Jalan Duta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jalan Duta merujuk kepada kawasan yang melalui Jalan Tunku Abdul Halim (sebelum ini juga dinamakan Jalan Duta) di Kuala Lumpur, Malaysia. Kawasan ini menjangkau dari bulatan bersebelahan Jalan Kuching, di mana terdapat sebuah jejantas tinggi yang mengikut trafik terus ke Jalan Ipoh dan berakhir di Bangunan Parlimen di mana ia bersempadan dengan Jalan Mahameru.

Bangunan seperti Masjid Wilayah Persekutuan, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Arkib Negara, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kompleks MATRADE, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lembaga Peperiksaan Malaysia cawangan Jalan Duta, Stadium Hoki Tun Razak, Majlis Sukan Negara cawangan Jalan Duta, pejabat Pesuruhjaya Tinggi India dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) terletak di jalan ini berhampiran bulatan Jalan Kuching. Lebuhraya Utara Selatan Jajaran Utara juga berakhir di sini iaitu di Plaza Tol Jalan Duta. Hentian Jalan Duta merupakan terminal bas ekspres untuk menuju ke utara dari Kuala Lumpur.