Jamal Jamaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jamal Jamaluddin
Kelahiran (1963-07-07) 7 Julai 1963 (umur 56)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanPenyampai radio
Tahun aktif1986–kini
PasanganNoor Faridah Mohd. Noor
Anak2

Jamal Jamaluddin (lahir 7 Julai 1963) merupakan seorang penyampai radio Malaysia,[1] terkenal sebagai penyampai radio Era dan Sinar.[2]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Jamal dilahirkan pada 7 Julai 1963 di Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Beliau mula didedahkan dengan radio ketika berusia 16 tahun, semasa menduduki tingkatan empat. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jamal menyambung pelajarannya di Kolej Knox, Illinois, Amerika Syarikat dalam jurusan sains komputer. Demi minat yang mendalam, beliau menyertai stesen radio milik kampus universiti sebagai penyampai.[2]

Selepas menamatkan pengajian pada 1986, Jamal pulang ke Malaysia bagi memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio.[2] Berkat kesabaran, pada 1998, beliau menyertai AMP Radio Networks (kini Astro Radio), seterusnya diberi tawaran menyertai stesen radio Light & Easy (kini Lite) sebagai penyampai, kemudian beliau ditukarkan ke Era yang baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed.[2]

Pada awal 2004, Jamal (bersama-sama dengan Subarma Mokhtaruddin, David Low dan Najman Mohamed) berpindah ke Sinar FM yang mula beroperasi pada 1 Mac 2004. Sejak itu, beliau berkhidmat untuk Sinar. Bersama Sinar, beliau mengendalikan rancangan Arena Rock dan Cetusan Hati dan Dedikasi.[2] Jamal telah berhenti berkhidmat untuk Sinar pada April 2019.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Noor Faridah Mohd. Noor dan dikurniakan 2 anak, iaitu Mikhael Jordan dan Noor Jordania Erina.[3]

Jamal merupakan seorang yang aktif bersukan. Beliau ialah peminat fanatik pemain bola keranjang terkenal, Micheal Jordan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jamal Jamaluddin Sinar. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d e f Nina Farzuin Md. Shahrom (19 Julai 2012). Jamal Jamaluddin serasi dengan Sinar FM Sinar Harian. Diperoleh pada 8 Ogos 2012.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (11 Ogos 2013). Misi DJ Jamal, Lin Utusan Malaysia. Diperoleh pada 8 Ogos 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]