerman). kicker.de. 10 May 2014. Dicapai pada 17 August 2014. 

Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> tiada atribut nama.

Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> tiada atribut nama.